Wednesday, May 13, 2009

SELAMAT HARI JADI UMNO

Semalam 12 Mei, adalah Hari Jadi UMNO yang ke 63. Sudah 63 tahun rupanya engkau hidup. Semakin tua, semakin nyanyuklah ia. Sedikit perbezaan yang ketara dengan kewafatan Baginda SAW pada umur 63 tahun. Nabi SAW mula menjadi sebagai nabi pada umurnya 40 tahun, kemudian Baginda SAW menyebarkan dakwah dengan Islam selama 23 tahun. Hasilnya, Islam dapat dinikmati oleh kita sehingga hari ini.

Apakah perbezaannya dengan perjuangan UMNO? UMNO memulakan perjuangannya seawal umurnya 1 tahun lagi. Antara kerja-kerja awal UMNO ialah menyembunyikan perjuangan-perjuangan ulama’-ulama’ dahulu. Mereka mendakwa bahawa kemerdekaan itu adalah hasil usaha UMNO, sedangkan ulama’-ulama’ kita dituduh sebagai seorang pahlawan menentang cukai.

Ulama’-ulama’ telah digambarkan sebagai seorang yang menuntut material, dan akhirnya UMNO muncul untuk mendapatkan kemerdekaan. Inilah penyelewengan sejarah yang dilakukan oleh mereka. Kelakuan ini telah mereka lakukan seawal umur mereka setahun jagung. Apakah bezanya dengan Baginda SAW?

Ketika zaman kanak-kanak, Baginda SAW terkenal dengan sifat amanah. Sehinggakan beliau dipercayai oleh golongan-golongan pembesar sebagai seorang yang menjaga amanah. Berbeza dengan UMNO, sejak kecil lagi sudah cuba menjalankan aktiviti menipu. Mereka menyeleweng sejarah sehingga hari ini kita tertipu dengan sejarah rekaan UMNO!

Jelas berbeza perjuangan UMNO, dan perjuangan Islam yang sebenar yang dibawa oleh Baginda SAW. Ketika zaman remaja, Baginda SAW telah meleraikan perbalahan di antara ketua-ketua pimpinan Quraisy. Iaitu ketika kaabah dilanda banjir, lalu masing-masing mendakwa bahawa mereka berhak meletakkan Batu Hajarul Aswad ke tempatnya semula.

Disebabkan kecerdikan Baginda SAW, beliau telah mengelakkan perbalahan itu, dan masing-masing dapat merasai kesamarataan yang dilakukan oleh Baginda SAW untuk mengelakkan pergaduhan. Tetapi, UMNO pula sangat jahat. Ketika zaman remaja UMNO, UMNO telah mencetuskan perbalahan antaran kaum pada 1969. Peristiwa hitam yang tidak dapat dilupakan sehingga hari ini.

Pada umur Baginda SAW 40 tahun, Baginda SAW telah menerima wahyu daripada Allah SWT untuk menyebarkan risalahNya ke seluruh alam. Tetapi perjuangan yang dibawa oleh UMNO ialah melenyapkan kebenaran daripada Malaysia. Mereka berusaha menyingkirkan Islam daripada hati rakyat-rakyat Malaysia. Jelas perjuangan mereka bertentangan dengan Nabi SAW

Dalam pada ketika umur Baginda sebagai seorang Nabi, Baginda SAW disyariatkan berperang menentang kezaliman, dan melenyapkan kejahatan manusia. Peperangan ini jelas menunjukkan pengorbanan Baginda SAW untuk agama Allah SWT. Tetapi malangnya UMNO tidak menjadikan perjuangan Baginda SAW sebagai pedoman.

Mereka hanya sekadar mengangkat keris dan kemudiannya menjahanamkan bangsa sendiri. Bahkan perjuangan mereka ialah menegakkan kezaliman, bukan melenyapkan kezaliman. ISA sampai hari ini dilaksanakan sedangkan Nabi SAW sendiri memberi peluang kepada tawanan perang untuk berkhidmat dengan Islam.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment