Tidak mahu ikut pimpinan,
Kalau begini, tiadalah pengakhiran,
Melainkan tersungkur di pertengahan..
.
Sirah Nabi SAW telah menceritakan tentang satu peristiwa tragis yang sepatutnya menjadi pengajaran buat kita pada hari ini. Tambahan pula, kita sebagai seorang pejuang, yang sedang berjuang menegakkan Islam. Peristiwa ini juga sedang berlaku di hadapan mata kita hari ini. Peristiwa yang dimaksudkan ialah Perang Uhud. Perang Uhud sepatutnya mengajar kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang terjadi ketika itu.
Sebelum berlakunya perang, Nabi SAW sebagai seorang pemimpin perang, telah memberi beberapa arahan kepada tentara perang. Antara arahan yang diberikan ialah kepada bahagian pemanah. Kumpulan pemanah diperintahkan supaya berada di atas bukit dan jangan sekali-kali berganjak daripada kedudukan mereka walau apapun yang terjadi. Inilah arahan Baginda SAW kepada tentera pemanah yang ditugaskan untuk berada di atas bukit.
Ketika peperangan terjadi, kelihatan umat Islam sedang meraih kemenangan. Pada peringkat ini, umat Islam hampir boleh dikatakan menguasai peperangan, dan berjaya menghalau orang kafir yang berbaki. Maka, apabila orang kafir bertempiaran lari, mereka telah meninggalkan harta-harta mereka. Lalu harta-harta tersebut adalah harta rampasan perang.
Maka, umat Islam ketika itu berlumba-lumba memungut harta tersebut. Bahkan, tentera pemanah yang berada di atas bukit, turut sama ingin memungut hasil rampasan perang tersebut. Sedangkan Nabi SAW sudah memberi arahan supaya tidak berganjak daripada kedudukan asal mereka. Tetapi disebabkan keindahan harta yang berada di hadapan mata, mereka tidak lagi mematuhi arahan tersebut.
Mereka berkata “kita sudah menang, tunggu apa lagi..” Bahkan mereka menganggap bahawa berdiam diri di atas bukit hanya merugikan sahaja. Apa perlunya kita berada di atas bukit lagi sedangkan kita sudah menang? Ia hanya merugikan sahaja.. Sedangkan arahan Baginda SAW tadi, diletakkan ke tepi.
Melihat keadaan itu, maka, romponglah satu pasukan tentera Islam. Ini kerana pasukan pemanah tersebut bertindak sebagai bahagian serangan belakang yang boleh melumpuhkan tentera kafir. Tetapi apabila pasukan ini sudah hilang posisinya, maka ia memberi pulangan yang besar kepada orang kafir untuk melancarkan serangan kedua.
Lalu serangan kedua pun dilancarkan dalam keadaan umat Islam sedang sibuk memungut harta perang. Sehingga menyebabkan umat Islam hampir-hampir kalah, dan Baginda SAW hampir dibunuh. Semuanya disebabkan keingkaran pasukan pemanah tersebut terhadap arahan Baginda SAW.
Pengajaran di sini ialah, patuhlah setiap arahan dan keputusan. Adakah kita ingin biarkan UMNO menghapuskan PAS ketika kita sedang bergaduh sesama kita? UMNO boleh sahaja menyerang kita semula disebabkan kita sendiri sudah berani melawan keputusan pimpinan. Bahkan kita sendiri bergaduh sesama sendiri, sedangkan keputusan itu di tangan Presiden.
Cuba bayangkan seolah-olah Presiden PAS sedang memberi arahan kepada kita .. “Jangan tinggalkan posisi anda!” Tetapi kita menjawab, “Apa gunanya posisi ini pada saya, saya lebih suka dengan posisi lain..” Atau anda menjawab “Posisi ini tidak sesuai, Presiden tidak patut mengatur strategi seperti ini..” Maka, apakah yang akan terjadi selepas itu?
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

Masalahnya Presiden melanggar keputusan mesyuarat AJK Pas Pusat bulan April lepas. Dia juga tidak wala' kepada Mursyidul Am.
ReplyDeleteDalam hal ini aku memilih untuk mengikut arahan mursyidul am.
Salam,
ReplyDeleteSama-sama kita koreksi. Saya harap saudara dapat membaca artikel yang bertajuk "Siapakah Yang Berhak Buat Keputusan.."
Mengenai sejarah yg dilakarkan dlm tulisan diatas, minta diperbetulkan. Pasukan pemanah bukannya meninggalkan bukit tersebut disebabkan harta dan ingkar kepada Rasullah S.A.W. tetapi sejarah yang sebenar mengatakan pasukan tersebut terkeliru dan terdapat salah faham diantara mereka, lalu merka turun ke bawah untuk menolong tentera di bawah untuk mengangkat harta rampasan tersebut. Jangan saudara memilih sejarah yang diputar belitkan dengan menceritakan sahabat-sahabat baginda ini ingkar. Cerita yang mengatakan sahabat-sahabat ini ingkar sebenarnya dibawa oleh golongan munafik yang tidak turut serta di dalam peperangan diketuai oleh munafik Abdullah bin Sahlul. Cuba selidiki sejarah yang jujur sebelum menceritakan sejarah yang tanpa usul periksa.
ReplyDeleteSekadar berkongsi maklumat,
ReplyDeleteSetakat ini rujukan saya, Kitab Sirah ar Rahiq al Makhtum karangan Safiyurrahman al Mubarakfuri. Boleh dapatkan terjemahan dalam Bahasa Malaysia.
Selain itu, ia turut diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Shahihnya, riwayat daripada al Barra bin Azib 1/426. Wallahua'lam..
Ketaatan kepada Allah dan RasulNya adalah ketaataan yang bersifat mutlak tiada sebarang bentuk takwil apalagi bangkangan. Manakala kepatuhan kepada pimpinan yang terdiri daripada kita manusia yang serba lemah ini adalah besyarat. Syaratnya selagi pemimpin itu tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengah syarak. Malah prinsip ini juga terpakai dalam soal ketaatan kepada kedua ibu bapa.
ReplyDeleteDalam soal PAS ini, siapakah pemimpin yang paling kanan kedudukannya, Presidennya kah atau Mursyidul Amnya kah?
Dan dalam konteks kerajaan perpaduan yang akan menjurus kepada kerjasama dengan UMNO atas dasar kepentingan Islam dan Melayu, ini adalah sesuatu yang mengelirukan. PAS bertunjangkan yang mana satu? Melayu atau Islam?