Sunday, April 5, 2009

UMNO ADALAH BARANG YANG SUDAH TIDAK LAKU, TETAPI MAHATHIR MASIH MEMBELINYA


Berita-berita sibuk mendedahkan tentang kembalinya Mahathir ke pangkuan UMNO. Hari ini beliau dikatakan telah menghantar borang penyertaan ahli UMNO kepada Najib. Apa pandangan semua? Berbaloikah penyertaan seorang yang sudah tua, dan pernah mencaci mantan presiden? Adakah Mahathir merasakan pengaruhnya cukup kuat untuk menjadikan UMNO itu “laku”?

Ya, di dalam artikel ini, saya lebih suka menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang sudah tidak laku lagi. Ia sudah pun agak busuk untuk dijual kepada orang ramai. Walaupun dijual dengan harga yang murah, namun tiada siapa yang sanggup membeli UMNO. Ya, UMNO selama ini menggunakan wang untuk menarik ahli, dan wang itu adalah satu nilaian yang rendah sekiranya hendak dibandingkan dengan pahala menyertai PR.

Dalam pada Najib sedang berebut untuk menjadi taukey UMNO, beliau sudah pun Berjaya merebut jawatan sebagai taukey besar itu. Oleh itu, beliau pernah membuat tawaran harga untuk orang lain tertarik dengan UMNO, dengan 60 billion. Ya, nilaian tersebut sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan pahala menyertai PR.

Oleh itu, dengan menggunakan 60 billion, beliau cuba menarik sesiapa yang ingin membeli UMNO. UMNO adalah satu barangan yang sepatutnya dibakulsampahkan, tetapi masih lagi mendapat tempat di hati mereka yang inginkan nilaian sedikit di dunia ini.

Setelah Najib berjaya menerajui UMNO juga, beliau terus mempromosikan UMNO supaya ia dibeli oleh lebih ramai orang, namun, pimpinan-pimpinan UMNO sendiri bertelagah sesame mereka. Ini kerana masing-masing inginkan keuntungan hasil jualan UMNO yang sudah tidak laku itu. Secara tiba-tiba, Najib merasakan hasil jualannya itu laku, apabila datang seorang tua, bercermin mata, dan digelar sebagai Che Det.

Orang tua itu datang untuk membeli UMNO yang sudah tidak laku itu. Ya, hati Najib menarik nafas lega apabila UMNO berjaya dijual walaupun seorang tua. Dia berkata di dalam hati.. “Ini membuktikan UMNO masih lagi laku untuk dijual..”. Dia terlupa bahawa UMNO hanya tinggal taukey dan pengurus-pengurus biasa sahaja. Siapakah yang ingin membeli UMNO?

Saya terfikir sejenak, semakin banyak wang dilaburkan untuk mempromosikan UMNO, nilaiannya semakin rendah, dan semua rakyat menunggu UMNO bangkrup. Ya, UMNO akan bangkrup tidak lama lagi. Adakah hanya seorang pembeli tua itu, sudah mendapat keuntungan? Sedangkan pelanggan-pelanggan lain sudah tidak tahan lagi dengan barang UMNO ini.

Oleh itu, UMNO adalah umpama barang yang tidak laku, dan sepatutnya sudah dibakulsampahkan. Tetapi taukeynya masih merasakan bahawa UMNO akan mendapat keuntungan tidak lama lagi. Sudah berjuta-juta dilaburkan untuk UMNO, tetapi pelanggan-pelanggan semakin menolak UMNO. Ya, UMNO sudah tidak laku, tetapi Mahathir masih membelinya..

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

NAJIB MESTI MANSUHKAN ISA, BUKAT SETAKAT MEMBEBASKAN TAHANAN


Saya tertarik dengan “luahan” Najib di dalam Utusan semalam (4 April), bahawa beliau menyifatkan tindakan pihak pembangkang yang mempeleceh keputusannya membebaskan tahanan. Beliau berkata di dalam Utusan .. “kalau tidak bebaskan, kata kerajaan menindas tetapi apabila dibebaskan cakap kita ni nak popular..”

Daripada kenyataan beliau tersebut, walaupun kerajaan membebaskan tahanan, tetapi masih mengekalkan ISA, ia masih lagi dikira menindas. Penindasan masih tetap berlaku selagi mana ISA masih lagi wujud, sedangkan ia hanya membunuh jiwa pejuang yang menentang UMNO, bukan mengancam Negara.

Najib ingin dikatakan hero setelah membuat kenyataan tentang pembebasan tersebut, tetapi beliau masih lagi dilabelkan sebagai penjenayah sekiranya masih mengekalkan ISA. Sebelum ini di dalam artikel saya “Najib hanya mencuci najis sendiri, kenapa perlu berterima kasih”, merujuk kepada perumpamaan yang paling sesuai.

Iaitu, seseorang yang telah membuang besar di kawasan yang tidak sepatutnya, lalu mencuci najisnya sendiri. Maka, apa perlu kita berterima kasih terhadap perbuatan tersebut? Sepatutnya orang tersebut MESTI melakukan lebih dari itu, iaitu penyesalan supaya tidak diulangi perbuatan tersebut, dan meminta maaf kepada sesiapa yang terganggu dengan kelakuannya berak di merata tempat.

Ya, Najib MESTI menghapuskan ISA kalau hendak dikatakan sebagai tidak menindas. Selagi mana ISA masih wujud, Najib akan terus dilabelkan sebagai penindas. Kami mahukan ISA dimansuhkan, bukan setakat tahanan dibebaskan. Pembebasan tahanan adalah satu kemestian yang perlu dilakukan oleh Najib, bukan sebagai satu “jasa” Najib kepada tahanan!

Selain itu, kemestian yang perlu dilakukan oleh Najib ialah memansuhkan ISA, sepertimana yang telah di”arahkan oleh rakyat” selama ini. Ya, hakikat pemimpin adalah hamba.. pemimpin perlu menjalankan amanah yang diserahkan oleh rakyat kepadanya. Dan hari ini, rakyat telah mengamanahkan kepada Najib supaya memansuhkan ISA, tetapi “hamba” yang seorang ini degil, lalu cuba menunjukkan heronya pula.

Pembebasan ISA telah dikatakan oleh DSAI bahawa ia hanya tradisi PM-PM terdahulu. Iaitu, setiap kali PM-PM ini naik sebagai PM, mereka akan membuat pengumuman pembebasan tahanan ISA. Tetapi, warisan ini sudah lapuk dan masih diamalkan oleh Najib. Apa yang perlu dilakukan oleh Najib untuk mencantikkan warisan ini ialah dengan memansuhkan ISA ketika beliau baru naik menjadi PM.

Kalau benar Najib ingin menghapuskan penindasan, inilah caranya. Mampukah anda lakukan wahai Najib? Atau ia hanya retorik semata-mata?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Saturday, April 4, 2009

ISU GAMBAR ELI : SAYA DOAKAN AGAR MEREKA YANG MELAKUKAN KEZALIMAN INI DIBALAS OLEH ALLAH

. Buku kecil ini disebarkan di Bukit Gantang
.
Risalah ini juga turut dijadikan mainan kempen BN
.
Hari ini, sekali lagi BN melakukan satu perbuatan keji, dan mencabul hak seorang wanita bukan Islam! Memang mengesalkan semua pihak. Hari ini, Malaysiakini mendedahkan di antara perbuatan BN yang dilaknat, iaitu menyebarkan gambar bogel Elizabeth sebagai cara berkempen. Saya sebagai seorang Islam, malu dengan perbuatan terkutuk BN itu.

Sudahlah mereka menceroboh kediaman Elizabeth, mengambil gambar peribadinya, kemudian dijadikan tontonan umum. Memang kejam! Inikah BN yang sebelum ini dikatakan sebagai memperjuangan maruah? Elizabeth adalah seorang wanita bukan Islam, dan saya yakin, beliau sendiri mengatakan bahawa kelakukan BN ini bukanlah kelakuan seorang Islam.

