Sebelum ini telah diceritakan tentang adab Saidina Umar al Khattab ketika mempersoalkan tindakan pimpinan, iaitu Nabi Muhammad SAW. Begitu jugalah adab pimpinan ketika menjawab persoalan tersebut, iaitu menjawab dengan nada yang lembut. Walaupun pada zahirnya ahli melihat tindakan pimpinan itu tersilap, tetapi hakikatnya, Tok Guru Haji Hadi tidak mengeluarkan keputusan itu dengan sewenang-wenangnya.
Hikmah di sebalik Perjanjian Hudaibiah itu hakikatnya memberikan keuntungan yang besar kepada umat Islam. Walaupun pada zahirnya seolah-olah menguntungkan pihak musuh, tetapi, Nabi Muhammad SAW telah melakukan tindakan yang betul. Bukankah Baginda SAW sendiri menyebut bahawa ia (keputusan perjanjian Hudaibiah itu) adalah wahyu daripada Allah? Sudah pasti wahyu tersebut adalah satu kebenaran.
Hari ini, apabila pimpinan dan syura telah meletakkan bahawa Unity Government itu perlu dilaksanakan, maka ahli seharusnya berlapang dada dalam menerima hasil perbincangan tersebut. Mana mungkin Tok Guru Haji Hadi membuat keputusan tersebut seorang diri. Bahkan ia adalah hasil keputusan mesyuarat (syura) yang juga menjadi amalan Nabi Muhammad SAW. Walaupun keputusan tersebut menatijahkan sesuatu yang buruk, ahli tetap tidak dibenarkan mengkritik seperti berkata “Itulah… dulu lagi aku sudah katakan,..”
Ramai ahli yang melihat Unity Government ini menguntungkan pihak UMNO, tetapi itu adalah keputusan mesyuarat yang dianggap sebagai muktamad. Malang sekali, di dalam PAS masih terdapat golongan bawahan yang tidak memahami etika menegur pimpinan. Seolah-olah mereka lebih hebat daripada barisan ulama’ yang membarisi perjuangan PAS. Mereka seolah-olah ingin menjadi seperti Saidina Umar yang lantang bersuara, tetapi hakikatnya mereka tersalah cara.
Bukankah apabila mendengar Nabi Muhammad SAW menjawab persoalan tersebut dengan lembut, beliau berlalu sambil menahan marah? Ya. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa, walaupun kita merasa marah atau tidak berpuas hati dengan keputusan pimpinan, namun, kita tetap ditegah daripada menghentam belakang.
Saidina Umar al Khattab yang lantang bersuara itu pun tidak menghentam Nabi SAW secara belakang! Tetapi anda sebaliknya. Kononnya lebih hebat daripada Saidina Umar. Lihatlah peristiwa yang terjadi selepas itu. Setelah mendapat bahawa hakikat perjanjian Hudaibiah itu, Saidina Umar lantas bertaubat, dan melakukan amalan-amalan baik seperti bersedekah, membebaskan hamba dan sebagainya.
Saidina Umar berkata sebagai tanda kekesalannya terhadap tindakannya mempertikaikan keputusan pemimpin…
Disebabkan perbuatanku itu, maka aku telah membuat beberapa amalan. Aku bersedekah, berpuasa, bersolat dan membebaskan hamba, seperti yang aku lakukan pada hari ini, kerana bimbang kata-kataku itu, sehingga aku mengharapkan agar amalanku ini diterima sebagai satu kebaikan”
Wahai ahli PAS, contohilah Saidina Umar al Khattab. Beliau menuturkan kalam ini ketika menjadi ahli, dan lihatlah bahawa beliau sendiri yang akan menggantikan tempat Nabi Muhammad SAW sebagai khalifah! Siapakah lagi yang akan meneruskan pejuangan pimpinan hari ini kalau bukan kita.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

Apa yang Dr Fikrah persoalkan? Etika menegur pemimpin atau Unity Gorvernment? Ini adalah dua perkara yang berbeza. Mohon diperjelaskan.
ReplyDeleteUnity Government adalah cadangan pimpinan PAS, samada dilaksanakan atau ditangguhkan. Namun tetap terdapat mulut-mulut yang cuba menegur dengan tidak beretika. Hakikatnya ia belum diputuskan lagi. Harap maaf..
ReplyDeleteSukran!
ReplyDeleteMungkin ramai yang belum faham sepenuhnya tentang konsep Unity Government itu dan juga tidak puas hati dengan syarat-syarat perkongsian kuasa dengan Umno. Perlu diperjelaskan sebaik-baiknya.
Dengan kafir pun boleh dibuat perjanjian dan masih lagi menguntungkan kita, kenapa hendak bersatu sesama Islam mesti kita halang.
ReplyDelete