Sunday, April 12, 2009

SILA LAPORKAN KEPADA “POLIS”, TENTANG KES “POLIS” PUKUL ADI


Ayat di atas ini agak lucu. Bahkan membuatkan rakyat seolah-olah diperbodohkan oleh kerajaan. Kes polis pukul Adi, 23, telah pun dibuat ke Balai Polis. Pelik bukan? Sama seperti kes rasuah,.. dilaporkan kepada UMNO yang juga bapak rasuah. Kalau sebelum ini, dua orang “polis” yang bertugas menangkap pembunuh, telah didakwa membunuh Altantuya.
.

.
Saya ingin melontarkan persoalan kepada para penyokong UMNO, masihkah anda ingin kekal mengundi parti yang tidak relevan ini? Najib berkata “kita amalkan ketelusan..” sedangkan dia bapak rasuah. Semakin hari, manusia semakin pelik. Penyokong karat BN, semakin galak mengundi BN… entah kenapa..

Sebelum ini, Kugan yang berada di dalam tahanan polis, mati dibelasah. Adakah lokap polis itu dijadikan tempat membunuh orang? Pernahkah mereka fikir tentang harga sebuah nyawa yang melayang? Entah kenapa…. Kiamat semakin dekat…

Saya teringat sebuah kisah di dalam Sirah Nabi Muhammad SAW. Satu ketika setelah selesai Peperangan Badar, tawanan musyrikin telah dibawa ke Madinah. Lalu, Baginda SAW telah bertanya kepada 2 orang sahabatnya, iaitu Saidini Abu Bakar, dan Saidini Umar al Khattab.

“Apakah yang perlu kita lakukan terhadap mereka (tawanan perang)?” Sabda Nabi SAW. Lalu, Saidina Umar al Khattab memberi cadangan supaya mereka dipancung sahaja. Manakala Saidina Abu Bakar pula mencadangkan supaya mereka digunakan untuk mengajar ilmu-ilmu kepada anak orang Islam. Dan setelah mereka cukup tempoh yang ditetapkan, mereka akan dibebaskan.

Lalu Baginda SAW lebih bersetuju dengan pandangan Saidina Abu Bakar. Iaitu menjadikan mereka bermanfaat buat Islam. Ada di antara tawanan tersebut, yang dijadikan hamba untuk berkhidmat. Lihatlah apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW? Jelas perbezaannya dengan polis hari ini.

Tawanan perang itu adalah seorang kafir harbi (kafir yang memerang Islam), dan Nabi Muhammad SAW tidak membunuh mereka walaupun berhak. Tetapi polis hari ini langsung tidak berhak membunuh sesiapa, apatah lagi seorang kafir zimmi (iaitu orang bukan Islam yang DIJAMIN nyawanya di bawah pemerintahan Islam). Tetapi malangnya, mereka telah dibelasah!

Lihatlah satu kisah seorang sahabat Nabi SAW ketika berperang. Ketika berperang, sahabat ini telah berjaya menjatuhkan seorang musyrikin, dan hampir membunuhnya. Tetapi orang musyrikin tersebut meludahnya. Tetapi, sahabat tersebut tidak jadi untuk membunuhnya, kerana khuatir dia membunuh musyrikin tersebut kerana marah akibat diludah, bukan bunuh kerana Islam!

Wahai penyokong karat BN, butakah mata anda? Sudah jelas BN tidak berpandukan al Quran dan as Sunnah. Masihkah anda menyokongnya? UMNO sendiri sudah jelas rasuahnya yang bertimbun, tetapi kenapa anda masih menyokongnya? BN merampas tanah rakyat, tetapi mereka menuduh PR memberikan tanah kepada Cina,.. masihkah anda menyokong BN?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Saturday, April 11, 2009

REZEKI MUKHRIZ BERBAPAKAN MAHATHIR!

Akhbar semalam menyiarkan sebuah berita yang sangat pelik. Berita tersebut berkenaan penyingkiran Khairi daripada menjadi anggota kabinet Najib. Saya pun pelik juga, kenapa Khairi ditolak? Adakah disebabkan sial yang dibawa sepertimana yang tersebar di dalam buku kontroversi sebelum ini?
.

Walaubagaimanapun, lebih menghairankan manusia di Malaysia ini, ialah kenaikan Mukhriz! Siapa Mukhriz ini? Dia ialah anak kepada Mahathir. Semua orang tahu. Siapakah Mahathir ini? Ya, Mahathir ialah seorang hero tua yang kembali menyelamatkan UMNO kononnya. Kadangkala, kita pun terfikir, siapakah PM sebenarnya? Najib atau Mahadet? Mahathir dilihat masih gagah untuk membentuk generasinya. Ini kerana Pak Lah tidak layak untuk menjadi pewarisnya. Oleh itu, apabila kenaikan Najib, beliau begitu suka kerana Najib ini sekepala dengannya. Bagaimana pula dengan Mukhriz? Ya, inilah rezeki Mukhriz yang berbapakan Mahathir.

Saya tidak berniat menuduh Mahathir ada fungsi di dalam menyusun kabinet, tetapi saya cuma melontarkan tanggapan umum. Mungkin Najib sendiri tidak pernah berhubung dengan Mahathir berkenaan susunan kabinet ini. Tetapi kemungkinan ini payah diterima. Entah saya tidak tahu mengapa. Mungkin kita sendiri boleh memikirkannya.

Walaubagaimanapun, sekiranya Najib menafikan bahawa susunan kabinet itu adalah rancangan Mahathir,… tapi, kenapa lantik Mukhriz? Ya, soalan ini sering tertanya-tanya. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Tetapi mungkin ada beruk yang sedang memanjat. Adakah kes ini sama seperti beruk yang memanjat, lalu menyebabkan pokok bergoyang?

Entahlah. Segala jawapannya, berada di benak Najib sendiri. Mungkin kita tidak mengetahuinya, tetapi, kadangkala kita juga mengetahuinya berdasarkan beberapa tanda. Apabila pokok bergoyang, sedangkan angin tiada, tiba-tiba ternampak anak beruk memanjat ke atas atau melambai-lambai ke arah atas pokok. Kita pun membuat kesimpulan, kemungkinan ada bapak beruk di atas tu…

Mungkin perumpamaan ini agak kasar, dan saya memohon maaf sekiranya menyebabkan sesiapa terasa hati. Tetapi, jangan lupa, Mahathir pernah menggelar Datuk Zaid sebagai katak! Kekeliruan ini boleh diperhatikan sendiri oleh anda dengan menggunakan mata dan akal masing-masing. Buatlah kesimpulan sendiri.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

MENJAWAB ISU “PAS MENYAMARATAKAN ANTARA AGAMA” (siri 3)

Di dalam sirah Nabi Muhammad SAW juga, telah disebut cerita tentang keislaman beberapa orang Yahudi. Ya, tidak dinafikan, ada juga orang Yahudi yang memeluk agama Islam, kerana terkesan dengan kelembutan Nabi Muhammad SAW terhadap golongan bukan Islam. Apatah lagi penganut agama Budha dan Hindu di Malaysia, sudah pasti akan terkesan dengan kelembutan Islam terhadap mereka.

Abdullah bin Salam adalah seorang Yahudi yang memeluk agama Islam kerana dakwah Baginda SAW. Setelah beliau mengucap dua kalimat syahadah, Baginda SAW pun menjemput orang-orang Yahudi datang ke rumahnya, dan Abdullah bin Salam pun masuk. Nabi Muhammad SAW bertanya, “apakah pandangan kamu tentang Abdullah..?”

Mereka menjawab bahawa Abdullah adalah seorang yang baik, bagus dan daripada keluarga yang bagus. Baginda SAW bertanya lagi.. “apa pandangan kamu sekiranya beliau memeluk agama Islam?” Mereka menjawab, “dialah paling hina dan datang daripada keluarga yang hina”. Lalu Abdullah bin Salam pun mengucap dua kalimah syahadah di hadapan mereka.

Hari ini bagaimana? Remaja-remaja Islam sudah berkilo-kilo menganut Kristian, bukan kerana Islam, tetapi setelah dibiarkan oleh orang-orang Islam, dan dibiarkan oleh kerajaan yang dikatakan Islam. Adakah dengan memfatwakan bilangan orang murtad, sudah selesai kerja, kemudian senyap? Dimanakah “hakim” (pemimpin) yang menjatuhkan hukuman ke atas orang yang murtad ini?

Lihatlah betapa besarnya hikmah daripada sunnah Nabi Muhammad SAW. Baginda memberi kebebasan kepada mana-mana kafir zimmi untuk beribadah. Tetapi mengHARAMkan murtad, kerana murtad bukan bererti kebebasan beragama, bahkan diertikan sebagai menghina Islam. Ya, sesiapa yang menghina Islam sudah dikatakan murtad. Berhati-hatilah dalam pertuturan dan perbuatan.

Lihatlah kepada persoalan, adakah Nabi Muhammad SAW juga dikatakan menyamaratakan di antara agama kerana perjanjian dengan orang Yahudi yang telah diceritakan sebelum ini? Tidak sama sekali! Oleh itu terjawablah persoalan kita selama ini. PAS bersedia bergabung dengan UMNO sekiranya UMNO hendak melaksanakan undang-undang Islam, dan bersetuju menolak segala anasir kezaliman dan rampasan hak.

Sekiranya UMNO tidak mahu, maka PAS tidak pun mengharap sangat! Kalau tidak mahu,.. sudah.. Kami bersama-sama orang yang mahu, walaupun mereka itu adalah seorang ahli zimmah.

Salam Perjuangan
.
Dr Fikrah

MENJAWAB ISU “PAS MENYAMARATAKAN ANTARA AGAMA” (siri 2)

Persoalan asal ialah “benarkah PAS menyamaratakan antara agama?”. Jawapannya tidak. Memang benar, orang kafir zimmi, berhak meneruskan ibadah mereka. Tiada siapa boleh mengganggu hak mereka untuk beribadah. Tetapi, sekiranya melibatkan Islam, maka itulah yang perlu ditentang. Memang benar, kafir zimmi bebas menganut agama mereka, dan beribadah cara mereka, asalkan tidak menyentuh sensitiviti Islam.

Persoalan tentang penggunaan kalimah Allah, akan dijelaskan di dalam siri yang lain. Contoh isu yang pernah berlaku ialah, kes murtad Lina Joy. Orang yang murtad tidak boleh berhujah dengan kebebasan beragama. Ini kerana sekiranya mereka tiada paksaan dalam beragama, tetapi mereka diharamkan daripada murtad. Murtad boleh dihukum bunuh.

Manakala bagi orang kafir yang ingin memeluk agama Islam, tiada dalam undang-undang mereka, yang menjatuhkan hukuman bunuh. Ini kerana mereka yakin bahawa Islam itu benar. Cuma, Islam diburukkan dengan nama UMNO yang mengatakan mereka adalah Islam, lalu mereka telah memburukkan pandangan orang bukan Islam terhadap kesucian Islam.

Di dalam peristiwa Saidina Umar di dalam siri 1, beliau sendiri membenarkan mereka beribadah dengan bebas, selagi mana tidak mengganggu Islam. Inilah ketuanan Islam. Sekiranya mereka merasa tidak perlukan perlindungan, tiada masalah, kerana keselamatan mereka tidak dijamin. Inilah cara perjanjian yang telah dilakukan oleh Nabi SAW sendiri.

Di dalam perjanjian dengan orang Yahudi di Madinah, Baginda SAW telah membuat satu perjanjian, iaitu orang Islam dan Yahudi saling bantu membantu menolak sebarang bentuk kezaliman, dan memerangi sesiapa yang berpaling daripada perjanjian ini. Seterusnya orang Yahudi dan Islam perlu saling bantu membantu di dalam suasana peperangan. Kesemuanya ada 12 perjanjian, dan kedua-dua pihak bersetuju.

Hakikat hari ini, Yahudi tidak dilihat sebagai orang menepati perjanjian, dan mereka sering melanggar perjanjian. Contoh yang berlaku seperti Bani Qainuqa’ ialah menganggu wanita Islam yang berada di pasar mereka. Tetapi hari ini, serikandi PKR dilondeh seluar ketika melalui kawasan BN. Fikirlah sendiri. Takkan hendak dituduh sebagai Yahudi pula…

Disebabkan mereka melanggar perjanjian tersebut, maka Nabi Muhammad SAW mengisytiharkan perang kepada golongan ini. Ini kerana mereka telah melanggar perjanjian yang mereka sendiri persetujui. Ya, PAS juga mempunyai perjanjian dengan DAP dan PKR. Sekiranya masakan boleh bergabung.

PR hari ini juga bersatu menolak segala anasir kezaliman, dan rampasan hak. Sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri. Sekiranya PKR dan DAP bercanggah dengan perjanjian, maka PAS tidak teragak-agak untuk berpecah daripada mereka. Inilah ketegasan Islam yang sepatutnya.

Salam Perjuangan
.
Dr Fikrah

MENJAWAB ISU “PAS MENYAMARATAKAN ANTARA AGAMA” (siri 1)

Selalu juga didengari, bahawa PAS dikatakan cuba menyamakan di antara agama. Antara alasannya ialah PAS telah bergabung dengan DAP dan PKR yang perjuangan mereka dikatakan bukan bersifat islamik. Contoh ulasan bodoh mereka “Kalau PAS menang nanti, bertambahlah gereja”.

Mereka berkata lagi tanpa kefahaman mereka “orang-orang kafir, terutamanya kristian, lebih mudah menyebarkan ajaran mereka”. Mereka berkata lagi “PAS membela agama lain, dan menentang orang Islam sendiri”. Dan banyak lagi. Mereka telah menggelar PAS sebagai liberal, kerana menyamakan semua agama.

Sebelum persoalan ini dijawab, saya tertarik untuk menceritakan tentang kisah Saidina Umar al Khattab ketika beliau menjadi khalifah. Ketika zaman pemerintahannya, empayar umat Islam sudah tersebar luas ke seluruh dunia. Ketika itu golongan yang menganut agama kristian telah dianiaya oleh kerajaan Benzantin dan Rom.

Setelah mengetahui hal tersebut, Saidina Umar al Khattab telah menawarkan kepada mereka khidmat perlindungan, sama seperti orang bukan Islam yang lain. Saidina Umar al Khattab mengajak mereka supaya menjadi ahli zimmah, daripada dianiaya oleh dua kerajaan besar tersebut. Dua kerajaan tersebut telah merampas hak mereka, menzalimi dan menganggu ketenteraman mereka.

Maka, ramailah orang-orang bukan Islam ini yang mendapatkan khidmat tersebut, tetapi mereka diminta membayar jizyah. Mereka diberikan perlindungan, dan kerajaan Islam juga mendapat keuntungan. Masing-masing mendapat keuntungan.

Tetapi berbeza dengan UMNO hari ini. Mereka sudah pun mendapat tampuk pemerintahan, tetapi mereka menganiaya orang bukan Islam (zimmi). Rumah mereka diceroboh, dan gambar bogel mereka ditangkap. Altantuya pula dibunuh. Dan banyak lagi kes yang kita sendiri sudah tahu. Orang bukan Islam merasa mereka tidak mendapat perlindungan daripada kerajaan.

Oleh itu adakah kerajaan Malaysia hari ini dikatakan sebagai kerajaan Benzantin dan Rom, manakala PR itu adalah kerajaan Islam? Hakikatnya dilihat sedemikian. Adakah mereka mempunyai rancangan jahat untuk menguasai kerajaan, iaitu dengan memperalatkan PAS? Persoalan ini akan dijawab di dalam siri-siri lain. Insya Allah.

Sekiranya UMNO hari ini benar-benar melaksanakan Islam, tidaklah orang bukan Islam hari ini bangkit menolak mereka. Kerajaan tidak memberi hak sepatutnya kepada golongan bukan Islam, dan golongan Islam sendiri menjadi mangsa mereka. Mereka pula sering mengaku bahawa mereka adalah Islam. Bahkan golongan ulama’ juga dinafikan hak mereka.

Ya, selagi UMNO dan BN menjadi kerajaan, dan mereka masih meneruskan perjuangan mereka seperti hari ini, Islam tidak akan naik. Bahkan golongan bukan Islam semakin teraniaya. Hari ini Islam naik kerana menolak UMNO dan BN. Tolaklah ia sehingga tumbang, supaya Islam dinaikkan, dan golongan bukan Islam mendapat hak mereka.
.
Salam Perjuangan
.
Dr Fikrah

BANDINGAN ANTARA PEMIMPIN NO. 1 DI ALAM, PEMIMPIN NO. 1 DUNIA, DAN PEMIMPIN NO. 1 MALAYSIA

Najib telah pun berjaya melepasi tahap mengangkat sumpah, dan beliau sudah pun bergelar Perdana Menteri yang dianggap orang nombor satu Malaysia. Setiap saluran media sudah pun menyiarkan kenaikannya sebagai orang nombor 1 Malaysia. Kita sering terfikir, apabila seseorang itu bergelar orang No. 1, sudah pasti orang itu mempunyai Mercedes, rumah besar dan harta yang melimpah ruah.

Saya yakin, orang nombor 1 Malaysia hari ini pun begitu. Tetapi, bagaimanapula hakikat sebenar mereka? Adakah mereka berhak menjadi seorang yang kaya, masyhur dan sebagainya?

Sebuah memori yang tidak dapat dilupakan ialah, Sirah Nabi Muhammad SAW, orang nombor 1, di alam ini, dan Saidina Abu Bakar RA orang nombor 1 dunia ketika menjadi khalifah. Sebelum kita mengenali orang nombor 1 Malaysia, saya mengajak kepada pembaca budiman, supaya mengenal dahulu, siapakah orang nombor 1 di alam, dan orang nombor 1 dunia.

Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang berkehidupan sederhana. Malamnya Baginda SAW bangun untuk solat sehingga bengkak kakinya, walaupun Baginda SAW sudah dijamin syurga. Kita bagaimana? Sudahlah terasa macam banyak dosa, tetapi, solat fardhu masih ditinggalkan! Baginda SAW juga langsung tidak memiliki kemewahan dan kekayaan.

Makanan Baginda SAW pula hanyalah buah kurma dan dibahagikan bersama isteri Baginda SAW. Pemimpin nombor 1 Malaysia makan apa? Baginda juga seorang pemimpin jihad, yang berjihad bersama-sama para sahabatnya. Pemimpin nombor 1 Malaysia? Baginda SAW seorang pendidik, yang memberi ilmu kepada umat manusia, jelas berbeza dengan orang nombor 1 Malaysia.

Selepas kewafatan Baginda SAW, Saidina Abu Bakar turut mengikuti keperitan tersebut. Begitu juga khalifah-khalifah selepasnya dan kesemua mereka adalah orang nombor 1 dunia. Satu ketika, Saidina Abu Bakar pernah bertanya kepada anak perempuannya (isteri Nabi SAW), Aisyah RA, “berapa helaikah kain kapan yang digunakan untuk mengapan Nabi SAW?

Saidatina Aisyah RA menjawab : 3 helai. Lalu Saidina Abu Bakar juga berwasiat bahawa beliau ingin dikapankan begitu. Saidatina Aisyah membalas,.. “tetapi kita hanya memiliki 2 helai kain sahaja…”. Lalu Saidina Abu Bakar meminta anaknya, membelikan sehelai lagi, semata-mata untuk mencontohi cara Nabi Muhammad SAW.

Lihatlah, kain kapan pun tidak cukup. Pernahkah orang nombor 1 Malaysia memikirkan hal demikian? Pernahkah orang nombor 1 Malaysia ingin mencuba untuk hidup serba sederhana seperti orang nombor 1 di alam ini? Pernahkah orang nombor 1 Malaysia terfikir untuk bangun di malam hari untuk beribadah? Pernahkah dia terfikir untuk mencontohi cara Baginda SAW dalam memimpin?

Saya menyeru kepada orang nombor 1 Malaysia, supaya mencontohi kepimpinan Baginda SAW. Islam tidak menyuruh kita menolak nikmat dunia, dan juga melarang kita berlebih-lebihan, sehinggakan menyebabkan kita leka dengan kemewahan ini. Ingatlah, harta yang kita ada sekarang ini, kadangkala ia menjadi perosak kepada kita. Pimpinan itu adalah amanah, bukannya satu nikmat!

Salam Perjuangan
.
Dr Fikrah

Friday, April 10, 2009

TANDA PERSOALAN DALAM KES ALTANTUYA

KUALA LUMPUR, 10 April : - Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu :
.
1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.
.
2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?
.
3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?
.
4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?
.
5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?
.
Dalam pada itu Herman Samsudin menulis di sebuah laman web juga turut mempersoalkan bahawa rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu di mana sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.
.
Katanya sebelum ini kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.
.
Begitu juga dengan kes yang melibatkan Dato' Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.
.
Menurut web tersebut masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.
"Sehingga ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain di sebalik kes ini.
.
"Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka," katanya dalam Buletin Online.
.
Dalam teori rambangnya itu beliau mengatakan bahawa kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara.
.
Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan.
.
"Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis.
.
"Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja," katanya.
.
Harakahdaily.

SIAPA KATA NABI MUHAMMAD SAW TIDAK BERPOLITIK DI DALAM MASJID? SIAPA KATA NABI TIDAK BERPARLIMEN?

Semalam, saya menerima email daripada seorang hamba Allah yang masih kurang jelas tentang artikel “Menjawab Isu : Tidak dibenarkan berkempen di masjid”. Saya harap penulisan kali ini dapat membantu kefahaman tersebut. Persoalan yang dilontarkan ialah masjid tempat menyatukan hati, bukan tempat memecahbelahkan dan banyak lagi.

Di dalam sirah Nabi Muhammad SAW, apakah peranan masjid? Perkara pertama yang Nabi Muhammad SAW lakukan ketika tiba di Madinah, ialah mendirikan masjid, iaitu Masjid Nabi. Apakah tujuan pembinaan masjid ini. Tujuannya selain daripada sebagai tempat beribadat, ia juga dijadikan tempat menuntut ilmu, membantu orang miskin, mengadakan mesyuarat dan sebagainya.

Segalanya dilakukan di dalam masjid tersebut. Bilakah Nabi Muhammad SAW berparlimen? Di manakah parlimen Nabi SAW? Ya, Masjid Nabi itulah parlimen yang diwujudkan di zamannya. Ia dijadikan sebagai tempat untuk perbincangan dan sebagainya. Ini kerana parlimen hari ini juga diperjuangkan oleh PR untuk tujuan yang sama.

PR hari ini memperjuangkan pendidikan Islam di parlimen, sama seperti zaman Nabi Muhammad SAW yang menggunakan parlimen tersebut untuk dijadikan sebagai pusat pengajian. PR juga memperjuangkan hak orang miskin di dalam parlimen, sama seperti zaman Nabi Muhammad SAW yang menjadikan parlimen tersebut sebagai tempat membantu golongan miskin.

Ya, di dalam parlimen jugalah PR berbincang dan bertekak untuk menegakkan kebenaran. Bukan untuk menafikan kebenaran, sedangkan kebenaran itu tetap benar! Ya, kita sepatutnya berjuang untuk mendapatkan parlimen itu supaya dapat dijadikan pusat. Nabi Muhammad SAW menjadikan masjid itu sebagai pusat, dan di Malaysia hari ini PR sedang berjuang untuk menjadi kerajaan pusat.

Nabi Muhammad SAW dan para sahabat bertungkus lumus membina masjid tersebut untuk dijadikan pusat. Manakalah kita hari ini kita bertungkus lumur mendapatkan parlimen untuk dijadikan pusat pentadbiran di Malaysia. Kenapa PR tidak menguasai masjid di Malaysia sahaja? Ini kerana masjid-masjid diseluruh Malaysia hari ini sudah tidak berfungsi sebagaimana zaman Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, masjid yang dibangunkan di zaman Nabi Muhammad SAW adalah berfungsi sebagai pusat pentadbiran politik ketika itu. Tetapi pusat pentadbiran politik hari ini, hanya menyediakan tempat solat yang kecil, dan ada yang tiada tempat solat! Dunia Malaysia sudah pun terbalik. Jangan lupa, di masjid inilah Nabi jadikan sebagai tempat menyatukan orang Islam dan membuat perancangan untuk berhadapan dengan orang bukan Islam.

PR mendapatkan parlimen juga bertujuan menyatukan semua orang Islam di Malaysia, dan memelihara hak orang bukan Islam (ahli zimmah). UMNO sendiri yang mengatakan mereka adalah Islam, terang-terangan menolak PAS. Inikah kesatuan atau perpecahan yang mereka bentuk? Koreksi diri anda….

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

ISU “KAMBING HITAM” NAJIB BERDASARKAN HUKUM

Hari ini telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Azilah dan Sirul yang didapati bersalah terhadap pembunuhan Altantuya. Walaubagaimanapun, mereka berdua dilihat bertopeng sampai ke sudah. Entah betul atau tidak mereka itu Azilah dan Sirul. Waktu mereka keluar dari mahkamah dan Najib keluar daripada Istana, hampir sama, iaitu di antara jam 10.30 hingga 11 pagi tadi.
.
Di dalam artikel ini, saya tertarik untuk menceritakan larangan Nabi Muhammad SAW kepada orang Islam daripada membunuh ahli zimmah atau kafir zimmi (orang bukan beragama Islam, yang berada di Negara Islam)…
.
“Orang yang membunuh seorang lelaki (atau perempuan) zimmi tidak akan mencium bau syurga, sedangkan baunya boleh dicium dari sejauh 70 tahun perjalanan” (Abu Daud : 2760)
.
Di dalam Fiqh al Manhaji (Bab Jihad) telah menjelaskan bahawa berdasarkan hadis tersebut, Nabi Muhammad SAW mengharamkan pembunuhan kafir zimmi. Selain itu, terdapat hadis-hadis lain yang menjelaskan perkara yang sama. Hakikatnya, itulah tegahan Nabi Muhammad SAW. Itulah… mereka tak dengar kata..
.
.
Tentang persoalan “kambing hitam”, Allah sahaja yang tahu hakikatnya. Tetapi, disebut juga di dalam Fiqh Manhaji di dalam bab Jenayah…
.
Jika pemerintah mengeluarkan arahan untuk membunuh seseorang tanpa hak. Sekiranya pesuruh yang diberi arahan tersebut tidak mengetahui kezaliman dan kesalahan pemerintah, maka hukuman mati atau diyat (berdasarkan keputusan wali mangsa) dan kafarah akan dikenakan ke atas “pemerintah”. Sementara orang yang disuruh itu pula tidak dikenakan sebarang hukuman. Ini kerana pelaku di sini adalah jentera pemerintah yang diperlukan dalam pentadbiran negara (polis sebagai contoh). Sekiranya pesuruh ini dipertanggungjawabkan sudah tentu tiada siapa yang akan menkalankan hukuman hudud. Apatah lagi, pada kebiasaannya semua arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah mestilah berdasarkan alasan yang dibenarkan. Malah mentaati pemerintah adalah wajib selagi mana tidak diketahui ia melanggar perintah Allah. Orang yang disuruh ini juga tidak akan dikenakan membayar kafarah kerana melakukan pembunuhan tersebut.
.
Namun sekiranya orang yang disuruh itu mengetahui tentang kezalimah dan kesalahan pemerintah, orang yang disuruh tersebut akan dikenakan qisas (bunuh balas) sekiranya tiada unsur tekanan oleh pemerintah yang diterima sebagai satu paksaan. Ini kerana dalam keadaan ini, arahan yang dikeluarkan tidak wajib ditaati.
.
Dengan melaksanakan arahan ini, hukumnya sama seolah-olah orang yang disuruh itu membunuh mangsa tanpa keizinan pemerintah. Pemerintah akan hanya dikira berdosa sekiranya perintah yang dikeluarkan bersifat zalim, tetapi tiada hukuman dikenakan ke atasnya. Namun sekiranya orang yang disuruh berkeyakinan bahawa arahan tersebut wajib ditaati walaupun salah, “pemerintah perlu dipertanggungjawabkan, bukannya orang yang disuruh”. Ini kerana batas ketaatan kepada pemerintah tidak diketahui secara jelas oleh ramai orang. Sekiranya orang yang disuruh itu takut kepada tekanan pemerintah, hukumnya sama seperti orang yang dipaksa, kedua-duanya akan dikenakan qisas dan sebagainya.
.
Salam Perjuangan
.
Dr Fikrah

ALASAN LAPUK : HUKUM ALLAH TIDAK SESUAI DI MALAYSIA KERANA BERBILANG KAUM

Inilah alasan yang diberikan ketika mana kertas kerja pelaksanaan hukum Allah. Hakikatnya alasan ini digunakan oleh orang tertentu disebabkan dua kemungkinan :

- Sombong, ego dan takut hilang kedudukan atau pengaruh
- Tidak tahu tentang hukum Allah
.
Di dalam artikel ini, sedikit kefahaman bagi golongan kedua supaya ia dapat difahami dengan jelas. Penjelasan yang perlu kita fahami ialah, hukum atau undang-undang Allah bukanlah terhad untuk Melayu, atau India atau sesuatu kaum sahaja. Bahkan ia adalah untuk semua manusia, tanpa mengira bangsa, warna kulit dan jawatan.

Saya mengajak kepada semua pembaca budiman supaya melihat Sirah Nabi Muhammad SAW. Walaupun ada yang mengatakan, “zaman Nabi, Islam sudah kuat,,.. bolehlah..”. Ini adalah alasan sahaja. Pelaksanaan undang-undang Allah kali pertama adalah seawall hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.

Nabi SAW sampai ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar, terpaksa berhadapan dengan 3 golongan utama.

- Orang Islam yang terbahagi kepada muhajirin dan ansar.
- Orang musyrikin yang mempunyai ramai kabilah, antaranya Aus dan Khazraj.
- Orang Yahudi yang juga mempunyai ramai kabilah seperti Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qa’nuqa’.

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab hidup dalam keadaan berpuak. Contohnya, kabilah Bukit Gantang, kabilah Ipoh, kabilah Seremban dan sehinggalah beratus-ratus kabilah! Setiap kabilah ini ada ketua masing-masing yang tidak pernah mengenali Islam, bahkan mereka “tidak sekepala” dengan kabilah yang lain.

Nabi Muhammad SAW bersama dengan orang Muhajirin dan Ansar yang sekitar 90 orang (dipersaudarakan). Bagaimanakah mereka dapat menghadapi kabilah-kabilah ini? Di Malaysia, hanya terdapat 3 kabilah utama, Melayu, Cina dan India. Di dalam Islam pula? Islam yang diajar oleh Nabi SAW ialah tidak mengangkat kabilah tertentu, sebaliknya menyatukan mereka dengan Islam.

Ya, kita mampu menyatukan 3 kabilah yang sedikit ini (di Malaysia) dengan kesempurnaan Islam. Adakah bilangan kita hari ini lebih sedikit daripada 90 orang di zaman Nabi Muhammad SAW? Sekiranya kita beralasan, bahawa … “itu zaman Nabi Muhammad SAW.. bolehlahh..”. Nabi Muhammad SAW sendiri telah menjawab persoalan ini dengan sabdanya..

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selagimana kamu berpegang dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu : al Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW (Muwatta’ Imam Malik)

Adakah al Quran dan Hadis itu hanya sesuai untuk zaman Nabi Muhammad SAW sahaja? Habis kenapa dikatakan “itu zaman Nabi … zaman sekarang lain”? Adakah Allah itu Tuhan bagi zaman Nabi sahaja?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Thursday, April 9, 2009

UMNO SALAHKAN MCA DAN MIC KERANA KALAH BUKIT GANTANG

Semalam (8 April) Utusan telah menyiarkan berita berkenaan penubuhan badan bebas yang mengkaji kekalahan BN di dua bukit. Berdasarkan berita tersebut, boleh saya gariskan beberapa factor kekalahan BN :

- MCA dan MIC sambil lewa
- Golongan muda yang tak menyokong BN
- Pengundi kawasan Bandar
- Isu setempat yang tidak diselesaikan

Faktor pertama sehingga tiga adalah kajian daripada badan bebas tersebut. Manakala yang keempat itu adalah MCA dan MIC membela diri. BN dilihat semakin berpecah. Semalam (8 April) MCA tidak setuju dengan cabinet Najib. Hari ini pula bagaimana? Ya, perpecahan sesama Barisan Nasional ini semakin ketara.

Adakah mereka beralasan pihak PR cuba menaburkan fitnah mendakwa perpecahan mereka? Tidak sama sekali. Sumber ini dipetik dari akhbar BN sendiri. Anda sendiri boleh membacanya. Sekiranya benar, Alhamdulillah. Sekiranya tidak, kita berharap begitu.

Walaubagaimanapun, mereka asyik menunding jari kepada orang lain. Lihatlah keempat-empat faktor ini, mereka masih tidak mahu mengaku kezaliman yang menyebabkan orang ramai menolak mereka. Mereka masih tidak mengaku bahawa mereka adalah haprak sehinggakan orang menolak BN.

Oleh itu, saya cuba menyenaraikan beberapa factor kekalahan BN, supaya menjadi bahan kajian badan bebas tersebut…

- Najib (PM) diragui kepimpinannya kerana Altantuya - akhbar antarabangsa
- BN mencetuskan kontroversi semasa berkempen - isu londeh seluar
- BN import pengundi hantu yang dikatakan sebagai penyokong - telah jelaskan di dalam artikel BN kata “itu bukan pengundi hantu”
- Calon BN, Mail digelar “mail danok” - kain rentang di BG
- BN rasuah, terutamanya pemimpin mereka - dibuktikan oleh Lembaga Disiplin
- BN rampas Perak tanpa keizinan rakyat - semua sudah tahu
- banyaakkkkk lagi…………
.

.
Ini hanya beberapa faktor yang boleh dilihat oleh badan bebas tersebut. Tetapi badan bebas itu berkata, hasil kajian ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, dan saya yakin, beliau tidak akan menerima hasil kajian ini, terutamanya apabila membaca faktor yang pertama sekali.

Walaupun saya bukan Presiden PAS, tetapi saya tetap ingin menyeru kepada MCA dan MIC supaya bersama Pakatan Rakyat menumbangkan BN. Ini kerana sesiapa sahaja berhak menyeru kepada kebenaran. Jangan tunggu Presiden PAS yang berkempen, kita sendiri perlu berkempen kepada kebenaran.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah