Saturday, March 14, 2009

PILIHANRAYA TIGA BUKIT : JANGAN MASUK LUBANG BIAWAK DUA KALI


7 April ini akan berlangsunglah pilihanraya 3 bukit sepertimana yang telah diketahui umum. Hari ini, saya terbaca sebuah berita dari Malaysiakini tentang pendapat yang telah dikemukakan oleh Ismail Saffian, calon Barisan Nasional di Bukit Gantang. Beliau mengatakan kepada pemberita…

“"Yang pentingnya masyarakat di sini masa hari mengundi nanti kena beri kepercayaan mereka kepada BN"

Apabila terbaca kata-kata tersebut, bertambah pelik dan keliru dengan kalam tersebut. Bagaimanakah dia boleh mengatakan sebegitu sedangkan kekucaran yang ada di Negeri Perak hari ini sudah jelas bahawa ia adalah angkara Barisan Nasional. Bermula sebelum 6 Februari lagi (angkat sumpah), sehingga hari ini, Negeri Perak masih ditertawakan oleh dunia, dan dikritik seteruk-teruknya oleh ramai pengkaji.

Namun, apa yang menimbulkan tanda Tanya, seolah-olah Ismail Saffian sendiri tidak tahu menahu langsung tentang perkembangan di Negeri Perak. Kejahatan dan kekejaman yang telah dilakukan oleh UMNO sudah jelas nyata, tetapi beliau masih lagi seolah-olah memekakkan telinga daripada menerima hakikat kekejaman tersebut.

Seruan saya kali ini mengajak kepada ketiga-tiga wakil UMNO di ketiga-tiga kawasan ini supaya menjauhkan diri, dan meninggalkan UMNO serta merta. Sifat kukubesi UMNO sudah jelas di hadapan mata, kenapa masih lagi disokong UMNO itu? Adakah ia melaksanakan dan memartabatkan Islam? Atau merekakah pejuang bangsa?

Bahkan merekalah yang melenyapkan bangsa Melayu, merekalah yang menghapuskan Sekolah Agama Rakyat dan mereka jugalah yang menangkap pejuang-pejuang keadilan. Perkara paling pelik yang pernah saya terfikir ialah, bagaimanakah masih ada lagi orang yang sanggup menjadi calon Barisan Nasional?

Seruan saya kepada pengundi-pengundi UMNO, adakah kamu semua masih lagi tidak mahu menerima kebenaran yang sudah ada di hadapan mata anda? Kebenaran itu jelas, tetapi kamu sengaja memilih kesesatan berbanding kebenaran. Apakah kiranya kamu diazab di akhirat nanti, kamu masih boleh beralasan kamu tidak tahu?

Saya juga bingung, bagaimanakah UMNO yang sudah sebegini jadinya, masih terdapat segelintir yang menyokongnya? Setelah beberapa ketika memikirkan jawapannya, saya teringat bahawa artikel lalu yang pernah saya tulis di ruangan “tazkirah” yang bertajuk menolak Islam kerana DEGIL”.

Fahamilah artikel tersebut, supaya anda boleh mengalih pandangan anda yang selama ini sesat, kepada kebenaran yang sudah jelas cahayanya di hadapan mata. Janganlah mata anda dipejamkan daripada menerima cahaya tersebut, dan janganlah telinga anda ditutup daripada mendengar kebenaran tersebut. Ingatlah, Allah SWT tidak menzalimi sesiapa, tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

UMNO MENGHINA AGONG, TIDAK PERNAH DIDAKWA

Beberapa hari kebelakangan ini, telah diberitakan bahawa beberapa orang telah ditangkap atas tuduhan menghina Sultan. Mereka didakwa menghina sultan ketika memberi komen di dalam beberapa buah blog. Semalam, salah seorang daripada mereka telah mengaku bersalah dan telah dikenakan dendan sebanyak RM 10 000. Saya agak keliru, apakah UMNO selama ini tidak pernah menghina Sultan?

Pada bulan Mac 2008, terdapat penghinaan Agung secara jelas di hadapan mata semua rakyat di Malaysia. Mereka telah menyifatkan Agong sebagai “binatang” secara terang-terangan, dan ia ditulis di atas kain rentang. Ia juga disiarkan di dalam televisyen. Adakah masih belum cukup bukti untuk mengesahkannya?
.

.
Saya agak sedih, apabila kejahatan ini hanya dipekakkan telinga oleh pihak yang berwajib, sedangkan penghinaan tersebut lebih jelas. Perhimpunan menghina Sultan itu juga tidak disembur dengan water cannon atau gas pemedih mata. Semua penghina-penghina Agong ini dibiarkan dengan kelakuan jahat mereka.

Tetapi apa yang berlaku hari ini, apa yang telah kita saksikan baru-baru ini, beberapa orang telah ditangkap atas dakwaan menghina Sultan. Persoalan yang timbul ialah …

“Bukankah UMNO lebih dahulu menghina Sultan? Mengapa mereka tidak didakwa?”

Sekiranya mereka beralasan tidak memiliki bukti, bermakna mereka telah berbohong! Ia disiarkan di dalam akhbar, televisyen dan laman web. Adakah pihak polis tidak menonton televisyen atau membaca akhbar? Tetapi, hari ini, orang yang menghina Sultan tersebut hanya memberikan di dalam ruang komen di dalam blog. Boleh jadi mereka tiada bukti. Kenapakah isu penghinaan Agong besar-besaran sebelum ini (Mac 2008, Terengganu) tidak dianggap bersalah?

Lebih teruk apabila, UMNO Terengganu menghina Agong, dan beberapa orang ini didakwa menghina Sultan. Bukankah penghinaan terhadap Agong itu lebih besar berbanding ini? Tetapi mereka terus memejamkan mata dan memekakkan telinga. Di manakah keadilan?

Tidak adil bukan? Fikirlah, masihkah anda menyokong UMNO? Tindakan polis sepatutnya tidak dikongkong oleh UMNO, mereka harus bertindak berdasarkan bukti. Sekiranya UMNO lebih dahulu menghina Sultan, dakwa lah mereka yang terlibat! Memang jelas ketidakadilan UMNO di dalam penyelesaian tentang krisis penghinaan terhadap Sultan.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

PENYOKONG NIZAR FANATIK?


Saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa penyokong Dato Seri Nizar dikatakan sebagai fanatik. Walaupun saya agak lambat mendengar berita ini, namun saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit pemahaman berguna kepada mereka yang membuat tuduhan tidak berasas ini. Mereka cuba mengaitkan dengan peristiwa baring di atas jalanraya, seolah-olah hendak membunuh diri ketika proses angkat sumpah Menteri Besar Haram.

Saya juga di antara penyokong Dato Seri Nizar, cuba merungkaikan pemahaman mereka yang melabelkan sesuatu tanpa kefahaman. Persoalan pertama yang ingin dilontarkan ialah, adakah ia dikatakan sebagai fanatik? Sekiranya anda menjawab “ya”, maka saya akan memberi satu analogi menarik. Fikirkan bersama. Pernahkah anda melihat seorang suami sanggup bermati-matian untuk menjaga isterinya? Pernahkah anda melihat seorang ibu yang bertarung dengan mati untuk melahirkan seorang anak?

Adakah semua ini juga dianggap fanatik? Ia adalah sebuah kasih sayang yang tidak terhingga. Sayang kepada kebenaran, keadilan dan tidak mahu ia dikoyak-koyakkan begitu sahaja. Hakikatnya Dato Seri Nizar adalah pilihan rakyat, yang disayangi oleh majoriti rakyat Negeri Perak. Masing-masing sanggup bermati-matian untuk memelihara haknya sebagai Menteri Besar pilihan rakyat.

Lebih teruk apabila kenaikan Zambry adalah secara haram! Apakah daya untuk menghalang daripada satu perkara haram itu berlaku? Seseorang tersebut sanggup bermati-matian untuk menghalang satu perbuatan yang haram. Adakah ia dilabelkan sebagai fanatik? Rakyat Perak berhak memilih sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar mereka. Mereka sanggup bermati-matian untuk mempertahankan hak masing-masing, adakah ia dikatakan fanatik?

Seorang yang terlalu sayangkan handphone nya, sanggup bermati-matian bertarung dengan perompak untuk memeliharanya, apatah lagi seorang Menteri Besar yang mempunyai hak. Contoh yang lebih jelas, apabila seorang perompak datang merompak seseorang, adakah anda akan melabelkan orang yang dirompak itu kedekut kerana tidak memberi wang sakunya kepada perompak tersebut?

Menteri Besar sedang dirompak jawatannya dengan menggunakan FRU, Polis dan sebagainya. Adakah anda melabelkan Menteri Besar sebagai seorang yang gila pangkat sekiranya dia mempertahankan jawatannya? Bukankah “Menteri Besar” itu hak milik Dato Seri Nizar melalui pilihanrakyat sendiri? Mengapakah ia dirampas begitu sahaja? Rakyat Perak sanggup bermati-matian untuk mempertahankan hak masing-masing. Adakah mereka boleh dilabelkan dengan fanatik?

Mengapakah ahli-ahli UMNO tidak bijak berfikir di dalam masalah ini? Perkataan apa lagi yang boleh memahamkan mereka? Masih berkeras kepala hendak mengundi UMNO? Kezaliman UMNO sudah jelas di hadapan mata, masih lagi memekakkan telinga dan membutakan mata daripada menerima kebenaran?

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Friday, March 13, 2009

PENEMUAN MENAKJUBKAN

Misteri tapak kaki 1.5 juta tahun
.
Penyelidik, Prof Mathew Bennet menunjukkan kesan tapak kaki di Ileret, Kenya.

Kesan ditemui di utara Kenya dipercayai kedua tertua di duniaKAWASAN pesisiran Tasik Turkana, Ileret di utara Kenya menjadi tumpuan ramai baru-baru ini berikutan penemuan bersejarah tapak kaki manusia awal dipercayai berusia 1.5 juta tahun yang menyingkap misteri antara fasa terawal evolusi manusia. Tapak kaki dipercayai milik seorang manusia yang mempunyai ketinggian kira-kira enam kaki itu adalah yang kedua tertua di dunia selepas penemuan sepasang tapak kaki di Tanzania tidak lama dulu yang dikatakan berusia jauh lebih lama iaitu 3.7 juta tahun yang ditemui pada 1978.

Namun demikian, penemuan tapak kaki di Kenya itu menjadi bukti tertua membuktikan manusia prasejarah sebenarnya berjalan menegak atau berdiri. Biarpun penemuan dua tapak kaki berlainan era ini pada tempoh berbeza, ia mempunyai persamaan iaitu membabitkan kesan yang ditemui pada kedalaman lima meter dalam tanah. Paling penting, ia menjadi bukti penting yang manusia pada ketika itu sememangnya berjalan menegak dan bukannya membongkok. Ini sekali gus dapat menyanggah Teori Evolusi Charles Darwin yang mendakwa manusia berasal daripada monyet - teori yang biarpun berusia lebih 100 tahun, tetapi masih hangat diperdebatkan kalangan saintis moden sehingga ke hari ini.
.
Penemuan bersejarah tapak kaki di utara Kenya itu adalah hasil gigih sekumpulan ahli arkeologi antarabangsa daripada Muzium Negara Kenya, Universiti Bournemouth (Britain), Universiti George Washington (Amerika Syarikat), Universiti Rutgers dan Universiti Cape Town di Afrika Selatan. Kejayaan kumpulan arkeologi itu juga hanya menambahkan lagi bukti kewujudan era prasejarah di bumi Afrika. Kalangan penyelidik itu menyifatkan penemuan tapak kaki itu membuktikan manusia zaman itu melalui proses evolusi dan menyamai fungsi seperti manusia hari ini. “Bagi kami, penemuan seperti ini sememangnya amat jarang berlaku dan ia sememangnya amat bernilai bukan saja dari segi arkeologi tetapi juga mendedahkan peradaban awal manusia," kata salah seorang penyelidik, Prof Brian Richmond, ketua saintis dari Universiti George Washington yang menyertai ekspedisi berkenaan.
.
Tapak kaki itu ditemui di kawasan lapisan mendapan tanah liat di Ileret. Malah tanah liat itu dikatakan menjadi antara sebab tapak kaki itu masih mampu terpelihara dengan elok biarpun sudah berusia lebih sejuta tahun lamanya. Ia ditemui dan disahkan kumpulan penyelidik itu yang menggunakan kaedah tiga dimensi bagi menganalisis tapak kaki lama serta membandingkannya dengan tapak kaki manusia hari ini. Permukaan tanah yang dipijak pemilik tapak kaki misteri itu disahkan berusia antara 1.51 hingga 1.53 juta tahun. Berpandukan data ini, kumpulan saintis itu membentuk model cetakan digital tiga dimensi (3D) yang menepati kiraan pecahan bagi setiap milimeter. Kumpulan saintis itu akhirnya membuat rumusan yang tapak itu berkemungkinan besar milik Homo erectus - satu spesies manusia yang diketahui hidup di utara Kenya pada era prasejarah berkenaan.
.
Homo erectus atau Homo ergaster ini sememangnya dikenali sebagai manusia pertama yang mempunyai ciri berkaki panjang dan bertangan pendek, sama seperti Homo sapiens atau manusia moden. Bukti paling ketara kaitan rapatnya tapak kaki milik manusia prasejarah itu dengan manusia moden adalah ibu jari kaki beserta jari kaki lainnya selain mempunyai buku lali serta tulang kaki. Berikutan itu, mereka percaya tapak kaki awal yang ditemui di Tanzania itu dimiliki spesies manusia dikenali Australopithecus afarensis, spesies awal manusia yang diketuai mendiami kawasan timur Afrika kira-kira tiga hingga lima juta tahun dulu. Hasil analisis saintifik saintis yang menggunakan teknologi imejan 3D dan butiran saintifik lain, membuktikan perbezaan tapak kaki di Kenya dengan yang ditemui di Tanzania.
.
Apa yang pasti, penemuan terbaru di Kenya itu membuktikan manusia awal sememangnya tidak jauh bezanya dengan manusia hari ini dan ia pasti menjadi antara bukti penting bagi menyanggah teori Darwin yang mengaitkan manusia dengan binatang. Ia juga membuktikan, kemajuan teknologi hari ini bukan setakat mampu mengesan lokasi fosil penting manusia lama, tetapi dapat memberi butiran seperti usia serta peradaban ketika itu. Paling penting, ia mendedahkan satu lagi bukti bagi menyingkap satu demi satu misteri peradaban manusia terawal dunia.
.
INFO: Sejarah penemuan tapak kaki
.
· 2009 - Tapak kaki manusia 1.5 juta tahun di Kenya
· 2008 - Tapak kaki haiwan 570 juta tahun dipercayai tertua di dunia, di Nevada, Amerika Syarikat.
· 2007 - Tapak kaki manusia 2 juta tahun di gurun di barat Mesir
· 1978 - Tapak kaki 3.7 juta tahun ditemui di Tanzania

BENARKAH KEPUTUSAN SPM MENINGKAT KERANA PPSMI?


Berita Harian hari ini telah mendedahkan statistik keputusan SPM di Malaysia. Akhbar tersebut menunjukkan, berdasarkan kajian yang dibuat, peratus kecemerlangan SPM pada tahun ini meningkat berbanding tahun lepas, terutamanya Sains dan Matematik yang diajar di dalam Bahasa Inggeris. Sejauh manakah kebenarannya?

Pertama

Persoalan sekarang, adakah kita mudah tertipu dengan sekadar melihat keberkesanan PPSMI melalui keputusan SPM sahaja? Walaupun keputusan SPM tahun ini mendapat kelulusan cemerlang sehingga 500 % sekalipun, ia tetap memberi padah yang buruk kepada anak bangsa.

“Semakin tinggi kelulusan Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris, semakin hilanglah Bahasa Melayu”

Inilah hipotesis yang dapat saya katakan. Perkara ini harus disedari, di mana pelajar-pelajar kita semakin melupai Bahasa Melayu dan menganggapnya sebagai matapelajaran sampingan. Hari ini kita sudah menyaksikan bahawa Bahasa Melayu semakin pupus. Hanya terdapat di lebuhraya, papan tanda dan sebagainya.

Apa yang sedihnya, peningkatan tersebut dianggap satu kebaikan, sedangkan pelajar-pelajar Melayu semakin hilang keMELAYUannya, dan nilai-nilai murni yang diterapkan. Boleh jadi, masing-masing lebih suka bertutur dengan Bahasa Inggeris, kononnya nampak macam “mat saleh” sikit. Sekiranya saya adalah berbangsa Inggeris, saya juga turut mengakui kebodohan orang Melayu kerana perbuatan mereka ini.

Kedua

Sekiranya difikirkan dengan teliti, siapakah yang menaikkan peratus kecemerlangan tersebut? Bukankah sangat mudah bagi mereka untuk menampakkan kecemerlangan PPSMI? Dengan hanya menurunkan peratus kelulusan, sudah membuatkan kecemerlangan meningkat. Begitu mudahkan? Bahkan mereka juga boleh menjadikan keputusan SPM tahun ini lebih tinggi dari angka tersebut.

Ketiga

Bolehkan sekiranya orang Inggeris mempelajari Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu? Sudah pasti satu perkara yang tidak sanggup mereka lakukan. Tetapi, di Malaysia, bangsa Melayu dipaksa mempelajari Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris! Tetapi, Menteri Pelajaran sanggup melakukannya.

Keempat

Sekiranya PPSMI ditubuhkan untuk meningkat pemahaman dan kemahiran di dalam Bahasa Inggeris, kenapakah Sains dan Matematik pula yang diubah ke dalam bahasa tersebut? Kenapa tidak diperkasakan sahaja Matapelajaran Bahasa Inggeris? Fikirlah sendiri.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

PLAK POKOK DEMOKRASI JADI MANGSA


Ketika jam 9.50 pagi, saya terbaca artikel di dalam blog Cina Islam yang memaklumkan bahawa Plak Pokok Demokrasi yang telah dirasmikan oleh Dato Seri Nizar pada 7 Mac lalu, telah menjadi mangsa samseng UMNO. Saya terkejut dengan berita tersebut, dan segera bergegas ke tempat kejadian, melihat vandalisme yang telah dilakukan tersebut.

Setibanya saya di tempat tersebut, mendapati ramai orang sudah berkumpul di sana. Antara yang hadir ialah Menteri Besar Perak sendiri, Dato Seri Nizar, Ustaz Misbahul Munir dan Nga Koh Meng. Terdapat beberapa orang yang berada di situ menemubual Dato Seri tentang kejadian yang berlaku tersebut.

Saya sempat mengambil beberapa gambar, sebagai kenangan terhadap peristiwa hitam tersebut. UMNO begitu takut dengan plak pokok tersebut, sehingga berani (dalam erti kata penakut) memecahkannya. Perangai samseng ini memang jelas di hadapan mata kita, dan ia menyaksikan bahawa perbuatan itu sangat tidak professional.

Apabila DUN diminta dibubar, mereka terasa kurang enak, kerana mereka tahu, mereka pasti akan jatuh dengan cara tersebut. Tetapi, adakah mereka tidak bimbang, kedudukan UMNO semakin teruk pada pilihanraya akan datang? UMNO akan terkubur di bumi Perak, bahkan ditalqinkan oleh orang seluruh rakyat!

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah
.







KERANA MANUSIA ITU LUPA

.
Allah SWT berfirman :
.

Dan tidakkan manusia memerhatikan bahawa Kami (Allah) telah menciptakkan dari setitis air mani, ternyata dia (manusia) menjadi musuh yang nyata (Surah Yasin : 77)

Al Quran telah menceritakan tentang perkembangan hidup manusia, yang bermula dari setitis air mani yang langsung tidak punya apa kuasa. Hanya setitis air yang tidak mampu melakukan apa pun, mudah sahaja mati dalam tempoh 48 jam! Itulah umur maksimum sperma yang tidak punya apa-apa pun. Bayangkanlah anda ketika itu? Langsung tidak berguna.

Bermula daripada setitis air mani sebanyak 3.5 ml air mani yang mengandungi 400 juta ekor sperma, dan ditakdirkan oleh Allah SWT ia bergabung dengan ovum. Bayangkanlah, peluang seseorang manusia itu hidup ialah 1/400 juta!! Berkemungkinan besar peluang untuk hidup bukan anda. Sperma yang bergabung dengan ovum hanyalah satu daripada 400 juta, yang menunjukkan peluang untuk anda hidup di dunia pada hari ini sangat tipis!

Tetapi dengan rahmat Allah SWT, ditakdirkan seekor daripada 400 juta itu berjaya menembusi ovum dan bergabung dengannya lalu menjadilah seorang bayi dalam tempoh-tempoh tertentu. Betapa besarnya rahmat Allah SWT kepada anda, peluang hidup yang sangat tipis itu, sepatutnya menjadikan anda bersyukur.

Tetapi, manusia itu mudah lupa. Apabila Allah SWT telah memberikan peluangnya sekali lagi ketika dalam keadaan bayi. Allah SWT mencampakkan rasa kasih sayang ibu kepada anda supaya anda dapat meneruskan hidup di bawah jagaan ibu anda. Lihatlah sekiranya seorang ibu tiada perasaan tersebut, sudah dibuangnya anak tersebut di dalam tong sampah sepertimana yang banyak berlaku hari ini.

Segala zat-zat badan anda terbentuk sedikit demi sedikit sehinggalah anda dapat merangkak, berjalan, bertutur dan sebagainya. Namun, memang benar, manusia itu lupa. Setelah manusia itu diajar berkata-kata dan dia sudah pandai berkata-kata, dia menghina undang-undang Tuhan yang telah menghidupkannya daripada tiada.

Begitu juga kaki dan tangan. Sekiranya ketika kecil dahulu, bersusah payah si anak belajar berjalan, tetapi apabila sudah dewasa, tangan itulah yang mengancam pejuang-pejuang Allah SWT. Kaki itulah yang digunakan untuk menganiaya manusia-manusia lain. Kalau dahulu, si anak langsung tidak tahu membaca, tetapi apabila dewasa, dia menafsirkan al Quran sewenang-wenangnya.

Begitu juga akal. Kalau dahulunya, si anak di ajar untuk menjadi seorang yang pintar, tetapi apabila dewasa, dia menjadi seorang perancang untuk menjahanamkan Islam. Segala anggota tubuhnya yang telah dihidupkan oleh Allah SWT digunakan untuk menghina Allah SWT. Bayangkanlah sekiranya sedikit nikmat itu ditarik oleh Allah?

Bayangkan sekiranya nikmat membuang air besar itu dicabut dari tubuh seseorang? Sudah pasti dia akan merana seumur hidup. Sekiranya nikmat bernafas itu ditarik, sudah pasti dia akan sengsara seumur hidup. Segalanya sangat mudah bagi Allah SWT. Namun, golongan-golongan yang lupa ini, terus sahaja menggunakan aggota-anggota tersebut untuk menjahanamkan Islam.

Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah SWT bahawa “ternyata dia menjadi musuh yang nyata”!!

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

TOLAK ISLAM KERANA “DEGIL”


Di dalam Sirah Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda SAW ditolak oleh golongan-golongan Pembesar Quraisy. Mereka juga telah menawarkan tawaran yang begitu lumayan kepada Baginda SAW supaya tidak lagi meneruskan perjuangannya untuk menyampaikan kebenaran. Mereka begitu takut sekiranya pengaruh dan kepentingan mereka terhakis disebabkan kewujudan Islam yang bercanggah dengan amalan jahiliyyah mereka selama ini.

Selain itu, mereka juga mengancam keselamatan Nabi Muhammad SAW sekiranya Baginda masih meneruskan perjuangannya tersebut. Namun, ia langsung tidak dihiraukan oleh Baginda SAW kerana harta dunia akan lenyap, sedangkan agama itu akan terus hidup dan berkembang. Dakwah yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada pembesar Quraisy dengan pelbagai cara untuk memahamkan mereka.

Namun, apa yang terjadi ialah kedegilan mereka untuk menerima Islam. Mereka sudah pun memahami bahawa Nabi Muhammad SAW membawa satu kebenaran yang nyata dan jelas, namun mereka masih menolaknya kerana kedegilan mereka, dan kepentingan mereka. Mereka khuatir sekiranya mereka mengikut Nabi Muhammad SAW, segala kemewahan yang mereka miliki akan hilang, pangkat kebesaran mereka akan tercabut dan pengaruh mereka akan luput.

Begitulah apa yang terjadi hari ini, kebenaran itu sudah jelas nyata di hadapan mata. Tetapi Islam masih ditolak kerana kedegilan manusia hari ini, sama seperti pembesar-pembesar jahiliyyah ketika zaman Nabi Muhammad SAW. Mereka sudah pun tahu bahawa tindakan mereka adalah salah, namun, demi kepentingan, mereka sanggup untuk berpijak di atas kejahiliyyahan.

Demi menjaga kedudukan, mereka sanggup melakukan apa sahaja, tidak kira halal atau haram seperti rasuah, melanggar undang-undang, membuat kerosakan dan sebagainya. Begitu juga harta yang mereka sayangi. Mereka tidak sanggup kehilangan harta sekiranya mengikut kebenaran yang jelas ini. Mereka juga khuatir pengaruh mereka yang selama ini mereka bentuk di atas jalan yang bersifat kepentingan, akan hilang begitu sahaja kerana berada di jalan yang benar.

Sekiranya Nabi Muhammad SAW ditawarkan dengan kekayaan yang tiada bandingannya, hari ini pejuang-pejuang Islam yang mewarisi perjuangan Nabi SAW turut ditawarkan dengan jutaan ringgit sebagai rasuah, untuk menggagalkan misi perjuangan mereka. Maka, siapakah dia Abu Jahal dan Abu Lahab pada hari ini?

Golongan-golongan pembesar di zaman Nabi SAW berdegil untuk mempertahankan kedudukannya, walaupun kebenaran itu jelas nyata di hadapan mata mereka. Mereka mempertahankannya juga walaupun terpaksa melakukan apa sahaja, asalkan kepentingan yang mereka canang, berhasil.

Mereka juga sanggup menipu, merampas hak orang lain dan sebagainya, asalkan kedudukan mereka berkekalan. Atau dengan kata lain, asalkan duit masuk poket. Inilah apa yang terjadi hari ini. Siapakah yang menzalimi diri mereka kalau bukan diri mereka sendiri? Mereka sengaja berdegil daripada menerima kebenaran. Sengaja menutup telinga dan mata mereka daripada mendengar kebenaran yang sudah jelas nyata.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Thursday, March 12, 2009

ORANG KAYA DUNIA

Senarai terbaru 20 terkaya di dunia

NEW YORK: Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:
.
1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)
.
2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)
.
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)
.
4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)
.
5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)
.
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)
.
7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)
.
8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India
.
9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman
.
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)
.
11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)
.
12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)
.
13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)
.
14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)
.
15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.
.
16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.
.
17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)
.
18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)
.
19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)
.
20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS)
.

RM 300 000 KOS PENERBANGAN KHIR TOYO : ORANG YANG MEMBAZIR SAHABAT SYAITAN


Hari ini, ketika artikel ini ditulis, saya terbaca Berita Harian Online, yang mengatakan bahawa kos penerbangan Khir Toyo bermula 21 September sehingga Januari tahun lalu mencecah RM 349 134.00, yang melibatkan 21 penerbangan. Selain itu, akhbar tersebut juga menyatakan bahawa Khalid Ibrahim mendedahkan kos pengangkutan sahaja, tidak termasuk penginapan, makanan dan sebagainya.

Sekiranya difikirkan dengan teliti, dan dikira semula, kos penerbangan sahaja sudah membazirkan RM 230 sehari, sedangkan bukan setiap hari beliau membuat penerbangan. Seorang kaya mungkin menghitungnya sebagai nilai yang sedikit, tetapi sekiranya sehari sudah menghabiskan sebanyak itu, bagaimanakah pula dengan kos kenderaan, penginapan, pelancongan dan lain-lain?

Adakah mencecah RM 500 sehari? Atau lebih dari itu? Dan saya yakin, ini hanyalah jumlah minimum baginya. Sekiranya RM 500 sehari yang dibelanjakan, dalam masa sebulan, sudah menghabiskan sebanyak RM 15,000! Dan saya juga yakin ini adalah bilangan minimum. Segalanya masih lagi dalam semakan untuk didedahkan selepas ini.

Walaubagaimanapun, di dalam al Quran sudah menyebut bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan. Ini kerana perangai membazir ini sangat digemari oleh syaitan, dan syaitan sangat suka pada mereka yang membazir. Sekiranya beliau (Khir Toyo) telah melakukan pembaziran dengan sebanyak ini, bertaubatlah sebelum anda jadi syaitan sebenar-benarnya.

Sekiranya anda benar-benar menggunakan wang sebanyak ini ke jalan yang betul, dan tiada sebarang pembaziran, maka fikirlah keperluan semasa. Masih ramai yang lebih memerlukan wang itu, dan masih ramai lagi yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Mungkin ramai yang sudah lupa, apakah itu “kais”? Fikirlah wahai orang yang berakal.

Lebih teruk lagi apabila wang itu adalah bukan wang kita, atau lebih mudah lagi, duit kerajaan. Adakah dengan begitu mudah untuk mengeluarkan wang sebanyak itu, apatah lagi dengan tujuan pembaziran semata-mata? Ia sudah dikira duit haram, sama seperti makan makanan curi. Bahkan duit haram yang digunakan tersebut akan mengalir di dalam badan kita 24 jam!

Bayangkan, selama 24 jam anda dilaknat kerana men”songlap” duit kerajaan! Ini semua adalah kemungkinan, dan saya tidak berniat menuduh bukan-bukan kepada Khir Toyo. Tetapi, sekiranya betul dia menyeleweng duit kerajaan, maka anda akan dilaknat 24 jam oleh duit haram yang mengalir di dalam badan anda. Sekiranya tidak, berhati-hatilah supaya tidak termakan duit haram.

Jangan ingat Khir Toyo sahaja yang bersalah, sekiranya anda sendiri yang melakukannya, maka bertaubatlah sebelum terlambat. Bertaubatlah sebelum daging-daging anda dimasak rentung oleh api neraka. Sekiranya daging dibakar rentung, anda akan membalingnya ke tong sampah kerana tidak menyukainya. Tetapi, bagaimana pula sekiranya anda lah daging yang rentung itu? Ambillah iktibar bersama

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

RAHSIA, KENAPAKAH HISHAMUDDIN MAHU MENERUSKAN PPSMI?


Sedikit sebanyak, apabila soalan ini ditanya. Pelik juga, walaupun PM sendiri telah menyarankan supaya isu PPSMI diambil tindakan segera, namun Hishamuddin seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. PPSMI yang sudah dilaksanakan selama 6 tahun, sudah banyak memberi pengajaran kepada semua, termasuk anak-anak polis yang menembak gas pemedih mata ketika demostrasi tempoh hari.

Saya sering terfikir, kenapakah Hishamuddin beriya-iya untuk meneruskannya walaupun sudah lebih 100 000 orang berhimpun menentang dasar tersebut. Persoalan ini sudah berada di benak kepala Hishamuddin sendiri, dan ia mungkin tidak diketahui oleh Pak Lah sendiri. Secara umumnya, Hishamuddin merasa tertekan dan tersepit di tengah-tengah dua tekanan.

Tekanan pertama, beliau perlu berhadapan dengan 100 000 orang rakyat yang terang-terang membantah PPSMI. Bahkan ia lebih jauh dari angka tersebut. Manakala tekanan kedua yang dihadapi olehnya, ialah syarikat cetakan buku, jawatankuasa, panel penyemak dan sebagainya yang telah mengusahakan pelaksanaan PPSMI sejak 6 tahun dahulu.

Sudah pasti Hishamuddin merasa tertekan apabila beliau sudah membuat perjanjian dengan mana-mana syarikat untuk melancarkan proses tersebut. Lebih teruk lagi apabila syarikat tersebut adalah kroninya sendiri. Sudah pasti, beliau sendiri berjuang untuk mempertahankan keuntungan dan perjanjian dengan syarikat tersebut.

Semua adalah satu kemungkinan, yang tidak boleh dinafikan kebenarannya, juga tiada bukti untuk mengesahkannya. Sudah pasti Hishamuddin akan menanggung malu atau kerugian yang besar sekiranya PPSMI dihapuskan. Silibus dari tahun satu sehingga tingkatan 6, sudah pun dibuat, begitu juga berjuta-juta buku teks sudah pun dicetak untuk penerusan pelaksanaannya.

Namun, ia terhenti di tengah-tengah jalan kerana bantahan daripada rakyat tentang sistem tersebut. Bayangkanlah perasaan Hishamuddin ketika ditekan oleh dua perkara ini. Adakah saya juga menyokong PPSMI, tidak!.. Saya adalah berpihak di bahagian pembantah PPSMI sekeras-kerasnya.

Ini kerana, adakah kita hendak memupuskan bangsa Melayu kerana disebabkan cetakan buku? Atau disebabkan tindakan yang telah dilakukan? Hakikatnya, Hishamuddin berada di antara dua kemudharatan. Sekiranya ditelan mati mak, diluah mati bapak. Bagaimanakah penyelesaiannya? Tak peru telan, dan tak perlu luah, tetapi pergilah bedah!

Ketika ini, sekiranya Hishamuddin tidak mahu menanggung semua itu, beliau akan menjahanamkan anak bangsa. Mana satukah yang lebih penting? Kepentingan peribadi atau keperluan masyarakat? Fikirlah wahai Hishamuddin, sekiranya anda seorang gembira dengan penerusan PPSMI, anda akan menyebabkan rakyat Malaysia menangisi perbuatan tersebut dan bangsa anda akan musnah.

Sekiranya anda hanya memikirkan periuk nasi sendiri, anda akan teruskan PPSMI, yang akan menjahanamkan bangsa sendiri. Boleh jadi, anda adalah Melayu Terakhir, dan sudah pasti, anda adalah satu-satunya bangsa Melayu yang hidup kekenyangan. Kalau hendak difikirkan, bangsa Melayu akan disisihkan, tidak dipandang dunia, kehilangan identiti dan jati diri. Ia akan terkubur bersama hikayat-hikayat dan tinggalan sejarah.

Keuntungan yang anda dapat daripada cetakan buku dan silibus itu, boleh dikorbankan buat sementara waktu. Banyak lagi keuntungan yang boleh dikaut. Sekiranya anda pandai berpolitik, anda akan memansuhkan PPSMI serta merta. Tetapi, janganlah anda gagal berpolitik dan menyebabkan seluruh rakyat Malaysia benci dengan tindakan anda. Tidak cukupkah kekayaan sebagai seorang menteri?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah