Monday, March 30, 2009

SHAHRIZAT BERCAKAP DENGAN POKOK


Berita harian hari ini menerbitkan kenyataan Shahrizat yang memalukan diri sendiri. Beliau yang begitu bersemangat setelah mendapat jawatan baru dalam umno itu, telah mengeluarkan satu andaian yang paling tidak boleh diterima oleh akal manusia. Apatah lagi manusia yang mengundi ini semuanya mempunyai akal, dan bukannya pokok!

Beliau mengatakan bahawa calon yang bertanding pada pilihanraya kecil di Bukit Selambau yang begitu ramai sehingga 15 orang membuktikan bahawa terdapat perpecahan di dalam PR sendiri. Inilah kenyataan yang paling tidak berasas, langsung tiada sebarang hujah untuk menguatkan kenyataan tersebut.

Wahai Shahrizat, kami yang mendengar dan membaca ini bukanlah pokok yang tidak tahu membaca surat khabar atau melayari internet. Kami adalah manusia yang mempunyai akal berfikir dan mata untuk melihat sendiri. Sekiranya engkau mempunyai mulut untuk membuat fitnah, kami juga mempunyai mulut untuk menjelaskan perkara sebenar.

Saya tidak pasti, dari manakah beliau dapat berhujah dengan kenyataan tersebut. Beliau mengatakan bahawa ramai calon yang bertanding itu, menunjukkan perpecahan sesama PR sendiri. Entah kenapa dia boleh membuat andaian begitu. Kalau beliau boleh membuat andaian seperti itu, kami pun mempunyai andaian juga.

Kami mengandaikan bahawa calon bebas itu kesemuanya ditaja oleh UMNO! Sekiranya beliau meminta bukti, kenapakah beliau sendiri bercakap tanpa bukti? Hanya membuat fitnah dan omongan kosong. Tudung pun pakai sekerat jalan! Duit yang banyak masih tak mampu untuk membeli tudung? Beginikah pembela kaum wanita?

Pandai bercakap, tetapi tak pandai menutup aurat. Pelajar darjah satu di sekolah kebangsaan pun disuruh memakai tudung, tetapi pelajar-pelajar tersebut tertanya-tanya, kenapa nek Sharizat dan nek Pidah tak pakai tudung?

Wahai wanita, lidah kamu memang bahaya. Memang lidah itu sangat lancang membuat fitnah, dan ia umpama ular yang mampu mematuk sesiapa sahaja. Beliau mengatakan bahawa rakyat Bukit Selambau sudah tidak dapat meletakkan kepercayaan kepada kpimpinan Us Azizan, kerana “indah khabar dari rupa”.. kata Shahrizat.

Di hujung kampung orang asli, apabila disebutkan nama Shahrizat, ketua wanita UMNO, mereka berkata “pasti orangnya bagus…”. Tetapi apabila Shahrizat datang melawat kampung tersebut, mereka terkejut lalu berkata “beginikah orangnya, lebih kurang macam kita sahaja.. kainnya tidak cukup untuk menutup kepala…”

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

MAJLIS YASIN ZAMBRY DIRAMPAS, ATAU ZAMBRY TIDAK LAYAK MENJADI KHALIFAH YASIN?


Berita harian semalam menerbitkan berita yang pelik, dan membingungkan. Tajuk berita tersebut ialah “Nizar cuba rampas majlis BN : Zambry”. Ya, kenyataan ini dikeluarkan oleh Zambry. Saya pun tidak sedar kehadiran Zambry di Bukit Gantang, tetapi rupa-rupanya wujud juga makhluk itu. Begitu juga Muhyiddin, saya fikir makhluk ini pun sudah tidak wujud di Bukit Gantang, tetapi, datang rupanya dia.

Sepertimana yang telah diketahui, berlaku satu kejadian yang hebat di Masjid Taiping, iaitu Nizar menjadi imam kepada Zambry, Ismail dan Muhyiddin. Memang besar hikmahnya yang perlu kita fikirkan. Tetapi, Zambry mengeluarkan kenyataan selepas itu mendakwa bahawa Nizar cuba merampas majlis bacaan Yasin anjuran BN. Seolah-olah seorang kanak-kanak kecil merajuk disebabkan aiskrimnya dirampas.

Di dalam kenyataannya juga menyifatkan bahawa Nizar cuba menimbulkan kekecohan di dalam masjid tersebut, dan dikatakan penyokong Nizar, masuk ke dalam masjid dan terus mendapatkan mikrofon untuk mengimami Solat Maghrib. Tetapi apa yang diberitakan di dalam Malaysiagoogle, beliau (Nizar) yang dipersilakan untuk menjadi imam.

Tetapi, walaubagaimanapun, saya secara peribadi tidak yakin sekiranya Zambry menjadi imam solat, apatah lagi Muhyiddin dan Ismail. Apatah lagi untuk menjadi khalifah bacaan Yasin yang dikatakan dianjurkan oleh BN di masjid yang sama. Kalau sebelum ini, Pak Lah pernah mengimami solat, tetapi itu setara Pak Lah yang mencanang Islam Hadhari.

Tetapi, Zambry ini sudah pun dicop sebagai perampas kuasa secara paksa! Adakah orang ramai sanggup menjadi makmum solatnya? Saya tidak menuduhnya begitu mudah, tetapi sekadar melemparkan soalan supaya dapat difikirkan bersama. Bagaimana pula dengan majlis yang dikatakan dirampas tersebut?

Sepertimana yang kita ketahui, majlis bacaan Yasin tidak pernah dimiliki oleh sesiapapun. Ia bukanlah milik Zambry, dan juga bukanlah milik Nizar. Sekiranya UMNO menganjurkan majlis bacaan Yasin sekalipun, tidak bermakna majlis tersebut “milik” UMNO. Oleh itu, sangat tidak sesuai jika Zambry menyifatkan ia di”rampas”.

Ini kerana majlis bacaan Yasin itu, adalah hak rakyat untuk mengadakannya atau tidak. Untuk menjadi khalifah bacaan Yasin, perlulah dilantik dari kalangan orang yang paling dipercayai dari kalangan ahli majlis. Tetapi, Zambry mungkin terlupa.

Zambry juga terlupa, kisah dia me”rampas” kuasa rakyat dengan menjadi MB Haram bagi negeri Perak, sedangkan beliau tidak pernah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah. Atas alasan apakah beliau ingin berkuasa? Sedangkan beliau tidak mendapat kepercayaan rakyat, dan naik menjadi MB Haram bukan di atas tiket rakyat.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

NIZAR MENGIMAMI SOLAT ZAMBRY, ISMAIL DAN MUHYIDDIN, HIKMAH YANG BEGITU BESAR


Semalam telah berlaku satu peristiwa yang boleh dikatakan ajaib pada pandangan manusia, iaitu Solat Maghrib yang didirkan di Masjid Taiping, telah diimami oleh Nizar. Manakala makmumnya terdiri dari kalangan Zambry, Ismail dan Muhyiddin sendiri. Menarik bukan. Berita ini turut disiarkan di dalam Malaysiagoogle, yang menyaksikan hakikat politik di tanahair.

Sekiranya kita mengkaji tentang falsafah solat, imam ialah pemimpin yang memimpin solat. Setiap arahan imam (melalui perbuatan), akan diikuti oleh makmum. Bahkan sekiranya, makmum lebih dahulu perbuatannya daripada imam, boleh menyebabkan solat makmum itu terbatal. Inilah hakikat yang tidak boleh dipertikaikan.

Selain itu, syarat untuk sesorang menjadi imam sepertimana yang telah disebut di dalam hadis Nabi SAW, iaitu seorang yang paling faqih tentang solat, bacaannya paling baik, dan dia seorang pemimpin. Dan di dalam solat, pemimpin tersebut, sudah pasti dari kalangan orang yang faqih tentang solat dan bacaannya baik.

Saya tidak menuduh Zambry tidak tahu membaca al Quran, atau Ismail atau Muhyiddin. Tetapi, persoalan yang mesti difahami ialah, apakah hikmah daripada peristiwa ini? Marilah kita sama-sama fikirkan, kerana setiap peristiwa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak memperlihatkan kepada semua tentang hakikat kepimpinan tersebut.

Mungkin juga Allah SWT mencampakkan keredhaan di dalam hati Zambry, Muhyiddin dan Ismail supaya menjadi makmum kepada Nizar. Dan mereka seharusnya memikirkan, kenapakah aku sanggup menjadi makmum kepada Nizar? Ya, ini kerana Nizar adalah MB yang sebenar. Ikuti artikel selepas ini insya Allah

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Sunday, March 29, 2009

ZAMBRY TIDAK TERKEJUT KERANA SUDAH TAHU KEKALAHAN


Sebelum ini, Zambry mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak terkejut dengan pencalonan Ir Nizar di Bukit Gantang. Ini kerana beliau sudah mengaku kalah lebih awal, dan sudah merasakan peluang itu tidak akan diperolehi oleh UMNO sebelum itu lagi. Bilangan terbaru yang telah dimaklumkan oleh Perisik Rakyat, bilangan penyokong PR hari ini seramai 20 000 orang manakala BN 7000 orang.

Adakah Zambry masih tidak terkejut ketika ini? Batang hidungnya tidak kelihatan, mungkin disebabkan warna kulitnya agak gelap. Namun, sekiranya beliau masih tidak terkejut hari ini, sudah pasti beliau sudah menjangkakan kekalahan UMNO di Bukit Gantang. Dia berkata di dalam hatinya “buat apa pilihanraya, UMNO dah komfim kalah! Buang karan je…”

Tetapi, PR diingatkan supaya tidak terlalu yakin dengan kemenangan sendiri. Ini kerana sirah Nabi SAW sudah membuktikan hakikat tersebut. Bilangan yang ramai tidak semestinya menang, dan bilangan yang sedikit tidak semestinya kalah. Hakikatnya, semua pertolongan itu pada tangan Allah. Teruskan memohon kepada Allah, walaupun kemenangan itu sudah dikatakan pasti.

Jangan terlalu ghairan dengan bilangan, kerana ia hanya ukuran mata manusia. Pada ukuran penilaian Allah ialah taqwa, dan setiap manusia dinilai dengan taqwa, bukannya kuantiti. Zambry yang sebelum ini mengaku tidak terkejut, sudah pun mengaku kekalahan. Adakah mereka tahu yang mereka ini kurang taqwanya? Jawapannya ada pada diri mereka sendiri, dan saya tidak mampu mengukurnya.

Walaubagaimanapun, kita hendaklah meneruskan doa dan usaha kita kepada Allah SWT, walaupun kita sudah memerintah negara sekalipun. Janganlah jadi macam UMNO yang menolak hukum Allah setelah mereka diberikan kuasa oleh Allah untuk memerintah negara. Allah boleh menarik balik kuasa tersebut bila-bila masa yang dikehendakiNya.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

POLIS BAKAL MENJADI PEMENANG DI BUKIT GANTANG?


Bermula dari pagi tadi sehingga sekarang, kumpulan Polis sudah menguasai kawasan penamaan calon. Seolah-olah pilihanraya menentukan ketua polis negara. Mereka dilihat sebagai golongan yang bakal “menerajang” sesiapa sahaja yang diarahkan. Sudah semestinya sekiranya kita melihat kejadian-kejadian sebelum ini, penyokong Prlah yang menjadi mangsa. Memang benar apa yang telah diceritakan di dalam blog-blog bahawa samseng-samseng akan turun.

Siapakah samseng itu, masih belum dapat diputuskan lagi. Namun, Kesamsengan polis sebelum ini sudah terbukti. Terdapat satu analogi, iaitu cerita pertarungan di antara dua jaguh gusti terkemuka, iaitu The Rock dan Undertaker. Ketika semua penonton sedang cemas memerhatikan perlawanan tersebut, untuk menentukan siapakah pemenangnya, timbul satu masalah.

Masalah tersebut ialah kehadiran beberapa belas orang pengadil, masuk ke pentas lalu memukul kedua-dua jaguh tersebut. Tetapi, sekiranya kita melihat kepada tindakan polis selama ini, seolah-olah pengadil tersebut membantai The Rock sehingga lumat, sambil diperhatikan oleh Undertaker.

Namun, kita tidak boleh terlalu cepat menghukum pihak polis. Berkemungkinan kehadiran polis hari ini bertujuan menyekat samseng-samseng UMNO sekiranya mereka bertindak kasar. Walaubagaimanapun, kita masih menunggu berita tersebut. Siapakah yang bakal dibantai? Siapakah yang bakal ditahan? Dan siapakah juara pertandingan hari ini?

Tetapi, jika kita hendak mengukur dari sudut memori lalu, penyokong PR lah yang sering menjadi henyakan pihak polis. Mereka jugalah yang disuap dengan gas pemedih mata, dan mereka jugalah yang ditahan lalu disoal siasat. Contoh yang paling jelas, pembantah PPSMI disoal siasat, sedangkan Hishamuddin lah orang yang patut disoal siasat kerana menghancurkan bangsa Melayu.

Contoh yang lain, pihak UMNO yang menghalang wakil keadilan daripada membuat laporan tentang kes rasuah Ali Rustam, telah membuat kerosakan, tetapi, pihak polis hanya bertugas sebagai lembu yang sudah kenyang. Langsung tidak memperlihatkan kredebiliti mereka sendiri. Orang ramai kian hilang kepercayaan kepada pihak polis ini.

Tetapi, hari ini, saya masih belum diberitakan tindakan kasar pihak polis. Kita hanya menunggu, dan diharapkan pihak polis tidak dijadikan anjing, tetapi bertugas sebagai seorang pengaman. Segala kelakuan anda akan dipersoalkan di akhirat, oleh itu bertaubat sebelum terlambat. Jangan sekat kebebasan rakyat, tetapi kejahatan dan keganasan sebenarlah yang patut disekat.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Saturday, March 28, 2009

ENGKAU BERKUASA, TETAPI ENGKAU TETAP HAMBA


Manusia telah diciptakan Allah SWT daripada air mani yang langsung tiada nilainya. Daripada setitis air mani itulah manusia diberikan akal fikiran sehingga mampu untuk mentadbir dunia yang luas ini sebagai seorang pemimpin. Kepimpinan ini telah diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dari kalangan hamba-hambaNya.

Namun, kekuasaan yang diberikan tersebut, boleh ditarik bila-bila masa yang dikehendakiNya. Tetapi, malangnya kebanyakan pemimpin yang berkuasa ini, merasakan mereka benar-benar berkuasa, dan mampu mengekalkan kuasanya. Seolah-olah merekalah empunya kuasa yang sebenar, sedangkan ia milik Allah sahaja.

Hakikat pemimpin tersebut ialah seorang hamba. Walaupun mereka ialah pemimpin yang paling hebat di dunia sekalipun, mereka tetap seorang hamba kepada TuhanNya. Tetapi, kebanyakan daripada mereka tidak merasakan diri mereka sebagai hamba, tetapi sebagai tuhan, sedangkan apalah sangat kuasa yang ada pada mereka.

Ketika zaman Nabi Musa AS, Beliau terpaksa berhadapan dengan Firaun, seorang pemimpin yang mengaku ketuhanannya. Dengan sombong Firaun mendakwa bahawa dia mempunyai kuasa menghidup dan mematikan manusia. Lalu, dibawa kepadanya dua orang tawanan, lalu dia menyuruh tenteranya membunuh salah seorang daripada mereka dan membiarkan seorang lagi. Lalu dia berkata kepada Nabi Musa, “lihatlah, aku mampu menghidup dan mematikan sesiapa”.

Namun begitu, Nabi Musa AS mencabarnya supaya menerbitkan matahari dari arah bertentangan sepertimana yang telah disusun oleh Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya. Firaun tidak mampu berbuat apa-apa melainkan terus berkeras dengan kesombongan yang ada. Peristiwa ini telah pun berlaku hari ini, seolah-olah sejarah itu sedang berputar kembali.

Hari ini, pemimpin-pemimpin seperti ini berkata “akulah yang memberi engkau makan dan minum, bahkan engkau mendapat projek-projek besar kerana aku, maka engkau perlu mematuhi aku. Sekiranya tidak, aku mampu untuk menyekat segala-galanya untukmu!” Inilah kata-kata Firaun jelmaan hari ini. Seolah-olah tidak rasa bersalah dengan kata-kata tersebut.

Inilah hakikatnya, seorang pemimpin yang berkuasa, tetapi dia tetap seorang hamba! Hamba kepada Allah yang memiliki segala kekuasaannya. Jadilah pemimpin yang paling tinggi kehambaannya kepada Allah SWT, dan janganlah menjadi seorang yang hina, tetapi sombong di hadapan Allah SWT.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

WAJARKAH MAHATHIR DITERIMA SETELAH MENCERCA MANTAN PRESIDEN UMNO?


Malang sekali apa yang berlaku hari ini sepertimana yang telah diberitkan. Mahathir, Pak Lah dan Najib dilihat sebagai hero yang pernah mengemudi UMNO. Tetapi, pada pandangan umum, Pak Lah seolah-olah hero yang diketepikan, dan beliau sendiri pernah menjadi bahan cercaan Mahathir. Tetapi hari ini, mereka bersama, kerana Mahathir sudah dapat menerima kejatuhan Pak Lah.

Pak Lah yang pernah membintangi Hero dalam UMNO, iaitu sebagai seorang presiden UMNO telah dicerca habis-habisan oleh bekas ahlinya sendiri iaitu Mahathir. Lalu disebabkan kebencian yang membuak-buak, Mahathir melarikan diri meninggalkan UMNO sebagai tanda merajuk. Entah kenapa….

Walaubagaimanapun, Pak Lah terpaksa meneruskan sisa baki perjuangannya sebagai presiden UMNO dalam beberapa detik lagi, hanya menunggu saat dijatuhkan. Mahathir masih terus mencerca dan menjahanamkan presiden UMNO sendiri. Tetapi, malang sekali apa yang berlaku hari ini, UMNO seolah-olah menerima cercaan tersebut dengan menjemput Mahathir menghadiri perhimpunan UMNO.

Lebih teruk lagi, apabila Pak Lah turun daripada Presiden UMNO, Mahathir tersenyum dan mampu untuk bersalaman dengan Pak Lah dan Najib. Tetapi UMNO menepuk tangan sebagai tanda setuju dengan perbuatan Mahathir tersebut, sedangkan beliau telah memalukan Pak Lah, presiden UMNO sendiri!

Ahli UMNO melihat Mahathir sudah kembali daripada menghilangkan diri, tetapi pada hakikatnya, Mahathir kembali kerana Pak Lah sudah turun. Satu petunjuk yang amat memalukan, dan adengan itu mendapat tepukan gemuruh! Sekali lagi Pak Lah yang telah menjadi Mantan Presiden UMNO dimalukan.

Najib pula tersengih puas kerana usahanya selama ini tidak sia-sia. Mahathir yang selama ini meletakkan harapan kepada Najib agar dapat mengemudi UMNO, telah direalisasikan hari ini. Mahathir sanggup menjilat kembali kahak-kahaknya yang telah diludah kepada Pak Lah, langsung tidak merasa bersalah berbuat demikian.

Kalaulah saya ini ahli UMNO, sudah lama saya mengkritik tindakan Mahathir tersebut! Tetapi malangnya, perwakilan UMNO sendiri yang memberi tepukan gemuruh tersebut. Seolah-olah Mahathir yang sudah derhaka dengan UMNO, kembali semula, bahkan mendapat sambutan! Seolah-olah Mahathirlah yang menjadi pemenang tempat pertama di dalam pertandingan ini.

Di manakah Pak Lah? Adakah ahli UMNO sendiri sudah mencampakkannya ke rumah orang tua? Adakah mereka mengatakan, “kita tidak perlukan Pak Lah kerana dia banyak tidur, tetapi kita sangat memerlukan Mahathir yang cerdik” Pak Lah adalah satu-satunya presiden UMNO yang dipermainkan oleh ahli UMNO sendiri.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

MAHATHIR GEMBIRA SETELAH PAK LAH BERUNDUR


Hari ini, telah dilakarkan sejarah yang pahit bagi Pak Lah, tetapi dikatakan gambaran menarik. Iaitu kemunculan Mahathir secara mengejut ketika perhimpunan berlangsung. Malaysiakini menceritakan bahawa kemunculan Mahathir itu seolah-olah kepulangan seorang pejuang tua yang merajuk! Akhbar-akhbar pro mengulas bahawa ia adalah satu petanda baik, sedangkan itulah peristiwa yang mengaibkan Pak Lah sepanjang kariernya.

Ini kerana, kalau sebelum ini, sewaktu Pak Lah dihurung kepeningan di dalam pemerintahan, Mahathir meninggalkannya. Bukan setakat itu, dikritiknya sebaik mungkin, seolah-olah Pak Lah bukan hasil pilihannya! Sanggup Mahathir tinggalkan UMNO kerana Pak Lah. Pak Lah dibiarkan keseorangan, dalam keadaan Najib yang sedang memandang tajam untuk naik secepat mungkin.

Hari ini, Mahathir tersenyum puas, kerana Pak Lah tidak diturunkan ilmu tahan lama daripadanya. Beliau begitu suka dengan pengunduran Pak Lah, dan kenaikan Najib. Itulah sebabnya kehadiran beliau, sambil berpelukan dengan Pak Lah. Hatinya seolah-olah berkata “terima kasih, kerana tak memerintah lama”.

Mahathir seolah-olah tidak sabar dengan kenaikan Najib, anak didikan beliau selama ini. Seolah-olah Najib adalah pejuang yang mengembalikan pejuang tua supaya berdamai. Tetapi hakikatnya, Pak Lah sudah pun diketepikan. Pak Lah akan dikategorikan sebagai seorang yang dibisukan.

Persoalannya, kenapa Mahathir begitu benci dengan Pak Lah sebelum ini, tetapi di hari turunnya Pak Lah, beliau begitu seronok! Sudah pasti Mahathir tidak suka dengan kepimpinan Pak Lah. Kenapa tidak suka? Adakah disebabkan Islam Hadhari? Atau disebabkan Pak Lah lebih nampak beragama? Bukankah Mahathir adalah dalang pelupus SAR?

Mahathir cukup benci dan gatal mata dengan orang yang mengajak kepada agama, sehinggakan beliau sendiri cuba menjatuhkan Pak Lah yang dilihat cuba membawa Malaysia ke arah negara Islam. Memang Mahathir elegik dengan perkataan tersebut. Dan orang yang sekepala dengan Mahathir ialah Najib, yang elegik dengan perkataan tersebut.

Mungkin Najib akan mengembalikan cara pemerintahan Mahathir yang sudah banyak melupuskan agama dan pendidikan agama! Mungkin Najib lebih teruk. Adakah kita perlu menyesal dengan pemergian Pak Lah? Tidak, kita menyesal dengan sekiranya Najib yang naik! Seolah-olah, pening hilang, tetapi, migrain pula yang datang. Ingatkah pening tersebut boleh dihilangkan, tetapi malangnya migrain pula berkunjung.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Friday, March 27, 2009

PERAK BANGKIT, SIAPA PUNYA ANGKARA?


Maklumat : Perisik Rakyat
Oleh : Dr Fikrah

Hari ini, Dun Titi Serong telah membuat laporan polis terhadap blog yang paling haram jadah, dengan bekerja sebagai penyebar fitnah. Sambil diselitkan di dalam blognya gambar-gambar yang tidak senonoh dan patut dikenakan hukuman yang lebih teruk. Baru petang ini saya dapati dari Blog Perisik Rakyat tentang maklumat a.k.a blog tersebut.
. Office Perak Bangkit (AFFIN Investment Bank, Jalan Meru, Klang) tempat Perak Bangkit cari makan dan godek blog.
.
Kereta kebanggaan Perak Bangkit, Toyota Ipsum BHA 4998
.
Mohd Nazmi bin Rosli a.k.a Perakbangkit

HARAKAH DIGANTUNG, HUJAH PULA MUNCUL


Hari ini, Malaysiakini melaporkan bahawa Hujah telah diterbitkan sebagai ganti kepada Harakah yang telah dihukum gantung selama 3 bulan. Umpama seorang yang sebelum ini lantang berkata, telah dijahit mulutnya supaya tidak bercakap selama 3 bulan. Tetapi, UMNO menyangka orang tersebut hanya mampu bercakap sahaja, tetapi rupa-rupanya dia mempunyai pengganti yang bakal menggegarkan UMNO lebih kuat.

Namun, apa yang perlu difikiran bersama ialah kaedah UMNO menggantung Harakah dan Suara Keadilan adalah tindakan yang sudah ketinggalan zaman. Ini kerana, Harakahdaily masih ada, bahkan banyak lagi akhbar yang telah disiarkan secara online, dan maklumat yang dikemaskini di dalam internet jauh lebih pantas daripada akhbar.

Bukan setakat Hakarah dan Suara Keadilan sahaja yang boleh menjadi alat untuk mendedahkan perkara sebenar, tetapi banyak lagi. Contohnya web dan blog yang sudah berjuta-juta di dada internet. Penggantungan Harakah dan SK itu hanyalah usaha yang sia-sia sahaja. Ini menunjukkan mereka sudah jauh ketinggalan zaman.

Kalau sebelum ini, Najib mengakui bahawa mereka “terlupa” untuk memperkasakan media khususnya internet. Lalu apabila mereka lambat tersedar hakikat itu, mereka sudah banyak terlepas pandang untuk menghadapinya dengan efisyen. Malangnya, walaupun mereka sudah tahu hakikat tersebut, Harakah dan SK pula yang digantung, sedangkan kedua-duanya lebih lambat berbanding web dan blog.

Tetapi, bebanan mereka hari ini ditambah lagi dengan kewujudan Hujah yang bakal menggantikan Harakah yang sedang digantung. Mari kita lihat, sejauh manakah mereka ingin terus mengusahakan kaedah lama (menyekat kebebasan) yang telah ditempelak oleh Pak Lah semalam. Kalau Hujah pun akan digantung, sememangnya mereka sengaja menjahanamkan UMNO sendiri.

Hari ini, Tok Guru Nik Aziz telah berkata di dalam Harakahdaily, menyeru kepada rakyat Malaysia agar memboikot akhbar-akhbar yang menjadi alat kerajaan menyebarkan fitnah. Kalau sebelum ini TV3 turut melakukan perkara yang sama, dan pemberita-pemberita TV3 turut dipandang serong oleh sebahagian orang. Persoalannya, janganlah anda menjadi alat UMNO untuk menyebarkan fitnah mereka. Kerja-kerja tersebut sia-sia, bahkan mendapat dosa pula.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

SIAPA KATA PEMBANGKANG WALI ATAU MALAIKAT?


Saya tertarik dengan apa yang telah dikatakan oleh Pak Lah bahawa “pembangkang bukanlah wali atau malaikat”. Beliau menyifatkan begitu kerana cuba memahamkan bahawa di dalam PR pun terdapat kesilapan yang perlu diperbetulkan. Jangan asyik menyalahkan Umno sahaja. Tetapi, di dalam artikel ini, saya ingin memberitahu bahawa, manusia boleh menjadi sehina binatang, apabila tidak menerima hukum Allah!

Pak Lah sibuk mempersoalkan kesalahan dan kesilapan di dalam PR yang disifatkan bukan malaikat, tetapi, kesalahan di batang hidung sendiri tidak pernah mengaku. Beliau ada menyebut bahawa UMNO perlu bersih daripada politik wang, tetapi perkara ini sendiri menunjukkan bahawa UMNO itu bersalah, dan perlu mengakui kesilapan tersebut.

Pak Lah menyebut bahawa UMNO bukanlah tong sampah untuk dilemparkan sebarang fitnah. Tetapi, pada saya, UMNO adalah tong sampah, tetapi tidak mengaku bahawa ia adalah tong sampah! UMNO sendiri yang merosakkan jentera mereka itu. Ahli UMNO sendiri yang menjadikan UMNO sebagai tong sampah!

Beliau menyebut tentang “wali” dan “malaikat”. Hakikatnya tiada siapa yang mengatakan PR itu wali atau Malaikat. Yang mengenal waliNya ialah Allah SWT. Allahlah yang menganugerahkan kewalian tersebut kepada siapa yang dikehendakinya, dari kalangan hambaNya yang soleh. Manakalah Malaikat pula ialah makhluk Allah yang tidak melakukan kesilapan.

Nabi-nabi Allah terdahulu, juga terpelihara daripada sebarang “dosa”. Hakikat di sini ialah, jangan mengatakan orang itu ini, kalau diri itu adalah tong sampah. Di dalam al Quran jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang tidak melaksanakan hukum Allah ialah binatang, bahkan lebih teruk daripada itu. UMNO hari ini, berhempas pulas menafikan hukum Allah, bukankah kita layak menggelar mereka sebagai binatang?

Persoalan yang saya ingin lontarkan kepada Pak Lah, bagaimanakah anda boleh tahu bahawa PR atau pimpinannya bukan Wali Allah? Bukankah wali Allah ini hanya dikenali oleh Allah? Hebatnya Pak Lah! Persoalan kedua ialah, siapa kata PR itu golongan malaikat? Bukankah jelas menunjukkan mereka itu manusia?

Di dalam al Quran telah menceritakan perihal manusia terdahulu, di mana mereka mengatakan bahawa “kenapakah Allah mengutuskan Nabi dari kalangan manusia biasa? Kenapa tidak diutuskan Malaikat sebagai Nabi?” (Surah al An’am : 8-9)… Lalu Allah menjawab kepada mereka kalaulah kami menjadikan Malaikat itu sebagai Nabi, sudah pasti kami akan mengubahnya menjadi seorang manusia untuk menyampaikan kepada kamu.

Ini kerana, sekiranya Malaikatlah yang menyebarkan dakwah, sudah pasti tidak pernah wujud UMNO. Nak tahu bagaimana rupa Malaikat? Kalau setakat FRU tu, macam bola pimpong sahaja! Tetapi, Allah mengutuskan orang yang menyebarkan Islam, dari kalangan manusia sendiri supaya manusia tersebut boleh hidup bersama-sama manusia-manusia lain.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah