Monday, April 6, 2009

6 April - ISU LONDEH PERNAH BERLAKU DI ZAMAN NABI SAW


Petang tadi (6 April), kita dikejutkan dengan kelakukan sumbang “pekerja-pekerja” BN. Kelakuan mereka itu sangat memalukan, bahkan menjatuhkan air muka Ismail Saffian yang dikatakan kerap ke Danok. Di dalam blog Ajijoi, telah menjelaskan segala-galanya dan laporan tersebut telah pun dibuat. Berita tersebut seperti ini….

“SIMPANG (06.03.09): Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Simpang sebentar tadi kerana perbuatan yang amat memalukan terhadap seorang Srikandi PKR. Kejadian berlaku semasa sekumpulan Srikandi PKR sedang mengedarkan risalah di Simpang. Lalu seorang daripada mereka telah ditarik masuk kedalam Bilik Gerakan BN di Simpang dan seluarnya ingin dilondehkan oleh petugas-petugas disitu. Rakan-rakan Srikandi tersebut telah cuba menyelamatkannya dan menghubungi ayah kepada gadis tersebut yang menetap berhampiran situ. Sedikit pergaduhan telah berlaku dalam usaha ayah sigadis untuk menyelamatkan anaknya. Setelah berjaya diselamatkan, laporan polis pun dibuat di Balai Polis Simpang……”

Kes seperti ini sepatutnya dibawa ke Mahkamah atas tuduhan cubaan mencabul. Tetapi, hakikatnya, inilah perilaku binatang penyokong BN terhadap seorang wanita suci. Di dalam artikel ini, saya suka untuk menceritakan bahawa kes londeh ini pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW. Ketika itu, si lelaki ini ialah seorang Yahudi dan peristiwa ini menyebabkan berlakunya Perang Bani Qainuqa’.

Di dalam kitab ar Rahiq al Makhtum, Syeikh Safiyurrahman al Mubarakfuri menceritakan tentang peristiwa ini…

“Ibnu Hisham meriwayatkan daripada Abu ‘Awn bahawa ada seorang perempuan Arab yang datang membawa hasil tenusu untuk dipasarkan di Pasar Bani Qainuqa’ (kaum Yahudi), lalu dia duduk berdekatan seorang tukang emas.
.
Kemudian orang-orang Yahudi mula bertindak mahukan supaya dia membuka tutupan mukanya, tetapi dia enggan berbuat demikian. Si tukang emas ini dengan diam-diam memegang hujung kain perempuan itu lalu disimpulkannya hingga ke bahagian belakang badan, sedang wanita itu tidak menyedarinya.
.
Apabila wanita itu bangun, maka terdedahlah auratnya maka mereka pun tertawa. Lantas wanita itu menjerit. Tiba-tiba seorang lelaki Muslim segera menyerbu tukang emas itu dan membunuhnya - tukang emas itu ialah seorang Yahudi. Melihatkan keadaan itu, orang-orang Yahudi mula bertindak balas kepada si Muslim lalu mereka membunuhnya.
.
Keluarga lelaki Muslim itu mula menjerit memanggil-manggil orang-orang Islam untuk menghadapi orang-orang Yahudi. Maka berlakulah pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa’….”

Inilah hakikat yang pernah terjadi di zaman Nabi SAW, tentang kelakuan seorang Yahudi mencabul maruah seorang wanita Islam. Tetapi hari ini, penyokong BN yang mengatakan mereka itu Islam, melakukan pencabulan kepada seorang wanita Islam! Inikah yang dikatakan sebagai perjuangan?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

6 April - MENJAWAB ISU "KOR MING PERSENDA AL QURAN"


Baru-baru ini, timbul satu isu ketika Kor Ming tersalah sebut nama surah di dalam al Quran. Beliau juga tersilap ketika membaca ayat tersebut kerana mungkin kurang biasa dengan sebutan tersebut. Namun, apa yang terjadi, beberapa pimpinan UMNO membuat laporan polis mendakwa bahawa Kor Ming mempersenda al Quran.

Hakikat penulisan saya kali ini ialah lebih kepada mempersoalkan tindakan UMNO sendiri. Selama ini UMNO mengatakan bahawa mereka Islam, tetapi dengan senang lenang mereka menolak hukum Allah. Adakah ini bukan satu persendaan? Ada sesiapa ingin buat laporan? Antara yang pernah mereka persendakan ialah tentang Hukum Hudud.

Apakah Hukum Hudud ini? Ia adalah Hukum yang telah Allah aturkan untuk manusia. Tetapi mereka mengatakan “kalau Hukum Hudud dilaksanakan, semua rakyat Malaysia akan kudung.. boleh buat sup tangan…”. Saya ingin bertanya kepada pembaca, siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Anda sendiri sudah tahu.

Mereka juga pernah mengatakan “Kalau zina dihukum dengan rejam, bagaimanakah kita boleh mendapatkan batu untuk membuat jalaraya?…”. Siapakah yang mempersendakan Hukum Allah ini? Anda juga sudah mengenali siapakah yang mengatakannya. Mereka juga pernah mempersendakan sunnah Nabi SAW, dengan mengatakan “Nabi simpan janggut kerana ketika itu tiada pencukur janggut…”

Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Mereka berkata lagi… “Saya lebih suka suami saya mempunyai wanita simpanan daripada saya bermadu..” Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Mereka berkata lagi… “Dengan memberi kondom secara percuma, dapat mengurangkan masalah zina…”. Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? “Ibu tunggal boleh melacur..” Siapakah yang menuturkan kata-kata ini?

Saya ingin bertanya kepada UMNO sendiri, kenapakah selama ini UMNO sendiri telah banyak kali mempersenda al Quran yang juga Hukum Allah, tetapi tidak pula dibuat laporan polis. Kamu mengatakan kamu seorang Islam. Inikah Islam kamu? Seorang Islam yang menghina Hukum Allah jauh lebih jahat dan hina daripada seorang kafir yang “tersilap” membaca al Quran.

Adakah Kor Ming mendapat dosa kerana perbuatannya yang tidak disengajakan itu? Adakah UMNO juga tidak sengaja menghina Hukum Allah? Perhatikan ayat terakhir Surah al Baqarah, kita memohon kepada Allah SWT supaya tidak dihukum terhadap perbuatan kita yang tidak disengajakan. Tetapi UMNO sengaja mendabik dada seolah-olah undang-undang mereka lebih bagus daripada undang-undang Allah!

Saya yakin, masih ramai lagi ahli UMNO, walaupun sudah dikatakan Islam sejak lahir, tetapi sampai sekarang , masih tidak reti membaca al Quran! Kamu mengaku Islam, tetapi al Quran pun tak tahu baca. Anda sendiri boleh lihat, berapa kerat pimpinan UMNO yang membaca al Quran ketika berucap..? Saya sendiri tidak pernah lihat, melainkan Masyitah seorang itu.

Masyitah yang seorang itu pun telah mempersenda hukum Allah dengan mengeluarkan fatwanya pada tahun 2004! Ibu tunggal boleh melacur… Selain itu, wanita-wanita UMNO sendiri sudah lama mempersendakan al Quran dan Hukum Allah. Di dalam Surah an Nur, wanita Islam wajib menutup aurat, tetapi, berapa keratkah wanita UMNO yang begitu?

Kebanyakan mereka “sengaja” membuka aurat sedangkan mereka tahu bahawa perbuatan itu salah. Bukankah ini juga menunjukkan mereka telah mempersenda al Quran dan Hukum Allah? Kenapa tidak dibuat laporan sahaja? Ini belum lagi diceritakan tentang kes Disko Zouk yang terang-terangan mempersenda Islam!

Filem Gubra? Di manakah pimpinan UMNO yang bersungguh sangat membuat laporan ini? Diam sahaja apabila menonton filem tersebut? Siapa pula yang meluluskan filem tersebut kalau bukan kerajaan sendiri! Sure Heboh telah difatwakan HARAM oleh Mufti Perak, apakah tindakan pimpinan UMNO yang hari ini, tiba-tiba semangat?

Ya, tidak lain dan tidak bukan, pimpinan-pimpinan UMNO ini hanya bertindak apabila ia berkaitan dengan politik dan kepentingan mereka sahaja. Mereka mencari kesalahan-kesalahan orang lain walaupun ia tidak disengajakan. Sedangkan mereka selama ini sengaja mencaci al Quran dan Hukum Allah. Tunggulah balasan dari Empunya kalam tersebut!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

6 April - DEBAT HUSAM MUSA DAN ZAHID HAMIDI MALAM INI


BUKIT GANTANG, 6 April (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa akan berdebat dengan Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, jam 9 malam ini di Kampung Larut Tin, Changkat Jering, dekat sini malam ini.

Perdebatan yang diatur kedua-dua pihak ini berikutan kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang semakin sengit, menjelang hari pengundian esok.

Perdebatan ini merupakan peluang terbuka PAS untuk menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan oleh BN, khususnya Zahid sendiri yang merupakan Timbalan Pengerusi Umno Perak.

Orang ramai, khususnya pengundi Bukit Gantang yang dahagakan kebenaran dijemput hadir beramai-ramai.

6 April - WAWANCARA KHAS BERSAMA PRESIDEN MAHASISWA PERAK MALAYSIA


“Generasi muda baru Malaysia tidak bincang perkara kecil”-Hafez Sabri

Malaysia bakal menghadapi episod Pilihan Raya Kecil paling cemas dalam sejarah Tsunami Politik Negara pada 7 April ini. Pilihanraya Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Ai menjadi fokus masyarakat dan media. Dalam pada itu, watak dan kelibat mahasiswa juga tidak wajar dipinggirkan dalam drama politik negara yang menjadi titik tolak kepada pembangunan dan keharmonian Malaysia yang lebih kehadapan. Suara mahasiswa dalam era politik baru, dengan cara dan pemikiran yang baru melahirkan idealisma intelektual yang lebih segar sebagai egen semak dan imbang kepimpinan negara.

Politik Baru (new politics) yang banyak membincangkan soal nilai-nilai sejagat (universal value) dan menolak retorik cauvanisme dalam ruang lingkup Bangsa Malaysia telah mengubah paradigma mahasiswa zaman kini dalam soal kematangan dan penilaian. Dalam krisis politik Perak, mahasiswa juga tidak lepas dalam mencurahkan idealism mereka. Bersama wartawan Mahasiswakini, MOHD SAID SABIR, sempat mewawancara saudara MOHD HAFEZ SABRI, Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU)* berkenaan dengan politik baru, paradigma anak muda Bangsa Malaysia dan peranan mahasiswa sebagai antara watak penting dalam proses demokrasi Malaysia.

MAHASISWAKINI: Apa khabar? Boleh ceritakan sedikit tentang NGO yang anda pimpin dan apa visi dan misi NGO ini yang dilihat semakin mendapat tempat dalam ‘mainstream media’ terutamanya menjelang pilihanraya Bukit Gantang esok malah menjadi ‘enlightment‘ kepada idealisma mahasiswa anak muda? boleh respon sedikit.

HAFEZ SABRI: Wa’alaikumussalam,Alhamdulillah,masih di beri kesempatan oleh Allah S.W.T untuk terus menjalankan tugas sebagai hambanya di muka bumi ini,sementara menanti panggilan yang memutuskan hubungan kita dengan dunia ini.

BERSATU merupakan badan NGO yang ditubuhkan atas misi dan visi bagi memperjuangkan idealisme, kepentingan dan daya kepimpinan mahasiswa.

Soal mainstream atau tidak itu kerja (tanggungjawab) media. Bukan popular yang kita kejar, tapi suara mahasiswa, kebajikan dan komitmen anak muda yang kita nak tekankan dalam pergerakan kita ini. Bukan juga maksudnya selepas ini (pilihanraya Bukit Gantang), BERSATU akan senyap dan slow (kurang pergerakan), Bersatu akan terus dalam capai visi, misinya.

Bagaimana pula dari segi sambutan ramai terhadap NGO yang dipimpin saudara ini?

Alhamdulillah. Kita (Bersatu) dapat sambutan yang menggalakkan. Bersatu juga menghimpunkan mahasiswa Negeri Perak Darul Ridzuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sebagainya. Ianya meliputi pelajar yang menuntut dinegeri Perak dan anak-anak Perak yang menuntut di peringkat lepasan SPM,Matrikulasi,Asasi STPM dan STAM samaada di IPTA/IPTS, MAKTAB, POLITEKNIK, KOLEJ-KOLEJ,SEKOLAH dan sebagainya di dalam dan luar negara.
.
Bersatu telah wujud lebih setahun, jadi apa perkembangan BERSATU sehingga sekarang?

Alhamdulillah, BERSATU sedang melalui beberapa proses kematangan dalam memimpin seluruh gerakan mahasiswa dan gerakan pelajar di negeri Perak,semua kita maklum bahawa negeri Perak sedang diuji dengan pelbagai musibah yang menggetirkan yang melibatkan Instisusi Kesultanan badan kerajaan ,parti politik dan rakyat jelata.

Dari segi Akademik BERSATU, sering menganjurkan program berbentuk akademik seperti Motivasi pelajar,kem Pemantapan Kepimpinan,Kem Insan Cemerlang, yang melibatkan sekolah, IPT/IPTS. BERSATU dalam rangka untuk membina generasi baru perak yang mempunyai persiapan yang lengkap dalam menggalas tanggungjawap sebagai pemimpin pada masa hadapan, usaha ini sedang diatur dengan baik dan mohon doa dari sahabat sekalian supaya usaha ini dapat berjalan dengan baik.

Dari segi Kebajikan, BERSATU sememangnya cuba sedaya boleh untuk membantu mahasiswa,pelajar sekolah dan rakyat perak yang memerlukan bantuan, untuk pengetahuan semua sebelum terjadinya krisis politik dinegeri Perak, BERSATU telah di beri mandat untuk menjadi agen saluran kebajikan kepada rakyat, dengan kerjasama Yayasan Perak, Majlis Agama Islam Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Kerajaan Negeri sendiri bagi menyampaikan masalah yang di hadapi rakyat dan di bawa perkara tersebut kepihak yang berwajib agar masalah itu dapat diselesaikan dengan segera, ini di buktikan dengan keperihatinan Kerajaan negeri sebelum ini melantik saya untuk menjadi Exco Belia dan pembangunan Insan di Perak bagi menjadi wakil untuk memperjuangkan hak-hak belia negeri dan menjadi watak utama dalam membentuk pembangunan insan yang cemerlang di Perak.

Selain itu saya juga di beri amanah untuk menjadi exco Belia dan Mahasiswa bagi Pertubuhan Gabungan NGO-NGO Islam di Perak (JAMAIY) dan semuanya adalah disebabkan kehadiran BERSATU dalam merencana generasi baru Perak, dan ini menarik perhatian mereka untuk memastikan BERSATU turut sama membantu dan bekerja dalam membina generasi muda Perak yang cemerlang dari segala sudut.

Bagaimana pula keterikatan dan hubungan dengan pihak lain?

Alhamdulillah… memang ada, malah kita sebagai badan NGO perlu kepada jaringan dan kerjasama yang kuat dan bersistem samada dengan mana-mana parti politik, badan-badan NGO, kelompok masyarakat dan mana-mana individu agar gerakan kita di hormati dan disanjung oleh semua kelompok masyarakat, inilah antara salah satu kayu ukur dalam menilai keberhasilan sesebuah kepimpinan itu meluaskan pengaruhnya kesemua peringkat.

Antara contoh yang dapat saya nyatakan disini, Program Khidmat Masyarakat (OBKIM PERDANA 08) anjuran BERSATU ia melibatkan penduduk kampung di Perak, ini merupakan salah satu usaha untuk memberi bantuan kebajikan dari pelbagai sudut kepada penduduk kampung tersebut, segala masalah yang dihadapi penduduk kampung tersebut telah di bawa oleh bersatu kepada pihak yang berwajib.

BERSATU juga memperjuangkan hak mahasiswa Perak dari segi kebajikan contohnya apabila ada antara mahasiswa Perak yang sepatutnya layak mendapat Bantuan zakat dan bantuan kewangan yang selainnya dari pihak yang berwajib bagi menampung kos sara hidup mereka di Universiti di nafikan atau terlepas pandang, maka BERSATU turun sendiri dengan membawa suara mereka bagi mendapatkan bantuan yang di nafikan sebelum ini,ini salah satu usaha yang dilakukan BERSATU agar perkara berkaitan kebajikan rakyat dan mahasiswa tidak diremehkan. Dan banyak lagi isu berkenaan kebajikan yang telah kita bawa kepada pihak yang berwajib.

Dalam pada itu, dari segi penyelidikan dan penerangan, BERSATU sememangnya menjadikan perkara ini sabagai medium utama dalam gerakan ini, semua kita boleh melihat bagaimana BERSATU telah mendepani segala isu yang sedang berlaku di Perak khususnya dan di Malaysia amnya. BERSATU akan membuat penyelidikan terlebih dahulu dalam sesuatu isu dengan sumber maklumat dari pelbagai pihak dan seterusnya akan di sampaikan kepada umum melalui sumber penerangan yang ada seperti Ceramah, Forum, Diskusi, Dialog, Akhbar Perdana dan Alternatif, Website BERSATU, serta seluruh jentera teknologi yang ada kini, dan kini BERSATU dalam proses mewujudkan sebuah pasukan khas dalam bidang penyelidikan dan penerangan dan pasukan ini sudahpun menjalani beberapa siri latihan yang telah disusun oleh BERSATU.

Di awal penubuhan Bersatulagi, sambutan dan sokongan mahasiswa Perak sangat menggalakkan, sejauh mana jaringan komuniti mahasiswa Perak dalam Bersatu?

BERSATU juga sedang giat meluaskan jaringan ahli, dengan mewujudkan exco antarabangsa BERSATU yang mewakili badan gerakan ini di luar negara. Kita punyai dua cawangan setakat ini pertama di United Kingdom yang mana BERSATU telah menjalankan kerjasama dengan GEMARAK ( Gema Suara Anak perak U.K dan ireland) dan yang kedua di Mesir dengan kerjasama BAKAN, ini adalah salah satu inisiatif yang baik bagi memastikan mahasiswa Perak yang belajar di luar negara mendapat maklumat terkini dari kami di Malaysia dan sekaligus memastikan anak-anak Perak yang belajar di luar negara dapat menyumbangkan sesuatu kepada rakyat negeri Perak samada dari segi buah fikiran, kewangan, dan tenaga kerja kepada negeri apabila mereka pulang nanti.

Sebelum ini pun, BERSATU ada menganjurkan konvensyen Mahasiswa Perak yang melibatkan seluruh gerakan mahasiswa di Perak tidak kira agama dan bangsa dan dalam masa yang sama wakil mahasiswa Perak yang belajar di United Kingdom dan Mesir turut hadir dan mencapai kata sepakat bersama gerakan mahasiswa di dalam negara khususnya di Perak untuk bersama-sama BERSATU dalam merealisasikan aegenda yang telah di susun sekaligus merea semua berada di dalam Jawatankuasa BERSATU PERAK ini.

Selain itu kita juga sebelum ini ada mengadakan kerjasama dengan rakan-rakan kita yang berada di luar negara contohnya apabila mereka pulang ke tanah air untuk bercuti mereka akan bersama-sama BERSATU dalam menyusun program dan aktiviti yang hendak di lakukan contohnya Forum Hal Ehwal Islam BERSATU dengan kerjasama mahasiswa Mesir bersama rakyat Negeri Perak di Bukit Gantang pada bulan 12, tahun lepas pada waktu tersebut sahabat-sahabat kita yang belajar di Mesir sedang bercuti di Malaysia.

Penganalisis melihat Bersatu sebagai suara anak muda Perak yang terkehadapan, malah antara watak penting dalam proses demokrasi di Perak. Secara dasarnya, apa peranan Bersatu dalam suasana politik dan masyarakat Perak ?

Dari segi politik BERSATU kini diberi kepercayaan oleh rakyat Perak untuk berperanan sebagai agen semak imbang terhadap situasi politik Perak, Rakyat Perak khususnya, mereka sememangnya memberi sokongan dan dokongan yang padu terhadap gerakan ini.sebagai contoh BERSATU sering mendapat jemputan oleh masyarakat Perak untuk turun menerangkan isu-isu utama yang berlaku di Perak dan bersama-sama membincangkan jalan penyelesaian yang sedang dihadapi rakyat Perak.

Antara perkara penting dalam sejarah gerakan ini ialah apabila saya diminta untuk mewakili suara mahasiswa Perak dan anak Muda untuk menyampaikan Pidato kepada lebih kurang 6000 orang rakyat Negeri Perak di Stadium Indera Mulia Perak Darul Ridzuan.

Buat masa ini perancangan tahunan yang telah di susun oleh kepimpinan BERSATU mengalami sedikit kesukaran untuk dijalankan disebabkan keadaan Negeri Perak yang masih belum stabil sepenuhnya program-program besar yang disusun terpaksa di tangguh buat seketika waktu.

Namun BERSATU akan terus melangkah laju dalam mendepani segala isu di Perak ini, Mohon Doa dari Sahabat sekalian agar Negeri Perak kembali aman dan rakyat dapat hidup dalam keadaan tenteram dan harmoni di bawah pemerintahan yan adil dan merakyat.

Kita lihat sekarang politik Malaysia semakin dramatik. Parti-parti politik di Malaysia semakin sedar dengan selera generasi baru Bangsa Malaysia. Apa pandangan anda tentang politik baru Malaysia masa kini?

Kalau kita rujuk balik keputusan dalam PRU ke 12, kita lihat banyak pengundi muda terutama saluran tiga dan empat telah memberi undi yang besar kepada pakatan rakyat sehingga dapat menghasilkan satu gelombang mega yang besar bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta mengekalkan kerajaan PAS di Kelantan dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Dan kini, banyak pemerhati dan penganalisis melihat UMNO cuba merangka suasana baru dari segi luarannya.

Kita lihat bagaimana keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, suasananya seperti tetap sama, mereka sememangnya sudah ketandusan pemimpin, sehinggakan orang yang sememangnya di dapati terlibat dalam politik wang dan pelbagai tuduhan yang berat seperti jenayah, masalah akhlak dan moral yang begitu teruk boleh diangkat menjadi pemimpin utama dalam UMNO. Persoalan yang bermain di kepala golongan muda mahasiswa ialah adakah suasana mentaliti UMNO betul-betul berubah atau masih dengan stail (cara) yang sama?.

Masyarakat Malaysia terutamanya anak muda masa kini tidak lagi menilai politik dari sudut perkauman atau apa yang dikatakan sebagai politik dalam ‘plural culture’, tetapi suasananya ‘multi culture’ sekarang. Semua parti politik perlu sedar suasananya telah berubah sekarang. Tak kira Pas, PKR, DAP, BN , semua perlu faham.. Yang keluar(tidak kena) dari suasana ini, maka mereka (parti politik) tak akan dapat sambutan oleh generasi muda dan masyarakat.

Kita perlu membuka minda dan kefahaman serta membina ruang dan merangka strategi untuk generasi kita (anak muda) bagaimana hendak membawa mereka bersama kita dalam membina politik baru yang kita inginkan. Perlu difahami konsep inqilabiyah ,yang mana kebenaran itu tidak sama sekali berdiri dengan kejahilan,jahiliyah kezaliman dan seumpama dengannya, jika kebenaran hendak ditegakkan maka kejahilan perlu ditumbangkan.

Pada hemat saudara, interpretasi politik baru yang bagaimana saudara gambarkan? Maksud saya kematangan berpolitik yang bagaimana kepada saudara sebagai generasi baru ingin lihat pada kepimpinan Malaysia yang baru ini ( Dato’ Seri Najib) atau akan datang?

Politik baru yang saya gambarkan ialah pertama, kita anak muda sudah bersedia untuk meninggalkan Politik pekauman dan perpecahan dan di gantikan dengan konsep perpaduan rakyat dan muafakat sesama rakyat Malaysia.

Kedua Kita juga menolak pemimpin yang terus menerus mengumpulkan kekayaan demi kepentingan keluarga dan kroni (semua projek Negara masuk kedalam karung poket mereka) sehingga rakyat tertindas dan digantikan dengan pemimpin yang benar-benar ikhlas memperjuangkan hak rakyat dan berpegang teguh pada Perintah Allah S.W.T dalam menjalankan amanah kepimpinan ( bagi yang muslim) agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa dan hidup aman dalam suasana Negara yang maju dan mandapat keredhaan dari Allah S.W.T.

Ketiga Politik baru yang anak muda mahukan ialah tidak adanya rasuah dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin Negara sehingga menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung beban yang dilakukan pemimpin tersebut golongan ini perlu digantikan dengan pemimpin yang berintegriti tinggi, adil dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin rakyat.

Keempat kita juga bersedia membuang politik lama yang mana terdapat pemimpin yang tidak menghormati Undang-undang dan perlembagaan contohnya kes rampasan kuasa di Perak yang menyebabkan perlembagaan dan undang- undang tidak lagi dihormati, dan golongan ini wajib digantikan dengan pemimpin yang patuh terhadap undang-undang dan perlembagaan Negara bagi memastikan rakyat hidup dalam keaadaan aman dan tenteram, dengan menghormati perlembagaan dan undang-undang Negara ( yang mana tidak bertentangan dengan Islam).

Kelima Politik baru yang kita mahukan ialah akta-akta zalim perlu dihapuskan seperti ISA, AUKU, OSA, AKTA Mesin Cetak dan Penerbitan, perlu di fahami oleh kita akta-akta inilah yang selama ini telah menyekat kebebasan bersuara Rakyat dan Merencatkan demokrasi Malaysia.

Keenam politik baru yang menolak pemahaman bahawa Tafsiran agama yang hanya berlegar ibadat khusus dan menolak peranan agama dalam politik dan pentadbiran dan budaya, bagi saya politik baru perlu memehami bahawasanya Agama Islam itu mencakupi semua sistem kehidupan dan tidak di khususkan kepada perkara tertentu sahaja seperti yang di lakukan pemimpin negara sebelum ini ( memisahkan peranan agama dari kehidupan).

Ketujuh Politik Baru yang dimahukan ialah memastikan Institusi-institusi kerajaan umpama PDRM dan SPRM tidak lagi dijadikan instrumen untuk pengekalan kuasa kerajaan yang memerintah sahaja, Badan ini perlu bebas dalam melaksanakan tugas mereka bagi memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati keadilan dan keamanan.

Bagi saya jika Dato’ Seri Najib dapat memahami dan merealisasikan politik baru yang dimahukan kita ini, saya kira itu salah satu petanda baik dalam kepimpinannya tapi kita perlu ingat bahawa tindakan yang paling ikhlas dan jujur berpandukan prinsip keadilan ialah dengan membebaskan semua tahanan, bukan sebahagian sahaja.

Tindakan yang paling berani ialah meletakkan keadilan pada tempatnya. ISA membenarkan penahanan tanpa bicara dan kuasa yang terlalu luas. Ia bukan sahaja disalahgunakan tetapi ia undang-undang salah yang disalahgunakan! ISA mesti dimansuhkan dan mangsanya mesti dibebaskan atau dibicarakan. Saya secara peribadi menganggap pengumuman tersebut hanya sebagai penyedap kata yang lebih mencerminkan kuasa yang baru diperolehi.

Dato’ Seri Najib Razak baru-baru ini melepaskan tahan ISA, apa respon dan pendirian saudara dengan tindakan ini?

Tindakan awal yang bersifat ’goodwill’ yang sarat bermotif politik pada ketika menjadi Perdana Menteri. Suatu kelok politik atau political manoeuvre yang diatur detiknya dengan teliti menjelang tiga Pilihanraya Kecil yang dianggap kritikal bagi meningkatkan pengaruh rakyat kepada PM baru dan BN. Saya menggesa anak muda untuk jangan mudah tertipu dengan pendekatan politik ini.

Dengan tindakan awal ini, ternyata kuasa arbitrari di bawah ISA bukan sahaja menahan dan menghukum tanpa bicara tetapi juga membebaskan pada masa yang dianggap akan berpihak kepada pemerintah. Selagi ISA wujud, kuasa tersebut terus kekal wujud.

Tindakan ‘goodwill‘ yang serupa pernah dilakukan ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu. Tapi apakah yang berlaku selepas itu? ISA (terus) kekal dan diketatkan, malah makin ramai yang ditahan pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.

Tindakan yang lebih utama oleh Datuk Seri Najib ialah menjelaskan kesangsian rakyat terhadap kewibawaan dan kredibiliti beliau dalam isu cubaan rasuah politik di Perak, isu urusan pembelian kapal selam dan isu pembunuhan Altantuya.

Maksudnya saudara tak melihat ini sebagai ‚turning point dalam kepimpinan UMNO/BN?

Ya. Tidak sama sekali malah saya dan generasi muda lihat ini sebagai retorik dan mainan politik semata-mata.

Baik, kita lihat sekarang suasananya ‘politic of hope’, bukan lagi ‘politic of fear’, apa pandangan saudara tentang perbezaan dua pendekatan yang saya kira sangat berbeza ini?

Rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, mestilah tidak diperangkap oleh muslihat politik. Kejelekan terhadap politik kotor mereka akan diubah oleh perkakas kotor agar menjadi sifat bencikan politik secara keseluruhannya. Sebagaimana “Makkal Sakti” - kuasa rakyat - telah merubah lanskap politik negara hampir setahun yang lalu, rakyat jugalah yang berperanan mematikan politik kolot yang terus menjadi sandaran Pengamal politik kotor. Rakyat, bukannya ahli politik, yang akan memastikan politik harapan yang berpaksikan kedaulatan rakyat akan terus berkembang dan menumbangkan politik kolot di Malaysia.

Generasi muda mesti tegas mendesak bahawa kita mahu politik yang mengangkat martabat insan, bukan politik mengadu domba dan khianat kepada rakyat. Rakyat harus merasakan mereka bukan sekadar penerima sisa-sisa kekayaan negara, tetapi sebaliknya berkongsi kekayaan tersebut secara saksama.

Generasi Muda juga mahukan konsep merakyatkan ekonomi bagi berkongsi hasil mahsul Negara . Saya tidak mahu politik harapan ini menjadi monopoli sesetengah pihak sahaja. Saya pun mahu menumpukan kepada mencari jalan bagi menyelamatkan negara Malaysia dari kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda sekarang. Saya menyeru kepada semua pimpinan muda BN atau PR agar berani berbahas tentang dasar dan idealisme terbaik untuk negara kita. Jika ada perkara yang perlu kerjasama semua pemimpin Malaysia melangkaui batas parti demi masa depan bersama, saya tidak keberatan turut serta.

Saya harap (persaingan) politik di Malaysia ini terus sihat di dalam kerangka demokrasi berperlembagaan agar rakyat tidak mual dan bosan dengan tahap politik murahan yang menggamit negara pada hari ini.

Politik harapan ini akan memastikan Generasi Muda dapat mencari kekuatan bagi mengatasi krisis ekonomi yang melanda negara kita. Politik harapan ini akan menegakkan keluhuran perlembagaan kita. Politik harapan ini akan menjamin masa depan anak-anak kita.Sama ada politik kotor atau harapan, pilihannya di tangan kita rakyat Malaysia.

Saudara sebagai anak muda generasi baru dan menjadi pemimpin kepada NGO yang menggabungkan semua kaum di Malaysia, Apa pandangan saudara tentang Bangsa Malaysia dan hubungan antara kaum masa kini dalam suasana politik baru Malaysia? Sejauh mana nilai-nilai cauvanisme (perkauman) dilihat relevan dalam suasana generasi muda Malaysia yang baru ini? Atau sudah tidak ada lagi benteng-benteng perkauman kepada generasi baru ini?

Konsep Bangsa Malaysia yang meliputi Melayu , Cina dan India yang menjadi teras rakyat Malaysia sebagai satu keluarga besar dalam menuju cita-cita membawa Negara ke tempat yang terbaik. Ketuanan Rakyat pula ialah konsep yang memperjuangkan hak rakyat bawahan tanpa mengira kaum dan etnik.

Namun harus diingat walaupun kita melalui era politik baru, struktur masyarakat tetap sama dan tidak berubah. Sebahagian besar orang Cina dan India telah beralih selera dengan menolak BN diikuti dengan sebahagian besar pengundi Melayu di kawasan-kawasan bandar. Namun demikian orang Melayu tetap orang Melayu begitu juga Cina dan India tetap Cina dan India dalam negara tercinta bernama Malaysia ini.

Rakyat telah mengunakan kematangan dan kesedaran politik mereka untuk membuat perubahan walaupun memikul risiko, kini adakah parti-parti yang dimenangkan melalui perubahan ini sudah bersedia untuk memimpin rakyat?

Contohnya saya adalah seorang Melayu yang beragama Islam, BN atau PR tidak boleh mengubah hakikat itu. Saya mahu lihat pemerintah yang membawa politik baru ini memerintah dengan menamat dan mengikis kebobrokan kuasa. Jangan zalim dalam pemerintahan.

Tapi dalam waktu yang sama saya juga mahu pemimpin-pemimpin yang ada turut menghormati struktur masyarakat yang sedia ada. Sensitiviti saya sebagai orang Melayu dan beragama Islam perlu dipelihara sebagaimana perlu juga kita memelihara sensitiviti masayarakat yang lain.

Pemimpin yang baik akan memahami ini dan tidak mudah terjerat sehingga membangkitkan kemarahan mana-mana kaum atau agama. Adat istiadat Melayu, Raja-raja Melayu, masjid dan surau serta pentadbiran agama Islam semuanya perlu dipelihara dengan baik, jangan disentuh atau dikritik kelak bakal mengundang kemarahan ramai.

Begitu juga saya yakin tidak ada dikalangan masyarakat Melayu yang berminat mahu menganggu sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, rumah-rumah ibadat rakan-rakan kita yang bukan Islam, adat istiadat dan kepercayaan bukan Melayu. Islam yang diamalkan dengan betul sangat menghormati agama lain, malah jauh sekali melakukan kezaliman dan penindasan kepada golongan ini (bukan Islam).

Era politik baru ini menuntut toleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Kekuatan ini bakal memberi jalan kepada kestabilan dan masa depan yang baik buat semua, namun jika perkara ini gagal dilaksanakan , terlalu taksub dan ekstrim, kemenanga buat rakyat ini hanya akan menjadi sementara sahaja.

Dalam politik baru kita banyak menyentuh tentang nilai-nilai sejagat (universal value) seperti good-governance (tadbir urus yang baik) , ketelusan, kestabilan ekonomi, hak demokrasi dan hal ehwal rakyat. Jadi dari kaca mata mahasiswa, setelah Najib Tun Razak dilantik sebagai PM Baru Malaysia, apa pandangan saudara tentang kepimpinan beliau dan harapan dalam membawa tema politik baru di malaysia?

Generasi muda baru Malaysia tidak lagi bincang perkara-perkara kecil, sempit yang retorik. Suasana kematangan politik rakyat Malaysia semakin terasa. Benda-benda (perkara) sempit seperti perkauman, pemberian habuan ratusan ringgit bukan lagi menjadi persoalan.

Sememangnya nilai-nilai sejagat yang mendapat tempat, jadi bualan orang. Kita bercakap sekarang tentang soal isu ketelusan dalam pentadbiran.Soal demokrasi dan kepimpinan. Persoalan good governance seperti yang saudara sebut tadi termasuk isu-isu pendidikan, ilmu, undang-undang dan demokrasi, kebebasan bersuara. Semua nilai-nilai sejagat ini perlu ada, dan dicanang pemimpin dalam suasana politik masa kini. Bukan lagi isu perkauman membabi buta yang hanya sekadar retorik kepada golongan bukan intelek.

Apa pandangan dan persepsi peribadi saudara sebagai anak muda dan mahasiswa terhadap kepimpinan baru negara iaitu Dato’ Najib Tun Razak?

Apa yang berlaku dalam Negara pada masa kini sudah cukup untuk membuktikan pada rakyat bahawa BN gagal untuk memberikan yang terbaik bagi generasi muda masa kini, Setelah memerintah Negara selama 50 tahun, BN hanya mampu menyumbatkan fikiran-fikiran golongan belia Negara ini dengan racun hiburan dan pesta sahaja, Gejala merempit, bohsia, penagihan dadah dan arak, buli, rogol, ragut, perjudian dan macam-macam lagi agenda maksiat yang sedang berlaku kebanyakan wujud melalui program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan BN.
.
Pesta Sambutan Hari Merdeka dan Tahun Baru, saban tahun diadakan, membuktikan kerajaan BN hanya tahu bazirkan duit rakyat untuk meletupkan bunga api dan mengumpulkan anak-anak muda ditengah-tengah kota bagi meraikan pesta maksiat yang tidak terkawal, Indeks gejala sosial kalangan belia negara ini juga semakin meningkat tinggi, malahan remaja semakin rosak dengan budaya ’skin head’, ‘black metal’ dan sebagainya. Gambar-gambar asmaradana anak DS Najib, DS Nazri Aziz dan Dato’ K sudah cukup untuk Memperjelaskan pada kita bahawa pemimpin BN sendiri gagal membentuk anak-anak mereka.

Adakah pandangan saudara ini menunjukkan saudara bersifat sedikit partisan?

Bukan soal partisan atau tidak yang menjadi isunya, tapi sejauh mana keberkesanan pelaksanaan pemerintahan, sejauh mana peningkatan yang dilakukan oleh golongan muda (yang dilakukan) berkesan? Program-program Belia seperti Rakan Muda, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hanya dijadikan tapak bagi mereka merompak hasil negara, walhal apa yang diperolehi oleh generasi muda amatlah sedikit. Kalau kerajaan pimpinan BN (Barisan Nasional) tadbir dengan baik , kami (generasi muda) akan patuh pada mereka (BN). Tapi sekarang suasana macam mana?

Kerajaan BN juga gagal memastikan kualiti pendidikan negara dapat bersaingan dengan baik dipentas varsiti dunia akibat terlalu banyak bermain politik diktatorian didalam kampus. Lihat sahaja bagaimana Universti Malaya contohnya kini telah jatuh menjunam ketangga tercorot dalam ranking Universiti terbaik dunia.

Mahasiswa diugut dan dipaksa tunduk pada kehendak pemimpin negara. Apa yang mereka fikirkan haruslah sesuai dengan kehendak pemimpin BN, jika tidak mereka akan digantung pengajian atau dibuang terus, Ekoran dari itu, mahasiswa yang keluar dari Universiti kurang berkualiti dan tiada daya kepimpinan yang progreasif dan tidak mampu untuk berdikari.

Akibatnya mereka juga susah untuk mencari pekerjaan kerana pihak majikan tidak percaya pada kebolehan mereka yang hanya bermodalkan sijil bisu yang tidak disokong oleh roh seorang belia yang cemerlang, Pengangguran berlaku bukan sahaja kerana tiada pekerjaan di negara ini, tetapi berlaku kerana pihak BN gagal menyediakan prasarana pendidikan sempurna bagi melatih pada belia ini berhadapan dengan dunia realiti bersama dengan masyarakat, Cerita mahasiswa menganggur bukanlah perkara baru, dan setelah 50 tahun negara merdeka BN masih gagal mencipta generasi kreatif dan dinamik untuk negara

Sebentar tadi saudara menyentuh soal ranking universiti yang tercorot, dan suasana kualiti pendidikan negara yang dilihat gagal dalam melahirkan generasi yang baik kepada negara, jadi senenarnya apa yang mahasiswa dan anak muda Malaysia perlukan pada hemat saudara?

Apa yang generasi muda mahukan ialah adakan Pusat-pusat pendidikan lanjutan yang benar-benar membentuk modal insan yang baik dan para belia disadurkan dengan budaya Ilmu agar mereka dapat berdikari dan bukan sahaja sekadar kenal perkara yang baik atau yang buruk malah mereka juga diajar untuk mengenali soal halal dan haram.

Mereka juga didedahkan dengan soal-soal kepimpinan melalui usrah dan aktiviti riadah serta kemasyarakatan yang menuntut mereka mematang diri selain diberikan kebebasan berfikir dalam konteks yang positif.Hiburan alternatif disajikan dan dunia mereka juga dihiasi dengan pelbagai aktiviti lain selain dari berhibur. Mereka juga diajar berdakwah dan bersosial secara lebih beradab.

Generasi muda mahu pemimpin mendidik belia negara ini agar cenderung untuk memikirkan masa depan negara secara menyeluruh, bukan sekadar untuk diri mereka tetapi untuk masyarakat mereka. Pemimpin-pemimpin BN harus melihat realiti massa dan jangan biarkan rakyat khususnya golongan belia terus marah pada mereka.

Sejarah membuktikan bahawa golongan belialah yang selalunya menjadi agen perubah dan mencetuskan gelombang revolusi diatas kezaliman pemimpin-pemimpin yang rosak. Oleh itu, DS Najib harus berhati-hati dan tidak mengugut atau memaksa belia-belia negara ini untuk tunduk dan taat pada mereka dengan sewenang-wenangnya sebaliknya jika beliau mahukan perubahan maka beliau perlu melaksanakan gagasan politik baru yang di bawa kita ini.

Media asing dan media alternatif dilihat memberi discredit (menjatuhkan) kepada Najib berkenaan isu kes pembunuhan wanita dari Mongolia dan beliau dikaitkan dengan kes tersebut. Malah tidak ada respon berbentuk kata-kata atau tindakan undang-undang. Apa respon saudara tentang suasana ini?. Semesti saudara sebagai generasi muda Malaysia tidak ingin melihat perdana menteri sendiri di cari oleh media asing ataupun mana-mana pihak dalam apa-apa isu.

Salah satu syarat wajib untuk melakukan perubahan ke arah yang terbaik ialah kualiti dan integriti pemimpin atasan terutama peneraju perubahan iaitu PM. Kualiti dan integriti ini bersumberkan kekuatan intelektual dan moral yang berpaksikan kepada penghayatan agama yang mendalam sehingga terpancar dalam dirinya. Integriti ini memancar dan auranya boleh memukau khalayak. Kualiti dan integriti inilah yang memungkinkan lahirnya karisma.

Bagi saya apa yang berlaku terhadap DS Najib, apabila beliau dituduh begitu hebat, dia senyap, maka amat sukar bagi rakyat untuk membersihkan diri bakal Perdana Menteri itu.Oleh itu beliau mesti membersihkan dirinya sendiri Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW sendiri menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan dan tidak melarang sahabat yang lain daripada bertanya.“Pemimpin utama dan pertama dalam Islam ialah Nabi Muhammad SAW sama ada dalam hal ehwal ekonomi, akhlak, pengurusan luar dan dalam rumah tangga, dan Baginda adalah pemimpin bersih. “Oleh itu, kalau mahu menjadi pemimpin, mestilah meniru kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

Saya juga berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya. Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, di mana maruah negara adalah menjadi taruhannya.

Hal ini menjadi lebih buruk apabila media cetak dan internet antarabangsa mula menyiarkan berita kaitan kes rasuah dan jenayah ini dengan Perdana Menteri Malaysia Keenam ini. Penyiaran berita seperti demikian adalah sangat memalukan seluruh rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat ini. Bagi saya seseorang pemimpin terutamanya bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru mestilah dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang fitnah sebelum layak memegang tampuk pemerintahan yang sangat berat ini.

Sehubungan dengan itu, di kesempatan ini saya mencabar kepimpinan negara ini untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan menyaman media-media cetak dan internet antarabangsa seperti akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa) yang telah menyiarkan beritakaitan Perdana Menteri Malaysia keenam ini dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.

Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan. Sekiranya tindakan saman ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan dan ejekan masyarakat duni

Apa harapan saudara kepada gerakan mahasiswa yang menjadi pendokong dan pengganti kepada generasi masa kini dari sudut idealisme dan kematangan? Dan model (ciri-ciri) generasi baru yang bagaimana yang diharapkan dapat menjadi generasi ‘check-and-balance’ kepada kepimpinan negara?

Gaya pemikiran kebanyakan mahasiswa hari ini tidaklah sematang golongan mahasiswa di abad yang lalu. Mahasiswa hari ini telah banyak ditekankan dengan program akademik yang mendesak mereka menumpukan kepada pengajian. Sistem semester yang diamalkan tidak membuka ruang kepada mahasiswa bagi memahami persekitaran masyarakat diluar pagar universiti mereka. Waktu cuti dibazirkan dengan bersantai dikampung halaman atau melakukan aktiviti dalam kelompok tertentu sahaja.

Mereka sibuk mengejar sijil - sijil Diploma, Ijazah, Master dan PhD yang hakikatnya kini semakin kehilangan nilai tambah ekoran sikap mereka yang tidak mahu mengambil kisah terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat diluar kampus. Retorika ilmiah yang mereka pelajari tidak sama dengan realiti sebenar, kenyataan inilah yang menyebabkan mahasiswa hari ini gagal memasarkan diri mereka didalam masyarakat.

Masyarakat sukar menerima mahasiswa yang angkuh, menguncikan diri mereka dibalik gahnya pintu gerbang kampus universiti. Justeru itu, bila mahasiswa keluar untuk hidup dengan masyarakat, mereka seperti rusa masuk kampung yang tidak tahu membiasakan diri.

Suasana ini menyebabkan gerakkan mahasiswa terpinggir dari masyarakat dan dilihat kurang bermaya. Gerakan mahasiswa semakin hambar. Keyakinan masyarakat terhadap mahasiswa kian pudar dan ikon kepimpinan mahasiswa tidak lagi kelihatan dipentas masyarakat sebagai golongan pembela warga rakyat.

Oleh itu, mahasiswa harus keluar dari zon selesa ini untuk menyahut cabaran. Jika tidak, jangan harap masyarakat akan menghargai mereka. Mahasiswa hari ini patut malu kerana sepanjang tempoh pengajian mereka universiti, mereka gagal memberikan apa - apa faedah kepada masyarakat khususnya golongan marhaen yang kini kian terdesak ekoran sikap pemimpin yang tidak prihatin pada rakyat.

Mahasiswa Malaysia perlulah bersedia belajar dari rakan-rakan HMI, KAMMI dan PII dari Indonesia, Bangladeshi Chattra Shibir, atau Jamaat Talaba Pakistan Leiden, Belanda atau FOSIS sendiri di UK atau rakan MSA di Amerika atau gerakan Fadlulah Golen di Turki dengan mengambil kebaikan dan contoh yang boleh di sesuaikan dengan faktor sosial, budaya dan politik Malaysia. Semuanya perlukan pengamatan halus dan kajian dan bukannya boleh dibuat-buat.pimpinan mahasiswa seharusnya lebih proaktif untuk memastikan mereka terus relevan. Idealisme semata-mata tak mencukupi; ia harus disertai dengan memahami jiwa anak muda.

Di kesempatan ini saya juga ingin mengambil peluang agar semua pihak memberikan perhatian serius terhadap generasi muda, sesungguhnya merekalah yang akan meneruskan perjuangan di Malaysia ini, semestinya kita mahu pemimpin yang akan membarisi kepimpinan negara pada masa akan datang terdiri dari mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T, oleh itu generasi muda ini perlu diberi ruang dan peluang untuk bersama merencana sebuah negara yang baik dan mendapat keampunan Allah S.W.T.

6 April - BERSATU GESA MAHASISWA TURUN MENGUNDI 7 APRIL

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) dan Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) masing-masing menggesa seluruh mahasiswa Malaysia turun mengundi 7 April ini dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Bercakap kepada media pagi semalam, Presiden BERSATU Hafez Sabri menggesa seluruh mahasiswa Perak terutamanya yang berada di luar Perak untuk meluangkan masa demi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan warga Perak amnya dalam sistem demokrasi negara ini.

“Kita sebagai anak muda Perak mesti tunai tanggungjawab untuk pilih pemimpin baru. Saya seru kepada semua anak muda di Bukit Gantang terutamanya yang berada di perantauan untuk sama-sama turun mengundi pada selasa ini (7 April),” tegas beliau semasa bertemu golongan muda negeri itu semalam dalam satu majlis.

Dalam pertemuan yang lain, presiden PERSADA, Mohd Faisal Mustafa mengingatkan kepada semua pengundi supaya memilih pemimpin yang adil dan tidak bersifat perkauman.

“Kita mahasiswa sebagai pelapis kepada generasi muda Malaysia yang baru, dalam (suasana)politik baru tidak boleh melihat pemilihan pemimpin dari sudut kaum. Malaysia yang baru mesti dipimpin oleh pemimpin yang tepat tanpa tengok (melihat) pada kaum mana dia datang.

Yang penting ialah kepimpinan yang telus, jiwa rakyat,” ujar beliau sambil menggesa seluruh mahasiswa Kedah untuk turun mengundi di pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

Terdahulu, NGO Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menghantar 300 mahasiswa dari pelbagai universiti di Lembah Klang ke Kuala Sepetang, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang minggu lepas.

Sambil menegaskan bahawa pertubuhan mahasiswa tersebut tidak condong kepada mana-mana parti politik, mereka pergi mengedarkan risalah isu politik itu di kawasan-kawasan perkampungan di DUN itu yang mempunyai hampir 20,000 pengundi, 32 peratus daripadanya Cina.-mahasiswakini

6 April - SAMAN AKHBAR ANTARABANGSA, BARU BERSIHKAN NAMA MALAYSIA - PRESIDEN BERSATU

Ekoran kenyataan mengejutkan Perdana Menteri ke-6 semalam, Presiden BERSATU Mohd Hafez Sabri menyifatkan ianya masih belum mampu membersihkan nama baik negara selagi Najib enggan menyaman beberapa akhbar antarabangsa yang mendedahkan kes pembunuhan Altantuya.

Tarik pergantungan permit 2 akhbar, bebas tahanan-tahanan ISA dan nak kaji semula ISA baik, tapi selagi Najib tidak saman akhbar antarabangsa di Perancis, Autralia, Indonesia dan sebagainya, selagi itu Malaysia seolah-olah dipimpin oleh seseorang yang terbabit dalam pembunuh Altantuya,” jelas Hafez.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa kenyataan Dato’ Seri Najib Tun Razak tersebut ada kaitannya dengan tiga pilihanraya kecil sekarang.

Mungkin berkaitan 3 pilihanraya ini. Setelah Najib tahu isu pembunuhan mendiang Kugan dalam lokap polis tidak boleh ditutup lagi, pergantungan harakah SK dilihat melampau. Najib tidak ada banyak pilihan jika mahu menawan pengundi, kecuali berbuat seperti itu,” jelasnya lagi.

Beliau juga meramalkan perlantikan Najib ini menandakan era ‘neo-Mahathirisme’ yang akan bermula tidak lama lagi.

Tambahnya lagi, rakyat diseru terus menasihati Perdana Menteri ke-6 di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai sekarang.

Semalam, Najib mengumumkan pembatalan larangan penerbitan Harakah dan Suara Keadilan; pembebasan 13 tahanan ISA; dan hasrat mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas selesainya Majlis Angkat Sumpah.

Kenyataan badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) disampaikan Hafez dalam ‘ceramah kelompok’ di Dun Terung semalam.

6 April - MUHYIDDIN KATA ANWAR BUAT DOSA KERING


Di dalam akhbar Utusan semalam, Muhyiddin telah mengatakan bahawa pihak pembangkang atau lebih khusus kepada DSAI sengaja membuat dosa kering. Dosa kering yang dimaksudkan ialah hasil daripada “fitnah” yang dibuat mengatakan bahawa beberapa anggota PPP telah keluar daripada BN dan menyertai PKR. Selain itu, Muhyiddin juga menyifatkan Anwar membuat dosa kering apabila menggembar gemburkan tentang sesuatu yang digemparkan tentang PM.

Saya tertarik dengan penggunaan perkataa “dosa kering” yang digunakannya. Dosa kering bermaksud, dosa yang diterima begitu sahaja. Atau dalam kata lain, “dapat dosa free-free je…”. Contohnya seorang suami membiarkan isterinya tidak menutup aurat, maka si suami akan mendapat dosa kering, akibat daripada kelakuannya membiarkan tersebut.

Tetapi, sekiranya Anwar dikatakan menabur fitnah, di manakah yang dikatakan dosa kering itu? Bagi saya, menabur fitnah itu bukanlah dikatakan sebagai dosa kering, tetapi dosa basah.. Walaubagaimanapun ini hanyalah penggunaan perkataan yang telah disalahgunakan oleh Muhyiddin sendiri. Benarkan Anwar menabur fitnah seperti yang didakwa? Atau Muhyiddin sengaja membuat fitnah sehingga beliau sendiri menerima “dosa kering” yang dikatakannya itu?

Di dalam akhbar-akhbar, setakat pembacaan saya, Utusan sahaja yang menafikan berita penyertaan PPP ke dalam PKR. Manakala media lain, seperti Perakdaily dan Suara Keadilan membenarkan perkara tersebut. Hakikatnya, saya sendiri tidak tahu. Tetapi tindakan yang sepatutnya diambil oleh Utusan ialah mengambil kenyataan daripada DSAI sendiri, bukan hanya sebelah pihak sahaja.

Persoalan saya, bagaimanakah Muhyiddin boleh mengatakan tiada sebarang penyertaan di dalam PKR oleh PPP? Sedangkan akhbar-akhbar tadi, menyatakan bahawa PPP sendiri menyerahkan borang penyertaan kepada DSAI. Ini adalah hujah daripada PKR untuk menshahihkan perkara tersebut. Bagaimana pula hujah daripada Muhyiddin?

Adakah hanya sekadar menuduh ia sebagai dosa kering? Bukti? Saya mempersilakan kepada Muhyiddin untuk membuktikan bahawa berita tersebut tidak benar!

Tetapi hakikat dosa kering ini, telah lama tersubur di dalam UMNO dan BN sendiri. Sekiranya fitnah itu dikatakan sebagai dosa kering, maka sudah lama ahli BN menanggung dosa ini. Sudah bertimbun pun.

Hakikat ini jelas, lebih-lebih lagi apabila Pak Lah sendiri telah menasihati ahli-ahlinya (ketika masih PM), supaya jangan menaburkan fitnah sesame ahli. Tetapi beliau terlupa, ahli-ahlinya menyangka hanya “tidak dibenarkan fitnah sesama ahli”, tetapi memfitnah orang lain tidak mengapa.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Sunday, April 5, 2009

ENGKAU BERAKAL, TETAPI ENGKAU "GILA"KAN DUNIA


Manusia telah dihadiahkan oleh Allah sebuah akal. Dengan akal ini, manusia dapat membezakan di antara baik dan buruk. Allah SWT telah memberitahu bahawa sekiranya manusia gagal menggunakan peranan akalnya yang sebenar, maka martabatnya lebih teruk daripada binatang. Manusia yang mempunyai akal ini juga lebih mulia daripada malaikat sepertimana Nabi SAW sendiri.

Tetapi, kebanyakan manusia gagal menggunakan hadiah yang diberikan oleh Allah ini. Setelah Allah menghadiahkan akal, tetapi manusia tetap gila, seolah-olah tidak berakal. Ya, manusia itu kebanyakannya gilakan dunia. Apakah dunia itu? Manusia gilakan harta yang sementara, sedangkan dia tahu harta itu tidak kekal. Tetapi dia masih gilakannya. Di manakah akalnya?

Manusia juga gilakan pangkat, sedangkan pangkat itu juga sementara. Tiada raja di dunia kekal menjadi raja selama-lamanya. Akhirnya raja itu tetap menjadi makanan cacing-cacing tanah. Tiada pangkat yang berkekalan, tetapi manusia masih gilakan pangkat, seolah-olah mereka tidak berakal. Di manakah akal mereka?

Manusia juga gilakan wanita. Mereka lupa untuk memilih wanita yang tinggi nilainya di sisi Allah. Mereka mengukur wanita itu dengan kecantikan, sedangkan kecantikan wanita itu sementara. Mereka gilakan kecantikan wanita, seolah-olah mereka tidak berakal. Di manakah akal mereka?

Manusia juga telah dikurniakan “remaja” supaya mereka memanfaatkan tempoh itu. Ini kerana tempoh remaja tidak kekal selama-lamanya. Mereka menjadi gila ketika remaja kerana menyangka umur remaja itu selama-lamanya. Di manakah akal mereka? Mereka menyangka tempoh remaja inilah mereka perlu menikmati kehidupan sepuas-puasnya, sedangkan itu adalah kelakuan orang yang tidak berakal, iaitu mereka yang gilakan dunia.

Inilah hakikat manusia. Walaupun diberikan akal, mereka gagal menggunakan akal tersebut sebaik mungkin, lalu mereka tergolong di kalangan orang yang gila. Mereka gilakan dunia yang sementara, sedangkan akhirat itu kekal selamanya. Mereka gilakan kecantikan wanita sedangkan iman itulah nilaiannya.

Manusia juga gilakan harta sedangkan taqwa itu adalah martabat kemuliaan seorang manusia. Apa guna kekayaan, sedangkan perut diisi dengan harta-harta haram? Sudah pasti seseorang yang sengaja menyumbatkan racun di dalam mulutnya dianggap sebagai gila. Begitu juga seseorang yang sengaja menyumbat perut mereka dengan harta-harta haram yang akan menjadi bahan bakaran mereka sendiri. Sudah pasti dikatakan gila.

Kebanyakan manusia yang gila ini, apabila diajak kepada kebenaran, mereka menolaknya. Itulah tanda-tanda seorang yang gila. Iaitu apabila seseorang cuba menyelamatkannya, dia tidak mahu, dan sengaja mencampakkan dirinya ke dalam neraka. Mereka lebih suka menjadi lebih hina daripada binatang kerana mereka mengejar sesuatu yang sementara.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

GAMBAR : AZAB PENYAKIT AIDS KETIKA DI DUNIA

Allah SWT telah mengharamkan zina. Tetapi masih ramai yang ambil endah tidak endah terhadap apa yang diharamkan tersebut. Lihatlah sendiri azab pengidap AIDS ketika di dunia lagi.. Sekiranya anda merasakan sanggup untuk menanggung semua ini, silakan.. Tetapi di akhirat nanti azabnya masih lagi menunggu dan jauh lebih teruk daripada ini. Insaflah sebelum terlambat.
.

.....................................................
Minta maaf kepada pembaca budiman. Beberapa gambar sebelum ini terpaksa dibuang memandangkan ia adalah aurat. Walaupun ia bertujuan memberi pengajaran, tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Minta maaf atas ketelanjuran saya menyiarkan gambar tersebut sebelum ini. Cukup sekadar ini untuk dijadikan pengajaran

MENJAWAB PROVOKASI BN : “NIZAR TOLAK NEGARA ISLAM?”


Semalam (4 April) saya telah diberitahu oleh sahabat saya bahawa terdapat video yang agak mencurigakan. Ia terdapat di dalam I Luv Islam, di ruangan forum yang bertajuk “Pas dan Negara Islam”. Video yang ditayangkan tersebut ialah siding parlimen yang pernah diadakan ketika Nizar masih sebagai MB. Setelah membuat sedikit ulasan, kebetulan pula “anaklangkawi” meminta penjelasan yang sama di dalam blog saya. Video tersebut ada di bawah artikel ini.

Video tersebut adalah rakaman yang membuktikan Nizar menolak bahawa PAS mempunyai matlamat menubuhkan Negara Islam. Di dalam video itu, ketika Tajol Rosli menyuarakan bahawa PAS selama ini bermatlamat menubuhkan Negara Islam, dan dalam masa yang sama, DAP menolak penubuhan tersebut. Lalu Nizar mencelah, dan bertanya,..

"dimanakah..dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara islam...saya mintak pandangan dan mintak jawapan...dimanakah dalam transkrip PAS dalam memorendum ke...dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam..."

Jelas di dalam petikan kata-kata Nizar ini, tidak menunjukkan bahawa dia menolak penubuhan Negara Islam. Tetapi, apa yang telah diedit oleh tukang buat video ini, dinampakkan seolah-olah Nizar menolak matlamat tersebut. Saya terfikir juga, adakah sesiapa yang melihat video ini secara penuh? Kenapakah ketika Nizar cakap, kamera tidak dizoom? Kenapa video itu tidak dipanjang lagi? Persidangan itu berlaku pada Jun 2008, kenapa baru hari ini disiarkan?

Tidak mengapalah, saya tidak berniat untuk menjawab soalan-soalan ini, dan saya menganggap tiada sebarang video cutting yang dilakukan. Kembali kepada perbincangan kita sebelum ini, benarkah Nizar menolak penubuhan Negara Islam yang menjadi matlamat PAS?

Sebenarnya tidak! Ya, Nizar tidak menolak penubuhan Negara Islam, tetapi, ia hanyalah provokasi BN untuk menjatuhkan reputasi Nizar. Buktinya? Perhatikan kepada persoalan yang ditanya oleh Nizar. Bukankah Nizar bertanya soalan? Nizar bertanyakan soalan tersebut dan Tajol perlu menjawabnya terlebih dahulu. Bukan mengkritik soalan…

Nizar bertanya, “Di manakah kamu menjumpai matlamat tersebut?” Itu sahaja. Kenapa ia dikatakan sebagai satu penolakan? Ya, ia adalah soalan yang perlu dijawab. Sebaliknya Tajol tidak menjawab soalan tersebut, lalu membuat spesifikasi bukan-bukan. Tambahan pula, BNians telah mengambil video ini, lalu diputarbelitkan sehingga ia dilihat bertentangan. Bukankah ia jelas satu bentuk "persoalan".. dan ia sama sekali bukan "kenyataan"..

Untuk melihat sendiri video tersebut sila klik

SHAFIE KATA PR TIDAK TULEN, INI JAWAPANNYA..


Naib Presiden UMNO, Syafie Apdal, hari ini berkata di dalam akhbar Berita Harian bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak tulen, berdasarkan perbezaan logo yang digunakan ketika pilihanraya. Ia dikatakan berbeza dengan BN yang menggunakan logo dacing, dan tidak menimbulkan sebarang keraguan. Beliau juga mendakwa bahawa PR tidak bersatu hati, berdasarkan perbezaan logo ini.

Di sini, saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit kefahaman kepada beliau, kerana saya yakin beliau kurang memahami apa erti “tulen”. Wahai Syafie, mengekalkan logo itu adalah satu bentuk ketulenan yang perlu dikekalkan! Inilah kepelikan yang dilakukan oleh Syafie.. buat malu kaum sahaja. Bagaimana pula dengan perbezaan logo itu? Adakah ia bermaksud tiada kesatuan?

Wahai Syafie, pembangkang yang menggunakan lebih dari satu logo, tetapi ia menampakkan satu perjuangan yang satu. Contoh yang paling mudah, di dalam PR, terdapat pelbagai bangsa dan perbezaan kulit. Adakah disebabkan perbezaan kulit ini menunjukkan mereka berpecah? Adakah perbezaan bangsa menunjukkan satu perpecahan?

Sepatutnya Syafie melihat bahawa, walaupun PR menggunakan logo yang berbeza, tetapi mereka dapat bersama ketika berjuang, bukankah itu satu bentuk kesatuan yang paling hebat? Ya, apabila saya melihat PR berkempen, terdapat 3 logo yang digunakan, dan ketiga-tiga ini mampu bersama-sama menaikkan PR. Kenapakah Syafie hanya mengukur kesatuan itu dengan logo?

Berbeza pula dalam BN… Walaupun menggunakan logo yang sama, tetapi masing-masing membawa halatuju masing-masing. Paling mengejutkan, di dalam UMNO, satu parti, dan satu logo, tetapi saling fitnah memfitnah, jatuh menjatuh sesama mereka. Inikah yang dikatakan kesatuan di bawah satu logo? BN sibuk mengatakan PR sudah berpecah, tetapi BN sendiri tidak pernah dilihat sebagai sebuah parti komponen.
Sekiranya anda ingin mengukur ketulenan UMNO, sampai kiamat anda tidak akan menemuinya. Ketulenan sebenar ialah Islam, yang tidak mengancam orang kafir zimmi. Setiap manusia ada hak masing-masing yang perlu dipelihara.

Wahai Syafie Apdal, sekiranya anda ingin benar-benar merasa nikmat kesatuan, maka berjuanglah bersama-sama Pakatan Rakyat! Buang karan sahaja berjuang di dalam UMNO, masing-masing menuntut kekayaan sendiri. Sekiranya anda merasa untung di dunia, anda akan merasa teramat rugi di akhirat. Menyesallah sebelum terlambat, umur anda sudah lanjut, bila-bila malaikat maut datang menjemput! Kamu tidak mampu merasuah malaikat sepertimana kamu mengupah ahli-ahli BN.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah