Wednesday, April 8, 2009

WAHAI MELAYU, KAMU TIDAK BERHAK MEMBENCI BANGSA LAIN

Hari ini (8 April) saya ada menghantar artikel tentang Isu “Pas bergabung dengan orang kafir” ke dalam blog Cina Islam. Alhamdulillah, artikel tersebut telah disiarkan oleh beliau. Namun, kebetulan terdapat di ruangan komen, seorang hamba Allah meluahkan masalah yang dihadapi olehnya. Dan saya terpanggil untuk membantunya menyelesaikan masalah tersebut, walaupun dia bertanya kepada YB Idham.

Beliau menulis di dalam ruang komen….

Assalamu'alaikum.. drs,

keluarga mertua saya tinggal di Selama perak, merupakan penyokong kuat umno. semenjak selepas PRU 12, dia nampak kecendrungan kearah PR. cuma semenjak rampasan kuasa di perak haritu, dia kelihatan seolah2 anti kpd PR (juga amat membenci bangsa cina terutamanya), tambahan pula saya cuma sempat pulang kampung sebulan sekali. skrg ni kalau saya pulang, beliau tidak lagi menyentuh tentang PR melainkan hanya suara kebencian kpd kaum cina dan india dgn nada yg agak tinggi, membuatkan saya agak keberatan utk memula bicara (awal-awal nak intro, dah kena cantas). saya mengagak mungkin beliau byk mendengar dari abg ipar dan biras saya yg "sangat biru" itu sselain fitnah dari kedai kopi dan media. bagaimana cara utk saya melenturkan semula dirinya agar beliau cenderung dan menyokong semula PR?

Coretan dariku

Berdasarkan daripada luahan ini, saya cuba mengajak pembaca budiman supaya berfikir sejenak. Bagaimanakah tingkah laku Rasulullah SAW di dalam menghadapi permasalahan ini. Sepertimana yang kita ketahui, Nabi Muhammad SAW mempunyai jiran yang berbangsa Yahudi, yang kerap menghina, mengata belakang dan sebagainya terhadap Nabi Muhammad SAW.

Pernah satu ketika, orang Yahudi tersebut meletakkan najis di hadapan pintu rumah Nabi Muhammad SAW. Tetapi, apakah yang dilakukan oleh Baginda SAW? Baginda SAW sentiasa berbaik dengan jirannya yang bukan beragama Islam itu. Satu ketika, orang Yahudi tersebut jatuh sakit, dan Nabi Muhammad SAW pergi melawatnya.

Inilah apa yang dilakukan oleh Baginda SAW terhadap golongan bukan Islam, bahkan seorang Yahudi yang menghina dan mencaci Baginda SAW sendiri. Bagaimana pula kita hari ini? Luahan tersebut menceritakan bahawa keluarga mertua saudara/ri begitu membenci orang Cina dan India. Adakah mereka menghina keluarganya? Adakah mereka menghina Islam?

Memang jauh perbezaan kita dan Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW sangat mengambil berat terhadap orang bukan Islam (menziarahi), walaupun Yahudi tersebut membencinya. Adakah anda selaku seorang Islam, tidak merasa terkejut sekiranya orang India dan Cina itu datang dengan membawa buah tangan ketika anda sakit?

Mertua saudara/ri juga ada menyatakan benci kepada bangsa Cina dan India. Persoalannya, adakah mertua saudara/ri membenci mereka kerana mereka tidak beragama Islam? Atau mereka berbangsa India?

Sekiranya mertua saudara/ri membenci kerana mereka bukan beragama Islam, alangkah teruknya kita berbanding Rasulullah SAW yang tidak berbuat seperti apa yang kita lakukan hari ini. Rasulullah tidak mengajar kita membenci mereka, kerana mereka adalah kafir zimmi. Mereka juga mempunyai hak untuk diberi perihatian. Bukankah kita mengatakan bahawa kita menjadikan Rasulullah sebagai tauladan?

Sekiranya mertua saudara/ri membenci kerana mereka berbangsa Cina atau India, dan tidak berbangsa Melayu. Percayalah, mereka akan kekal berbangsa Cina dan India sehingga mati. Mereka sudah dilahirkan berbangsa itu. Setiap manusia dilahirkan dengan bangsa masing-masing. Islam dan taqwa itulah ukurannya. Cina dan India itu adalah bangsa, dan mereka lebih mulia daripada kita sekiranya mereka beragama Islam dan lebih taqwanya daripada kita.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR” (Siri 3)

Penjelasan seterusnya, berkenaan meminta bantuan dengan orang kafir. Sirah telah menceritakan ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Baginda SAW berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar. Untuk mendapatkan arah jalan yang selamat, Baginda SAW telah mengupah seorang kafir yang boleh menyimpan rahsia (dipercayai) yang bernama Abdullah bin Uraiqit al Laithiy. (Sila lihat ar Rahiqi al Makhtum)

Nabi Muhammad SAW berhijrah adalah untuk menubuhkan Negara Islam, sama seperti kita hari ini. PAS bermatlamat menubuhkan Negara Islam. Adakah UMNO tidak boleh menubuhkan Negara Islam? Sepertimana yang telah ditanya kepada Presiden PAS, Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang…

Ada pandangan menyatakan perlunya pimpinan Melayu seperti Anwar, Tuan Guru sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk bincang soal Islam dan Melayu?
.
PAS sudah lama mendesak muzakarah diadakan di kalangan pemimpin Islam dan parti-parti orang Melayu sejak tahun 50-an hingga kini. Keadaan itu masih terbuka. Bahkan sebaik sahaja buka pintu muzakarah, PAS (akan) sertai. Kalau dibuka itu respons kita. Tetapi asas muzakarah itu mestilah didasarkan kepada asas akidah dan ajaran yang dianuti oleh orang Melayu itu sendiri iaitu Islam.

Mengenai perpaduan berteraskan Islam dan politik Malaysia, Melayu jadi tunggak. Bagaimana ini hendak diterjemah dalam Pakatan Rakyat. Adakah DAP boleh menerimanya?
.
Sehingga hari ini kita hanyalah wujudkan persefahaman dalam menghadapi pilihan raya sahaja dengan melihat titik persamaan yang ada, seperti dalam menentang kezaliman, menuntut demokrasi yang bersih, menyeru supaya diperbetulkan penyelewengan yang berlaku, tangani rasuah. Ini perkara bersama. Tetapi bila kita ada kuasa di peringkat negeri, sebagai contoh, di sini kita lihat pembahagian yang saya sebut tadi.
.
Dalam perkara yang jadi hak orang Islam, DAP tidak boleh sentuh itu hak orang Islam. Macam kita tidak sentuh hal agama mereka. Mereka janganlah sentuh soal hendak memperlahankan suara azan kita, seperti kita tidak minta dia jangan main mercun masa sambutan malam tahun baru, mereka kena saling hormatilah. Itu menandakan di sana ada beberapa perkara yang perlu dipertahankan dan hormat menghormati.

………………. Harakahdaily………..

Islam itu cantik. Orang bukan Islam (zimmi) merasa tenteram berada di bawah dakapan Islam. Islam menolak riba, rasuah, rampasan hak dan semua yang berkaitan dengan kezaliman. Ahli zimmah tidak merasa tertekan dengan kewujudan hudud, dan Negara Islam. Sekiranya anda masih ragu-ragukan undang-undang (Kitab) Allah ini, Allah SWT sudah jelaskan…
.

Kitab al Quran ini tidak ada sebarang syak padanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa (al Baqarah : 2)

Oleh itu, inilah hakikat perjuangan PAS, seterusnya menjawab isu yang dilempar oleh beberapa golongan. Timbul juga persoalan tentang istilah Liberal. Mereka mendakwa bahawa PAS cuba membentuk Negara Liberal, iaitu menyamaratakan Islam dengan agama-agama lain. Persoalan ini akan dijawab kemudian sekiranya diizinkan oleh Allah. Insya Allah

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR” (Siri 2)

Di dalam menjawab isu yang ditimbulkan hari ini, Karpal Singh pernah menyatakan bahawa beliau tidak akan menerima penubuhan Negara Islam. Wahai pembaca budiman, beliau berkata demikian dalam keadaan beliau masih belum mengenali kemuliaan Islam dan kecantikan undang-undang Allah. Ini kerana UMNO yang selama ini memerintah, hanya memburukkan Islam sehinggakan Karpal Sigh melihat Islam itu sedemikian rupa.

Tetapi setelah dijelaskan, beliau hari ini dapat menerima apa itu hudud, dan apa itu “ahli zimmah”. Sekiranya UMNO memerintah, apakah hak ahli zimmah yang diperolehi? Islam tidak mengenal erti Melayu atau tidak, Cina atau India, hitam atau putih dan sebagainya. Ukuran yang diletakkan oleh Allah SWT ialah TAQWA, sepertimana yang telah disebut di dalam al Quran (Surah al Hujurat : 13)

Sekiranya Karpal masih menolak undang-undang Allah, masakan hari ini beliau boleh bergabung dengan PAS yang mempunyai matlamat demikian? Ini kerana hari ini beliau sudah jelas tentang hudud dan Negara Islam. Ya, sepertimana yang telah kita tahu juga, hudud dijatuhkan kepada mereka yang Islam sahaja. Manakala mereka yang bukan beragama Islam, diberikan pilihan. Samada ingin dikenakan hudud (sekiranya bersalah) atau tidak.

Contohnya, sekiranya seorang Islam mencuri harta seorang kafir zimmi, dia (orang Islam tersebut) tetap dikenakan hudud. Sebelum ini, Menteri Besar Kedah sendiri telah memberitahu bahawa arak diharamkan bagi orang Islam di Negeri Kedah. Tetapi, bagi mereka yang bukan Islam, terpulang. Ini kerana hudud (bagi peminum arak) dijatuhkan kepada orang Islam yang minum arak sahaja.
.

.
Oleh itu, tidak timbullah masalah kepada orang kafir zimmi. Bahkan hak mereka turut dijaga oleh orang Islam. Inilah yang keistimewaan ahli zimmah. Hakikat hari ini, orang bukan Islam sudah melihat kemuliaan Islam menjaga hak-hak mereka. Sehinggakan PKR dan DAP dapat bergabung dengan PAS untuk membentuk Negara Islam.

Kembali kepada persoalan tentang penggabungan, hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak pelaksanaan Hudud dan Negara Islam. Golongan bukan Islam juga tidak menolak. Tetapi, wujudnya golongan yang bencikan Hudud dan Negara Islam adalah kerana mereka tidak memahami erti sebenar hudud itu. Mereka membantah sesuatu yang mereka tidak tahu.

Oleh itu, saya menyarankan kepada UMNO supaya mengkaji sedalam-dalamnya apa itu Negara Islam dan Hudud. Negara Islam bukanlah Negara PAS, tetapi ia adalah Negara ISLAM. PAS bersedia bergabung dengan UMNO dan BN sekiranya mereka sanggup untuk menegakkan Negara Islam ini. Hak semua rakyat berbilang kaum dan agama lebih terjamin. Insya Allah.. bersambung lagi..

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR”

Artikel ringkas ini akan menjelaskan tentang isu yang dihangatkan oleh beberapa golongan yang kurang memahami hakikat tentang Islam. Benarkah Islam membenar penggabungan dengan orang kafir? Bahkan PAS bergabung dengan orang kafir, menentang UMNO yang dikatakan Islam. Mungkin ia agak ringkas dan tidak dapat dijelaskan secara terperinci.

Sepertimana yang telah kita ketahui, golongan kafir terbahagi kepada dua, iaitu kafir harbi dan kafir zimmi (selain daripada itu, akan dipanjangkan dalam artikel lain, insya Allah). Secara umumnya, kafir harbi, adalah orang bukan Islam yang menentang Islam. Contohnya seperti Bush, Sharon dan sebagainya.

“Manakala kafir zimmi pula ialah : golongan bukan Islam yang berada di negara Islam”

Ini adalah penjelasan yang telah diberikan oleh ulama-ulama’ kita (lihat Fiqh al Manhaji, Bab Jihad). Orang kafir zimmi ini, telah dihukumkan haram bagi sesiapa membunuhnya, merampas haknya, dan sebagainya. Contohnya, bolehkah kita mencuri gula-gula di kedai apek? Hukumnya tetap haram, sama seperti kita mencuri barangan orang Islam.

Orang bukan Islam yang berada di Malaysia, boleh dikategorikan sebagai kafir zimmi. (persoalan tentang Negara Islam, sila klik di sini). Sekiranya ada yang bertanya “apakah hukumnya menceroboh rumah kafir zimmi, lalu menangkap gambarnya yang sedang tidur?”. Hukumnya tetap haram dan pesalah akan dikenakan hukuman walaupun mereka (mangsa) bukan beragama Islam.

Sekiranya kita meneliti Sirah Nabi SAW, ketika Baginda SAW baru sampai di Madinah, Baginda telah membuat Piagam Madinah, iaitu satu perjanjian dengan orang bukan Islam. Di Madinah Baginda SAW terpaksa berhadapan dengan 3 golongan, iaitu orang Islam sendiri, orang Musyrikin yang masih teragak-agak untuk meninggalkan agama nenek moyang mereka, dan orang Yahudi.

Bangsa Yahudi pula terdapat tiga golongan, iaitu Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah. Dari kalangan orang Islam tadi, juga sudah berbilang kabilah (kabilah ni bukannya sedikit…. ) dan begitu juga golongan musyrikin. Mereka begitu ramai, lebih daripada bilangan bangsa yang terdapat di Malaysia sendiri.

Apa yang telah dilakukan oleh Baginda SAW, adalah dengan membuat Piagam Madinah dan melaksanakan perjanjian dengan golongan-golongan yang bebilang bangsa ini. (Penjelasan tentang Piagam Madinah akan dijelaskan di dalam artikel lain, insya Allah). Oleh itu, terdapatlah dua jenis kafir, iaitu zimmi dan harbi, secara umumnya.

Golongan kafir yang tidak menentang, dianggap ahli zimmah. Mereka ini akan dipelihara hak mereka, dan mereka tidak dibenarkan menyentuh (mengganggu) hal ehwal tentang Islam. Mereka diberi layanan sama baik seperti orang Islam, dan mereka juga berada di bawah kawalan Islam ketika itu… bersambung lagi, Insya Allah

Salam Perjuangan
.
Dr Fikrah

BN KATA “ITU BUKAN PENGUNDI HANTU..”

Di dalam akhbar-akhbar BN, banyak membantu BN untuk menafikan kewujudan pengundi hantu di 3 buah tempat semalam. Beberapa orang kuat BN mendakwa bahawa mereka (orang yang naik bas beramai-ramai) itu adalah penyokong BN, yang datang untuk memberi sokongan kepada BN semasa pilihanraya. Mereka mengatakan bahawa PR cuba menyekat kebebasan BN untuk berkempen.

Apabila mendengar berita ini, saya tergelak. Ya, saya kerap tertawa kecil apabila mendengar berita-berita lucu seperti ini. Itulah kadangkala apabila saya menonton TV3, RTM, akhbar-akhbar BN, saya boleh tergelak, seperti sedang melihat cerita Mr Bean. Walaubagaimanapun, saya cuba menjelaskan hakikat sebenar kenyataan ini. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya. Masing-masing punya akal dan mata.

Apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan, mana mungkin dia akan mengaku bersalah. Dia bersungguh-sungguh menafikannya. Tetapi, orang yang tidak bersalah, apabila dituduh bersalah, juga menafikannya. Sama sahaja kedua-duanya. Cuma bezanya, seorang salah, dan seorang lagi tidak salah, tetapi dipersalahkan.

Bagaimana hendak tahu samada seorang itu bersalah atau tidak, dan menipu atau berkata benar? Mudah sahaja, masing-masing punya akal fikirlah. Di sini, saya cuba menjelaskannya berdasarkan pemikiran, dan anda berhak menilainya.

Persoalan yang saya timbulkan, “Kenapakah malam mengundi baru hendak datang berkempen?”. Sedangkan tarikh mula berkempen sudah bermula pada 29 Mac lagi. Kenapa baru sekarang ingin bekempen sedangkan tempohnya sudah hampir tamat? Adakah dengan berkempen sejam dua, sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada Mail?

Persoalan kedua, “bagaimanakah mereka boleh datang beramai-ramai dengan menyewa sebuah bas?”. Adakah mereka adalah kenalan yang bekerja bersama? Atau mereka sebuah keluarga besar, yang semuanya (dari atuk sehingga cicit) adalah pro UMNO? Kalau mereka menyatakan bahawa mereka adalah kelab penyokong BN.. lebih baik mereka datang lebih awal sepertimana yang telah saya nyatakan.

Mana mungkin mereka berjaya mengumpulkan seramai satu bas (sebenarnya lebih) untuk tujuan “melihat” PRK, tanpa sebarang “pengarah”. Sudah pasti terdapat seorang yang mengarah (atau merasuah) mereka supaya berbuat demikian.

Kalau mereka datang bukan untuk mengundi, dan bukan juga untuk berkempen, adakah mereka datang untuk melihat? Untuk melawat? Untuk menziarahi sanak saudara? Langsung tak masuk akal. Secara tiba-tiba sahaja mereka boleh berkeinginan untuk berbuat demikian. Kes ini memang pelik, dan boleh dikategorikan sebagai X File.

Saya mengesyorkan pihak polis yang cuba menyiasat kegiatan pengundi hantu ini, supaya mengimport Ejen Mulder dan Ejen Scully (dalam filem X file) untuk menyiasatnya. Memang pelik, kerana BN menafikan kewujudan pengundi hantu, tetapi, hantu-hantu ini ditemui sebagai BN.. Entahlah…

Salam Perjuangan

Dr Fikrah
.

SEKIRANYA KITA PERIT KETIKA BERJUANG, MUSUH ALLAH ITU LEBIH PERIT

Perjuangan menegakkan agama Allah adalah satu perjuangan yang sukar dan penuh dengan cabaran. Sekiranya kita inginkan keredhaan Allah, masakan ia begitu mudah. Barangan yang mahal tidak dijual di tepi jalan dengan harga yang murah. Sebaliknya, ia sukar untuk didapati dan harganya terlalu mahal.
.
Allah telah memberitahu bahawa perjuangan orang Islam menghadapi musuh-musuh Allah adalah satu perjuangan yang tinggi nilainya di sisi Allah. Mana mungkin Allah membiarkan pejuang-pejuangNya menjadi mangsa musuh-musuhNya. Oleh itu Allah SWT telah mengingatkan kepada kita selaku pejuang Allah bahawa segala keperitan itu, turut dirasai oleh musuh-musuh Allah ketika berperang dengan kamu!
.

“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati), maka mereka (musuh) pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan… (Surah an Nisa : 104)

Orang Islam berjuang menegakkan agama Allah, manakala orang kafir berjuang menentang agama Allah. Inilah perbezaan perjuangan kita dengan perjuangan musuh-musuh Allah. Kita mengadu kepada Allah bahawa kesakitan di dalam perjuangan ini sangat perit, tetapi, kamu jangan bimbang, musuh-musuh Allah itu juga turut sakit menderita sepertimana kamu.

Cuma bezanya, penderitaan orang Islam adalah mengharapkan keredhaan Allah, manakala penderitaan musuh-musuh Allah mengharapkan kebencian Allah. Siapakah yang beruntung? Maka, kita selaku pejuang Allah janganlah kita merasa lemah semangat apabila diserang oleh pihak musuh. Ini kerana mereka juga sudah menderita untuk meneruskan serangan tersebut.

Lihatlah ketika zaman Nabi SAW. Orang-orang Musyrikin berjuang bermati-matian untuk menjaga kepentingan peribadi. Mereka sanggup berperang dengan Nabi Allah SAW, untuk menghapuskan pengaruh Nabi Muhammad SAW. Mereka bencikan Nabi Muhammad SAW, kerana Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bercanggah dengan keinginan mereka.

Islam melarang amalan rasuah, judi, arak dan sebagainya. Sedangkan mereka merasakan inilah sumber kewangan poket mereka. Oleh itu, mereka sanggup berjuang bermati-matian untuk mendapat keuntungan haram ini. Mereka sanggup berjaga malam untuk merancang membalas serangan kepada Islam. Mereka sanggup menghabiskan jutaan wang asalkan keuntungan haram di hari kelak, mudah untuk diperolehi.

Begitu juga apa yang terjadi hari ini. Golongan-golongan ini terus memperjuangkan wang poket mereka. Asalkan kedudukan mereka selamat, walaupun terpaksa menindas dan merampas hak orang lain. Mereka menolak Hukum Allah atas dasar merugikan mereka. Inilah perjuangan mereka, dan perjuangan mereka ini sama sekali tidak sama dengan perjuangan yang sebenarnya.

Mereka menderita untuk perjuangan mereka, sepertimana kita menderita untuk menegakkan Islam di Malaysia. Kita terpaksa menelan asap dan bermandikan asid. Manakala mereka terpaksa menelan penghinaan kepada mereka, dan bermandikan peluh untuk menegakkan kepentingan mereka. Sedangkan perjuangan mereka ini tidak seperti perjuangan kita yang mendapat keredahaan Allah.

Salam Perjuangan

.
Dr Fikrah

36 JUTA DIRHAM UNTUK NOMBOR PLAT KERETA

Saya terkejut apabila menerima email ini. Seorang jutawan yang memperuntukkan 36 juta dirham untuk membeli nombor plat bagi dua keretanya. Harga nombor plat tersebut lebih mahal daripada harga keretanya!!
.
THIS IS A MAN WHO SPENT 36,000,000 Dirhams for Number Plates only
.
7 + 5 = 36000000 CAN YOU BELIEVE IT???? This is the amount spent by an Abu Dhabi businessman to purchase these 2 specific Car Number Plates. Certainly, it's more expensive than the cars.
.
THE WORTH OF NUMBER PLATE 5 = 25M
THE WORTH OF NUMBER PLATE 7 = 11M
.

BN KATA, RAKYAT DI BANTANG AI SUDAH SEDAR

Sejak malam tadi, sehinggalah pagi ini, di dalam saluran televisyen dan radio sibuk menyatakan kegembiraan BN menyambut kemenangan di Batang Ai. Apa lagi, jam 10.30 pagi tadi, kawan saya turut menelefon saya, bahawa dia menonton berita, dan kesemua berita tersebut menceritakan tentang Batang Ai. Bukit Gantang dan Selambau mana?

Selain itu, BN juga menambahkan lagi kenyataan-kenyataan yang lebih menarik di televisyen mengatakan bahawa rakyat di Batang Ai sudah sedar terhadap “kejahata” pembangkang. Saya tertanya sendirian, “mereka sudah sedar?”. Adakah ini dinamakan satu kesedaran? Di dalam artikel ini, saya cuba sampaikan satu analogi tentang kesedaran.

Setiap manusia, akan tidur dan bangun setiap hari. Tidak wujud manusia yang hidup di dunia ini tidur selama-lamanya, dan tidak wujud manusia yang tidak pernah tidur. Hatta binatang pun begitu. Nabi Muhammad SAW juga seorang Nabi Allah yang tidur malam. Tetapi Allah SWT tidak tidur sepertimana yang telah disebut di dalam Surah al Baqarah ayat 255.
.

.
Kadangkala kita gunakan ayat “dia sudah sedar dari tidur…”. Sekiranya kita menggunakan ayat lawannya, “dia sudah tidur…”. Persoalan yang ingin saya timbulkan, benarkah rakyat di Batang Ai sudah sedar, atau baru sudah tidur? Atau ditidurkan dengan provokasi?

Saya hairan, bagaimanakah rakyat di sana boleh dikatakan “sedar”? Saya ingin bertanya kepada pembaca, bolehkah anda memberi bukti bahawa rakyat di sana sudah sedar?

Selain itu, apa yang dilihat hari ini, BN begitu banyak melakukan kezaliman sehinggakan ia sudah sinonim dengan BN. Apabila menyebut BN, terlintas di fikiran tentang kezaliman, kekejaman, rampasan hak, pengundi hantu, ketuanya ada kes Altantuya, dan banyak lagi. Adakah mereka tidak sedar semua ini?

Sebelum ini, saya pernah diminta menunjukkan bukti bahawa BN itu adalah zalim. Saya hanya menjawab dengan tawa kecil. Ini kerana orang yang bertanya itu mempunyai dua tujuan yang saya sendiri pun tidak tahu. Samada dia ingin membela BN, atau mendapatkan maklumat. Oleh itu, saya tidak dapat memberikan jawapannya kerana masih belum pasti tujuannya bertanya.

Tetapi, saya sempat bertanya kembali, “BN tidak zalim, atau anda yang tidak tahu BN itu zalim?”. Saya menambah lagi, seseorang yang berdiri di hadapan dinding putih, patutkah dia bertanya “tunjukkan bukti bahawa dinding ini berwarna putih”. Adakah anda ingin menjawabnya? Atau anda juga tertawa kecil seperti saya?

Oleh itu, di sini, saya tidak berniat untuk menunjukkan fakta tentang kezaliman BN. Ini kerana semua orang mempunyai mata dan akal. Tengok sendirilah. Dan jangan salahkan PR kalau anda sendiri tidak tahu. Dan anda kena mengetahui bahawa bukan semua perkara anda tahu, dan bukan semua perkara yang anda tahu itu adalah benar. Oleh itu, saya menasihatkan kepada rakyat di Batang Ai yang mengundi BN, supaya menyedari hakikat ini.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Tuesday, April 7, 2009

7 April - DIUMUMKAN, KETIBAAN PERASUAH NOMBOR 2 MALAYSIA….

Jam 10.05 pagi tadi, Bukit Gantang di”kejut”kan (tak terkejut pun) dengan kehadiran perasuah nombor dua Malaysia. Dialah Muhyidin Yasin. Kehadirannya disambut oleh beberapa kerat penyokong BN, sedangkan dia adalah orang nombor 2! Beliau yang berbaju coklat dan bertopi BN itu, langsung tidak dilihat sebagai orang nombor 2, bahkan kehadirannya seperti tiada apa-apa.

Bahkan lebih teruk apabila kehadirannya disambut dengan laungan “RASUAH”, menandakan orang kuat rasuah telah tiba. Sebelum ini, agenda rasuah BN sudah pun terlaksana di Bukit Gantang. Antara bentuk-bentuk rasuah tersebut ialah, mengedarkan beras secara percuma, menghidangkan mee segera, RM 400, basikal dan sebagainya.

Apabila rasuah itu diedarkan, orang ramai tertanya-tanya, siapakah bos dia? Ya, hari ini orang kanan bos dia sudah datang dengan bertopi BN! Inilah dia kalau siapa nak kenal. Itu belum nombor 1 lagi. Tetapi, apa yang peliknya, kehadirannya tidak disambut oleh penyokong BN sendiri. Bagaimana boleh jadi sedemikian?

Saya rasa persoalan ini tidak perlu dijawab. Cuma anda sendiri perlu memerhatikan sendiri dengan mata anda. Segalanya berlaku di hadapan mata. Walaupun penyokong BN cuba memejamkan mata, kejadian memalukan ini turut terjadi.

Kadangkala, pro BN mendakwa bahawa isu rasuah ini tidak benar, hanya provokasi pembangkang sahaja. Tetapi, saya mempersilakan kepada mereka untuk melihat sendiri kebenarannya. Walaupun anda memejamkan mata, ia tetap berlaku. Walaupun anda menafikannya, ia tetap salah laku!

Kebenaran itu pastinya benar, dan kesalahan itu pasti salah. Tiada kebenaran yang disalahkan, dan tiada kesalahan yang dibenarkan!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah
.
Sila KLIK untuk melihat gambar yang lebih menarik dan jelas....

7 April - JAHATNYA BN ITU

Sumber : Siasahdaily

BUKIT GANTANG, 6 April : Bilik gerakan PAS Bukit Gantang mengesan Umno telah membeli 400 helai baju-T yang bertulis "PAS for All" di belakang dan hadapan baju tersebut.
.
Perbuatan ini didakwa dilakukan oleh ahli Umno dari negeri Pahang untuk menyamar dan ditempatkan di bahagian penyediaan makanan markas PAS.
.
Langkah ini dibuat supaya makanan yang disediakan keracunan dan petugas yang bertugas akan gagal melaksanakan tugasnya dengan sempurna akibat terkena racun dalam makanan itu seperti cirik-birit dan tidak sihat.
.
Demikian beritahu Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat Pusat, Datuk Mustafa Ali kepada pemberita dalam sidang medianya di Markaz PAS negeri, di Air Kuning.
Bukan setakat itu, petugas Umno dan BN juga telah memukul seorang petugas PAS di Kampong Jaha, Matang, katanya.
.
Mangsa, Mohd Azmi Mohd Zin dikatakan dipukul oleh petugas Umno/Bn apabila Azmi dikatakan mahu melaporkan kepada pemantau Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai bendera yang dipamerkan tidak mengikut peraturan selain banner-banner yang diletakkan tidak ada kena mengena dengan parti yang bertanding.
.
Apabila ahli Umno mendapat tahu bahawa mangsa adalah petugas PAS, ahli-ahli Umno bertindak kasar dengan memukul mangsa di hadapan pemantau SPR.
.
Dalam sidang media yang sama, Pengarah Operasi pilihan raya kecil ini, Asmuni Awi mendedahkan Umno telah menghantar skuad untuk merosakkan poster Barisan Nasional (BN) dan menuduh ahli-ahli PAS yang melakukannya.

Saya mengulas…

Jahat tak BN? Mereka melaung-laungkan bahawa PR bertindak ganas, memfitnah, dan sebagainya. Tetapi, apa yang terjadi? Saya nasihatkan kepada penyokong BN yang membaca artikel ini, supaya melihat sendiri taktik kotor BN, sekiranya anda tidak percaya. Kaji sedalam-dalamnya, benarkah BN guna taktik kotor atau ia hanya fitnah daripada PR.

Jangan pula tak dikaji, terus melabelkan cerita ini sebagai fitnah. Tidak semestinya apa yang anda tidak tahu itu, bermakna ia tidak dilakukan. Kadangkala, BN melakukannya, dan tidak sampai maklumat tersebut kepada anda.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

7 April - “PENGUNDI HANTU” DI ZAMAN NABI SAW DIHANCURKAN OLEH TENTERA MALAIKAT

Ketika peperangan Badar meletus, umat Islam berada di saat yang genting akibat kekurangan bilangan mereka. Namun, Allah SWT telah memberitahu bahawa tentera MalaikatNya akan turun memberi pertolongan kepada mereka. Apa yang menarik di dalam peristiwa Perang Badar ini, terdapat beberapa ekor syaitan yang menyamar sebagai tentera Musyrikin.

Mereka menyamar sebagai Suraqah bin Malik dan Ju’shum al Mudliji yang turut sama menentang orang Islam yang sedikit ketika itu. Ya, sepertimana yang telah dijanjikan, tentera Malaikat turun lalu menghancurkan tentera musyrikin. Apabila melihat hal demikian, kedua-dua “tentera hantu” itu lari lintang pukang kerana mengetahui kehadiran Malaikat.

Peperangan tersebut walaupun pada mulanya umat Islam hamper kalah, tetapi di akhirnya dapat menewaskan orang musyrikin kerana pertolongan daripada Allah yang telah menghantar tentera MalaikatNya.

Hari ini, di dalam kita menghadapi pilihanraya, terdapat juga “tentera hantu” ini yang lebih dikenali sebagai pengundi hantu. Pengundi hantu ini wujud walaupun pada hakikatnya ia tidak wujud. Sama seperti tentera hantu di Zaman Nabi SAW. Mereka adalah syaitan yang menyamar sebagai manusia, manakala pengundi hantu ialah mereka yang bukan anak tempatan, tetapi menyamar sebagai anak tempatan.

Cuma pengundi hantu hari ini masih belum nampak kemunculan Malaikat yang akan menghancurkan mereka. Tetapi anda jangan lupa bahawa tentera Allah itu banyak, dan untuk menghapuskan pengundi hantu ini tidak perlu kepada tentera Malaikat pun. Cukup sekadar menghantar lalat sebagai tentera.

Allah telah menjanjikan kepada Nabi SAW ketika peperangan Badar, bahawa pertolongan Allah itu ada. Walaupun pengundi hantu datang berkampung sekalipun, namun kekuasaan itu milik Allah dan Dia berkuasa memberi kekuasaan tersebut kepada siapa sahaja yang Dia mahu.

Di dalam Blog Perisik Rakyat telah menyiarkan tentang kehadiran pengundi hantu jam 3 pagi tadi. Mereka mendakwa sebagai pelancong ke Pekan Trong yang tidak wujud kawasan pelancongan di situ. Mereka juga mendakwa bahawa mereka melancong pada Hari Selasa, satu kebetulan atau satu penipuan?

Bertambah teruk apabila Unit Amal menahan bas tersebut, FRU segera datang melindungi. FRU mengepung Unit Amal tadi dan melarang mereka daripada mencampuri urusan tersebut. Mereka pula yang dikatakan menghalang orang daripada mengundi! Inikah keadilan? Hisham sebelum ini berkata, pembangkang yang membuat tuduhan kewujudan pengundi hantu ini adalah taktik lama, dan fitnah semata-mata.

Tetapi, walaubagaimanapun, kita yakin pertolongan Allah itu ada. Walaupun pengundi hantu ini datang satu dunia sekalipun, Allah lebi berkuasa terhadap mereka! Jangan sampai mereka dihancurkan oleh Allah sendiri!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah