Monday, April 27, 2009

AKU MENGULAS TENTANG ISU “RIDZUAN MASUK ISLAM”

PMRAM semalam telah mengeluarkan artikel ilmiah yang menjelaskan tentang isu hangat yang dibincangkan di Malaysia hari ini. Iaitu isu tentang Ridzuan yang menganut agama Islam, setelah meninggalkan agama hindu. Pada perspektif saya, saya melihat bahawa tindakan Nazri Aziz yang mengemukakan kenyataan tersebut, dianggap sebagai kenyataan yang silap dan perlu diperbetulkan.

Hakikatnya, saya begitu kesal dengan tindakan bodoh beliau, yang jelas tidak berlandaskan Islam. Mungkin ramai yang menyalahkan pihak yang menegur, seperti mereka berkata, “Ramai yang menghina UMNO disebabkan kesilapan mereka, tetapi apabila diajak berbincang, semua pakat tolak... tidak mahu bekerjasama dengan UMNO…”. Hakikatnya inilah kalam orang yang jahil.

Sepatutnya, Nazri Aziz perlu merujuk bahagian-bahagian tertentu yang dapat membahas perkara ini. Contohnya seperti JAKIM, dan sebagainya. Mereka juga dikatakan memiliki jentera bahagian agama, seperti Masyitah. Di manakah dia? Antara kenyataan beliau di dalam akhbar….

"Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu,"…

Inilah kenyataan yang dituturkan oleh seorang yang tidak layak dijadikan sebagai pemimpin. Lihatlah betapa rosaknya masyarakat sekiranya orang yang tidak layak menjadi pemimpin, dilantik sebagai pimpinan. Kata-katanya berbaur pencemaran yang merosakkan kesucian Islam. Kalam orang jahil tidak mungkin seerti dengan kalam orang yang pakar!

Memang benar, Nazri Aziz langsung tidak layak dan langsung tidak berautoriti mengeluarkan kenyataan tersebut. seperti seorang doktor gigi mengkritik nelayan kerana tidak turun ke laut pada hari hujan. Doktor gigi ini langsung tidak tahu tentang hal ehwal nelayan dan bahaya ke laut ketika hari hujan.

Boleh saya katakan dengan tanpa segan silu, bahawa beliau memang seorang yang bodoh. Saya tidak anggap kenyataan tersebut dituturkan dalam keadaan tidak disengajakan, sebaliknya beliau sengaja menghina Islam untuk menjaga hati orang bukan Islam. Apa yang peliknya, mereka begitu marah sekiranya orang bukan Islam membaca ayat al Quran, tetapi mereka (BN) sendiri menghina Islam!

Mereka mengatakan bahawa orang bukan Islam yang membaca al Quran seolah-olah menghina Islam. Tetapi mereka yang dikatakan Islam ini, dengan jelas menghina Islam, dan merendahkan kedudukan Islam yang tinggi di mata masyarakat! Apa kata Sammy Vellu? Beliau bertepuk tangan sambil mengucapkan terima kasih kepada Nazri Aziz kerana telah mengagungkan hindu!

Tetapi, apabila Pakatan Rakyat bekerjasama dengan orang bukan Islam, terus dicaci dan dimaki, kerana mendapatkan pertolongan daripada bukan Islam. Mereka berkata bahawa PAS sudah menggadaikan matlamat sebenar mereka, untuk memerangi UMNO yang dikatakan Islam juga. Tetapi kesalahan besar di dalam UMNO hari ini ialah bekerjasama dengan MIC yang jelas menodai kesucian Islam!! Siapakah yang patut diperangi? Siapakah yang bekerjasama dengan orang kafir yang cuba merosakkan Islam?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments:

Post a Comment