BN boleh dikategorikan mencabul hak dan maruah seorang wanita. Inikah yang dikatakan sebagai pejuang? Shahrizat yang sebelum ini mengatakan bahawa dia akan memperjuangkan hak wanita. Hak wanita? Ya, hak wanita yang menyokongnya sahaja! Memang Haprak!

Di dalam artikel ini, saya ingin memberi sedikit peringatan kepada BN, terutamanya mereka yang terlibat dalam memalukan seorang wanita bukan Islam. Ketika peperangan, Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan bahawa, tentera Islam tidak dibenarkan menganggu gugat tiga golongan ini, iaitu, ahli ibadat yang sedang berada di tempat ibadat mereka, wanita, orang tua dan kanak-kanak.

BN hari ini, sudahlah menegakkan perjuangan yang sesat, dipermainkan pula hak seorang wanita. Wahai kaum wanita UMNO, anda semua bersubahat menjahanamkan hak seorang wanita lain seperti kamu. Islam sudah mengajar kita bahawa mencabul hak, menceroboh rumah orang, merompak dan sebagainya adalah satu perbuatan yang paling terkutuk.

Apa salahnya Elizabeth itu? Wahai BN, anda jangan terlalu suka dengan berkempen cara ini, Allah akan membalas segala kezaliman tersebut. Allah boleh menyebabkan isteri kamu cari lelaki lain, sebagai balasan kepada perbuatan kamu ini. Allah boleh menyebabkan keturunan kamu lahir dengan zuriat yang haram, juga sebagai balasan kepada kamu yang mencabul hak seorang wanita ini!

Allah SWT mampu membalas segala kejahatan yang kamu lakukan. Apakah hukum melihat aurat seseorang? Dan apakah pula hokum menyebarkan gambar aurat tersebut? Apakah hukum mencabul hak seorang wanita? Apakah hukum menceroboh rumah orang? Masihkah anda mengatakan BN itu menegakkan keadilan dengan sebegini?

Demi Allah, kelakuan mereka yang menyebarkan gambar bogel ini akan dibalas oleh Allah, perbuatan ini juga akan dilaknat oleh Allah SWT! Dosa kamu terhadap Elizabeth tetap dihitung oleh Allah walaupun dia bukan beragama Islam. Dan saya doakan agar mereka yang terlibat dengan dosa ini mendapat balasan yang berhak bagi mereka… Ingatlah, doa orang yang dizalimi itu berkesan.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

PEMBEBASAN ISA : NAJIB HANYA MENCUCI NAJIS SENDIRI, KENAPA PERLU BERTERIMA KASIH?


Hari ini, bermacam-macam berita disiarkan tentang pembebasan tahanan ISA dan menarik balik penggantungan Harakah dan SK. Terutamanya media BN, sangat rancak mempopularkan isu ini sehingga Najib dilihat sebagai seorang hero yang berhati lembut. Di dalam artikel ini, saya rasa terpanggil untuk memberi penjelasan kepada semua, supaya memahami reality dan hakikat.

Sebelum itu, sudahkah anda fahami dan kenali apa itu ISA? Ya, untuk makluman semua BN telah menyalahgunakan ISA dengan memenjarakan orang yang mengancam BN, bukan mengancam negara. Ia sudah melanggar etika dan undang-undang, dan ia dilakukan oleh BN. Terutamanya perdana-perdana menteri yang kita kenali. Oleh itu, menyumbat seseorang yang tidak bersalah ke dalam ISA, adalah satu kesalahan, dan kesalahan ini menjadi warisan perdana-perdana menteri sehinggalah hari ini.

Oleh itu, mereka telah melakukan satu kesalahan, lalu Najib hari ini, ingin dilihat sebagai penyelamat ISA, segera membebaskan mereka yang tidak bersalah. Adakah ini dilihat sebagai aksi penyelamat seorang hero?
.
Contoh 1

Contoh yang paling menarik, seorang pemuda ingin memikat hati seorang perempuan, lalu dia merancang dengan beberapa orang rakannya, supaya menyamar sebagai penyangak, lalu mengganggu perempuan tersebut. Ketika dalam keadaan cemas itu, perempuan tersebut tidak mampu meminta pertolongan dengan sesiapa, tetapi, pemuda tadi datang untuk menyelamatkan (sepertimana yang dirancang).

Lalu, pemuda tersebut berjaya membelasah (olok-olok) rakan-rakannya itu, dan cuba mempamerkan lagak seorang hero yang menyelamatkan perempuan itu. Ya, dengan cara ini, perempuan tersebut mula terhutang budi dengan jasa tersebut, sedangkan dia tidak tahu hal yang sebenar!

Apakah setelah 13 tahanan ISA ini dibebaskan, mereka akan rasa terhutang budi? Najib menjawab di dalam hatinya “Ya”… dan dia sendiri berharap begitu. Sedangkan dia cuma melakukan sesuatu yang WAJIB bagi dia, dan sekiranya dia tidak membebaskan, dia akan mendapat dosa! Tetapi, sekiranya ini hanyalah taktik meraih pengaruh, dia juga kekal mendapat dosa, dan Allah akan membuktikan segalanya.

Kenapa perlu terhutang budi? Sudah sememangnya dia MESTI berbuat demikian. Dia mesti membebaskan orang yang tak bersalah! Begitu juga penggantungan Harakah dan SK. Kenapa perlu terhutang budi, kerana sebelum ini dia memang tidak berhak menggantung kedua-duanya? Dia telah melakukan kesalahan, dan dia mesti membetulkan kesalahan tersebut.

Tetapi, apa yang dilihat, sebelum ini, dia sengaja melakukan kesalahan tersebut, tetapi hari ini, untuk menampakkan ketokohannya, dia membetulkan kesalahan yang sengaja dilakukannya sebelum ini.
.
Contoh 2

Contoh lain, apabila seseorang tersebut telah membuang air besar di kawasan yang tidak sepatutnya (satu kesalahan). Kemudian, dia membersihkan najisnya itu, adakah kita perlu berterima kasih dengan orang ini? “Tahi sendiri, cucilah sendiri..”.. Lebih teruk, dia bukan membuang di tandas, sebaliknya di tempat yang tidak sepatutnya, dan dia MESTI mencuci kembali najisnya itu!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Friday, April 3, 2009

SITI NURHALIZA : ORANG YANG TERSESAT, PASTI RINDUKAN KEBENARAN


Memang benarlah apa itu yang dikatakan kebenaran. Beberapa hari sebelum ini kita dikejutkan dengan kehadiran Siti Nurhaliza di pejabat Tok Guru Nik Aziz. Pada saya, ia merupakan satu hikmah yang begitu besar, yang mendidik jiwa seorang pejuang supaya tidak merasa terhina dengan dakwah yang dibawa. Ini kerana, kebenaran itu pasti benar, mana mungkin kebenaran itu salah!

Sebelum ini, pendakwah-pendakwah Islam sering menerima tohmahan dari kalangan orang yang tidak memahami selok belok dakwah. Contohnya dari sudut pakaian, mereka mengatakan .. “kalau asyik dengan serban sahaja, bagaimana dakwah dapat tersebar?”.. “bagaimana hendak berdakwah kepada artis kalau asyik dengan pakaian yang jumud?”

Inilah tohmahan yang menghina sunnah Nabi SAW. Tohmahan ini telah dijawab oleh Allah sendiri dengan peristiwa yang terjadi baru-baru ini. Tok Guru sering dilihat berserban, berjubah dan mengekalkan sunnah Nabi, terutamanya dari sudut pakaian. Benarkan artis takut dengan pakaian ini? Sudah terbukti, TIDAK. Bahkan artis yang paling famous datang sendiri berjumpa!

Adakah dakwah dengan berpakaian mengikut sunnah menjadi satu fobia? TIDAK. Begitu ajaib dengan dakwah Tok Guru, mampu menarik artis datang bertemunya, walaupun tidak menukarkan imejnya. Inilah rahsia istiqamah..

Sering juga terdengar suara, kalau asyik dengan “masjid” sahaja, bila dakwah boleh tersebar? Ya, tidak dinafikan, jentera PAS begitu ramai, dan ada dari kalangannya terpaksa ke kawasan-kawasan maksiat untuk menyebarkan Islam. Dan hasil daripada gabungan ini, Allah telah menampakkan kekuasaannya bahawa “Islam adalah kebenaran”. Sejauh mana kita tersesat, kita pasti rindukan kebenaran.

Lihatlah sepertimana penampilan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang pula, dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain. Masih mengekalkan penampilan sebagai seorang ulama’. Adakah perlu menanggalkan serban atau kopiah untuk menyebarkan dakwah kepada artis? Tidak perlu wahai pejuang Islam. Sekiranya anda sudah berimej demikian, kekalkanlah. Allah akan tunjuk kekuasaannya.

Ya, hakikatnya kita perlu berganding bahu. Mana mungkin semua orang ingin duduk di kerusi Tok Guru, tanpa seorang pun “turun padang”. Oleh itu, ia adalah kesinambungan daripada semua kerjasama tersebut. Kombinasi inilah yang telah digabungkan oleh Allah di dalam Pakatan Rakyat, dan pemberian hidayah itu adalah kuasa Allah. Kita hanya mampu berusaha.

Berusahalah lagi untuk menyebarkan Islam. Ia tidak sia-sia walaupun anda terpaksa menghabiskan wang dan masa. Allah tidak akan mensia-siakan perjuangan pejuang-pejuangnya yang menegakkan agamaNya. Sekiranya orang kafir pun boleh mendapat rezeki yang melimpah ruah, apatah lagi kita selaku pejuang agamaNya!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

PENTING : MENJAWAB ISU “TIDAK DIBENARKAN BERKEMPEN DI MASJID”


Selama ini kita dibelenggu kepeningan dan kebanyakan di kalangan kita turut terkeliru dengan kebenaran berkempen di dalam masjid. Adakah ia adalah perbuatan yang tidak disukai oleh Allah? Isu ini semakin hangat apabila berlaku satu perkara yang tidak diingini di Masjid Pekan Terong sepertimana yang telah diceritakan di dalam Blog Cina Islam.

Persoalan yang perlu diselesaikan ialah, bolehkah kita berkempen did ala Masjid. Persoalan ini akan saya rungkaikan secara mudah berdasarkan pemahaman dan pengetahuan saya yang tidak seberapa ini. Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita memikirkan sebuah soalan, “apakah perbezaan kempen BN dan kempen PR?”

Selama saya hidup di dunia ini, segala bentuk perjuangan PR adalah untuk menegakkan keadilan, menyebarkan kebenaran, menuntut hak kemanusiaan dan banyak lagi. Adakah “salah” sekiranya kita menggunakan masjid untuk melakukan semua perkara ini? Bukankah masjid itu digunakan untuk menegakkan keadilan? Bukankah ia juga digunakan untuk menyebarkan kebenaran? Bukankah ia juga digunakan untuk menuntut hak kemanusiaan?

Sekiranya kita melihat kepada kempen BN, setahu saya, perjuangan BN bukanlah perjuangan menegakkan Islam. Selama saya memerhatikan perjuangan BN, saya tidak pernah melihat ia sebuah perjuangan suci, bahkan ia kepentingan semata-mata. Maka, kempen BN dilihat sebagai kempen ke arah kehancuran. Bolehkah berkempen BN di dalam masjid? Jawapannya tidak! Ini kerana masjid bukan digunakan untuk menegakkan kehancuran!

Sekiranya BN benar-benar melaksanakan suruhan Allah SWT, menegakkan keadilan sepertimana yang telah diperintahkan, meninggikan ilmu dan ulama’, menyebarkan kebenaran dan sebagainya, maka apa perlunya kewujudan PR? Hari ini PR wujud adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak melaksanakan undang-undang Allah ini.

PR juga memperjuangan keadilan yang telah dinodai oleh BN selama ini. Memori telah merakamkan segalanya. Maka apa yang dilihat di sini ialah, perbezaan yang ketara di antara perjuangan BN dan perjuangan PR. Anda sendiri boleh melihat hakikat kedua-duanya dengan akal yang anda miliki.

Kita kembali kepada persoalan “bolehkah berkempen di dalam masjid?”. Saya menjawab berdasarkan kefahaman saya yang rendah ini, bahawa berkempen PR di dalam masjid adalah digalakkan, manakala berkempen BN di dalam masjid, tidak dibenarkan. Saya mempersilakan kepada sesiapa sahaja untuk membincangkan tentang kefahaman ini.

Sekiranya PR berkempen untuk menghancurkan undang-undang Allah seperti BN, maka ia juga tidak dibenarkan. Sekiranya BN memperjuangkan kebenaran dan menegakkan keadilan, maka dipersilakan menggunakan masjid. Tetapi hari ini, ia tidak dilihat begitu, maka BN perlu ubah. Dan saya menasihatkan agar isu masjid ini dapat difahami terutamanya bagi ahli PR sendiri.

Sekiranya ada orang bertanya “sekiranya PR dibenarkan dan BN tidak dibenarkan, maka tidak adillah!”. Sebelum menjawab soalan ini pula, kita perlu memahami erti “adil”. “Adil” ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sekiranya kita menggunakan masjid untuk berkempen kepada kehancuran, sudah pasti dikatakan zalim (berlawanan dengan adil). Begitu juga, menghalang masjid daripada berfungsi sebagai tempat menyebarkan kebenaran, ia juga dikatakan zalim, iaitu tidak adil. Wallahua’lam

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

GAMBAR : 8 PERKARA YANG ADA PADA NIZAR, TIADA PADA ZAMBRY


Sebelum ini ketika isu Masjid Simpang hangat, Zambry telah mengatakan bahawa dia juga boleh menjadi imam solat, memberi tazkirah dan menafsirkan ayat al Quran. Kata-kata ini beliau lemparkan kepada Nizar yang baru sahaja selesai mengimamkan solat atas kehendak makmum. Tetapi, apabila melihat 8 gambar ini, saya yakin, Zambry tidak mampu menirunya. Dan saya turut mempersilakan beliau berbuat demikian.
.

Nizar senyum dengan ikhlas.. Zambry senyum kambing..

.

Nizar bercakap benar… Zambry berkata benar?

. Nizar menghormati ulama’.. Zambry membantai ulama’..
.
Nizar mendampingi dan berjuang bersama ulama’,.. Zambry.. berjuang bersama duit..

.
Nizar menjadi imam Solat Jenazah dan mentalqin jenazah… Zambry?

. Nizar makan di warung.. Zambry tak maiinnn laa..

. Nizar serbu kubu lawan di Bukit Gantang.. Zambry baling batu dari belakang semak

. Nizar MB pilihan rakyat … Zambry MB Haram… Takbirr!!

AKU MALU NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI


Sudah biasa didengari dan sudah pun menjadi buah mulut satu dunia, bahawa Najib telah tercemar namanya di persada dunia dengan kes Altantuya. Bertambah teruk apabila hari ini beliau ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau yang mempunyai reputasi yang buruk ini, telah pun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Adakah anda selaku rakyat Malaysia, tidak rasa malu dengan kenaikannya?

Bagi saya, saya rasa teramat malu kerana mendapat perdana menteri sepertinya. Saya tidaklah berniat melanggar arahan “jangan sebut Altantuya”, tetapi, saya meluahkan rasa janggal dengan kenaikannya tersebut. Masalah yang parah di sini ialah, apabila kes Perdana Menteri ini didengari seluruh dunia! Bukan hanya bualan di kedai kopi sahaja.

Satu ketika dahulu, ketika zaman Mahathir menjadi PM, saya pernah melancong ke United Kingdom, saya menaiki sebuah teksi. Pemandu teksi itu bertanya kepada saya, “kamu datang dari mana?”, Saya menjawab, saya adalah orang Malaysia. Pemandu teksi itu membalas, “Perdana Menteri awak bernama Mahathir kan?”, saya mengangguk mengiyakannya.

Pemandu teksi itu mengatakan bahawa Mahathir adalah seorang yang bagus, dikenali di seluruh dunia, dan dia mengaku bahawa dia menyukai cara pentadbiran Mahathir ketika itu. Saya hanya mendengar, tetapi, hati ini berkata sendirian, “kalaulah engkau tahu hakikat sebenar, sudah pasti engkau akan mengutuk Mahathir…”

Bagaimanapula hari ini? Saya khuatir sekiranya saya pergi melancong ke mana-mana negara, dan apabila ditanya soalan yang sama, bagaimanakah saya hendak menjawabnya? Bayangkanlah sekiranya pemandu teksi itu bertanya “Perdana Menteri awak ialah Najib bukan?, tolong jelaskan kepada saya tentang kesnya dengan Altantuya…”

Ya, saya yakin, muka ini akan tebal setebal-tebalnya. Saya juga yakin, tiada seekor habuk pun orang UMNO yang mampu menjelaskan perkara sebenar. Ini kerana apabila Gobind bertanya sendiri kepada Najib, beliau gagal menjelaskannya, lalu menyalahkan orang yang bertanya pula. Apatah lagi orang-orang UMNO? Mampukah mereka menjawabnya, sedangkan tuan punya badan sendiri tidak mampu menjawab?

Itulah realiti hari ini, saya tidak merasa bangga memiliki Perdana Menteri yang bernama Najib, kerana namanya telah tercemar. Sebelum ini, beliau sudah diperingatkan beberapa kali supaya membersihkan namanya, namun, sampai hari ini, beliau masih terkulat-kulat untuk mendiamkan manusia di seluruh dunia daripada menyebut nama Altantuya.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Thursday, April 2, 2009

MAJLIS ANGKAT SUMPAH NAJIB SEBAGAI PM DIBATALKAN

Sumber : Suara Keadilan

Majlis angkat sumpah Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang sepatutnya berlangsung pada hari esok telah dibatalkan.

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah menerima perletakan jawatan Abdullah Ahmad Badawi tetapi pada masa ini belum berkenan dengan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.

GURU DIBENARKAN BERPOLITIK - JANGAN TERPEDAYA


Sejak kebelakangan ini, kita sering dengar tentang isu “guru-guru dibenarkan berpolitik”. Dan saya dimaklumkan bahawa guru yang dibenarkan terlibat ialah guru kumpulan A. Sejauh manakah kebenaran ini? Apakah hakikat disebalik “tawaran” ini? Adakah ia perangkap, atau peluang? Di dalam artikel ini akan dijelaskan beberapa perkara yang perlu diperhatikan.

Saya menjangkakan bahawa ia adalah sebuah perangkap yang paling bahaya, yang dipasang oleh Hisham atau orang-orangnya untuk “menghabiskan” bilangan guru beriman di dalam institusi pendidikan di Malaysia. Walaubagaimanapun, ia hanya jangkaan saya, kemungkinan benar, dan kemungkinan meleset. Tetapi, walaubagaimanapun, kita perlu bersedia dengan sebarang serangan.

Mereka membenarkan guru-guru berpolitik supaya mereka mengenali siapakah guru yang beriman, dan guru yang mengikut punggung BN. Oleh itu, setelah semua guru akan “terkantoi” dengan mereka. Kalau sebelum ini, guru-guru yang membelasah BN bergerak secara sembunyi, sehinggakan mereka tidak dapat menghidu gerakan ini.

Saya yakin, walaupun mereka dibenarkan berpolitik, tetapi, kedudukan mereka tidak berubah. Mereka masih tidak dinaikkan gaji. Mereka tetap dipaksa berpindah randah, dan banyak lagi kelakuan jahat mereka. Sama sahaja, dibenarkan berpolitik, atau tidak dibenarkan seperti sebelum ini. Bahkan sekiranya mereka secara terang membenarkan, ia dilihat sebagai memasang umpan.

Mungkin terdapat guru yang merasa ini sebagai satu peluang bagi mereka, tetapi pada saya ia hanyalah perangkap yang dipasang. Ini kerana system pendidikan dikuasai oleh BN sendiri. Mana mungkin mereka memberi kebebasan sedemikian rupa. Pasti ada perangkapnya. Dan perkara ini menjadi kebimbangan apabila Hisham juga jenis banyak merapu, dan kuat memfitnah.

Walaubagaimanapun, ia hanyalah jangkaan. Ini kerana apabila kita melihat “wajah” Hisham, kelihatan lembut, tetapi idea-idea dia cukup jahat. Dia juga pandai berlakon, kononnya seorang pendekar Melayu sejati, tetapi rupa-rupanya pembunuh bangsa. Saya yakin, kalau Hang Tuah masih hidup sehingga sekarang, sudah lama dia melabelkan Hisham sebagai DERHAKA!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

NIKMAT BESAR BILA KHIR KALAH JADI PEMUDA


Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini menyaksikan kekalahan Khir Toyo dengan Khairi dengan. Mukhriz pun turut kalah dalam persaingan tersebut. Khairi yang terkenal dengan rasuah ini, walaupun sudah diberi amaran, tetapi, ia tetap menjadi pilihan ahli UMNO. Memang tak guna otak. Mereka memilih seorang yang sudah terbukit rasuah, sebagai pemimpin mereka. Bodoh bukan?

Tetapi, ia dianggap satu nikmat besar, apabila Khir Toyo kalah dalam pertarungan tersebut. Walaupun kedua-duanya memang terkenal dengan pengamal politik wang yang paling sejati, namun, sekiranya Khir menang, turut akan menggelapkan jumlah yang besar wang di dalam UMNO. Mukhriz? Saya tidak tahu.

Semalam Malaysiakini telah mendedahkan berita tentang duit haram yang masuk ke dalam perut Khir Toyo, apabila beliau telah menelan RM 1.6 juta untuk ke DisneyLand! Adakah beliau fikir RM 1.6 juta sama seperti seringgit enam puluh sen? Memang duit haram, dan tiada siapa yang menghalalkan wang itu. Wang haram tersebut sudah pun mengalir di dalam darah di seluruh tubuhnya.

Sekiranya dia ingin selamat daripada bahana duit haram itu, dia perlu meminta izin kepada semua rakyat negeri Selangor, supaya menghalalkan duit tersebut. Sekiranya tidak, azab Allah mengalir seperti darahnya yang sedang mengalir. Dan perutnya gemuk juga disebabkan duit haram ini. Protein dan seluruh sel di dalam badannya terbentuk dari duit haram!

Ya, memang patut dia kalah di dalam merebut jawatan Pemuda, kerana sekiranya dia mendapat jawatan tersebut, entah ke mana ceruk dunia lagi akan dijelajahinya. Tetapi, bagi saya, Khairi pun lebih kurang sama. Mungkin Allah tidak mahu Khir Toyo menambah banyakkan lagi daging haram di dalam tubuhnya.

Mukhriz? Entah, saya tiada sebarang komen, dan dia sudah pun kalah. Malang sekali UMNO! Pemimpinnya terdiri dari kalangan penggelap duit. Namun, mereka masih terselamat dan diselamatkan oleh ahli UMNO sendiri yang turut suka makan duit haram tersebut. Tidak takutkah dengan azab Allah?

Wahai Khir, tidakkah anda takut doa-doa orang yang telah engkau rampas duit mereka? Doa orang yang dizalimi ini diterima oleh Allah! Engkau begitu mudah melenyapkan RM 1.6 juta, sedangkan ramai rakyat Selangor yang terkonteng-konteng mencari rezeki. Dia ingat 1.6 juta tu boleh dapat dicelah-celah ketiak? Bolehkah anda selamat daripada azab kubur dan neraka dengan menggendong daging-daging haram?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah