Wednesday, May 20, 2009

PERBEZAAN PAS DAN UMNO, JANGAN TERSILAP FAHAM


Artikel ini juga ditulis kerana terdapat sebuah komen yang cuba menyamakan PAS dan UMNO. Perkara pertama yang ingin disebutkan ialah, “sebahagian perkara yang sama, tidak boleh dikatakan sebagai sama kesemuanya”. Contohnya, lelaki dan perempuan adalah jantina yang berbeza, walaupun terdapat persamaa.

Lelaki mempunyai hidung, perempuan juga mempunyai hidung. Lelaki mempunyai kepala dan perempuan juga begitu. Tetapi hakikatnya kita mengatakan bahawa lelaki dan perempuan tidak sama. Begitu juga PAS dan UMNO. Orang yang memberi komen mengatakan PAS dan UMNO sama sahaja kerana kedua-duanya berdaftar untuk berpilihanraya. Memanglah sama dari sudut ini.

Kalau begitu PAS dan UMNO juga sama, kerana PAS dianggotai oleh manusia, dan UMNO juga dianggotai oleh manusia. PAS berada di Malaysia, dan UMNO juga berada di Malaysia. Sekiranya anda mengatakan ini adalah perbezaan, memang salahlah. Saya ulangi “sebahagian perkara yang sama, tidak boleh dikatakan sebagai sama kesemuanya”.

Dari segi hakikat, PAS dan UMNO adalah berbeza. Ini kerana PAS memperjuangkan Islam, UMNO memperjuangkan Nasionalism. PAS memperjuangkan keadilan, UMNO membela kezaliman, dan lain-lain lagi. Adakah anda masih ingin katakan PAS itu sama dengan UMNO? Saya tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk menerangkan PAS itu tidak sama dengan UMNO.

Seolah-olah terdapat dinding berwarna putih, di hadapan saya dan pemberi komen. Lalu pemberi komen itu berkata “buktikan kepada saya bahawa dinding ini berwarna putih!”. Ya, saya bertanya kepada pembaca budiman, siapakah yang boleh tolong buktikan warna putih pada dinding ini?

Saya tidak menyalahkan pemberi komen tersebut, sebaliknya cuba mengajak beliau supaya memahami hakikat perbezaan PAS dan UMNO. Sekiranya kita hendak mencari persamaan, sudah pasti kita temui, tetapi persamaan yang sedikit itu tidak memungkin kita boleh menghilangkan perbezaan.

Maka, sekiranya masih ada lagi yang cuba menyamakan UMNO dan PAS, maka saya persilakan kepada dia untuk menyamakan di antara kerbau dan itik dahulu. Sekiranya dia mengatakan bahawa itik dan kerbau itu sama-sama binatang, maka, tidak perlulah saya jelaskan lagi situasi ini. UMNO dan Yahudi pun sama-sama manusia (sekadar contoh).

Saya juga mempersilakan kepada sesiapa sahaja untuk membuktikan bahawa PAS itu sudah bercanggah dengan Islam. UMNO sudah pun bercanggah, dab percanggahan ini terlalu panjang untuk disenaraikan di sini. Maka, saya persilakan kepada sesiapa untuk menunjukkan, di manakah salahnya PAS itu dengan Islam.

Sekiranya anda ingin menubuhkan parti kedua (sepertimana dalam artikel sebelum ini) disebabkan PAS itu sama sahaja dengan UMNO, maka sila senaraikan, di manakah percanggahan PAS dengan Islam sepertimana yang telah dilakukan oleh UMNO. Senaraikanlah sebanyak mungkin, kerana mungkin banyak lagi perkara yang belum saya ketahui.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

7 comments:

  1. Adakah agama Islam itu parti PAS yang punya. Bolehkah PAS menjamin syurga bagi ahlinya???? Senang cerita ada tak nama PAS atau nama pemimpin PAS dalam kalimah Sahadah??? Fikirkanlah……….

    ReplyDelete
  2. Islam itu Allah yang punya. Orang yang memperjuangkan Islam juga Allah yang punya.. Bahkan semua makhluk ini, Allah yang punya..

    PAS menjamin syurga? Nantikan artikel akan datang.. Insya Allah saya akan ulas.

    Nama PAS dalam kalimah syahadah memang tiada.. tetapi PAS memperjuangkan apa yang disebut di dalam kalimah Syahadah.

    Nama UMNO lagi lah takda..

    ReplyDelete
  3. Islam itu Allah yang punya.
    Kalau Islam itu Allah yang punya. Kita kenalah beragama dengan Allah. Awaludin makrifatullah. Awal agama mengenal Allah.
    Belum kenal Allah dah mengaku beragama. Lepas tu mengkafirkan orang lain. Patut ke ni???

    ReplyDelete
  4. saya tak nampak atikal yang di tulis ini dapat membuka minda sasaorang muslim itu membuat pertimbangan malah boleh menyesatkan . apakah sebenarnya sudara perjuangkan "islam" atau "idealoji politik",adakah wajar menghalal dan mengharamkan sesuatu bedasarkan pandangan politik.

    ReplyDelete
  5. Kepada saudara tebing tinggi,

    Halal dan Haram berdasarkan dalil daripada al Quran dan Hadis. Kalau dalil yang saya guna itu tersilap, maka tergurlah. Sekiranya betul, maka gunakanlah.

    Cuba jelaskan, di manakah yang dikatakan saya mengukur halal dan haram berdasarkan politik? dan tidak berdasarkan dalil...

    ReplyDelete
  6. Kepada Anonymous ke3

    Saya harap saudara dapat mendalami tentang Tauhid dan perkara-perkara yang membawa kepada murtad. Saya tidak pernah menuduh sesiapa pun kafir, tetapi saya menjelaskan tentang perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan kafir.

    Sebutkan, di manakah yang saya tersilap. Saudara mengatakan saya belum mengenal Allah. Sedangkan saudara belum kenal saya. Berdasarkan bukti apakah saudara berkata begitu.

    Baca artikel dengan sebaiknya, kemudian betulkan yang mana salah.

    Saya ingin tahu daripada saudara,

    Awwaluddin makrifatullah ialah mengenal Allah. Tauhid lah namanya. Antara perkara yang berkaitan dengan Tauhid ialah 6 Rukun Iman sepertimana yang saya sebutkan. Maka, apa yang salahnya?

    ReplyDelete
  7. Saya memang belum kenal saudara sebab saya tak pernah jumpa saudara..
    Bagaimana pula saudara kenal Allah dah pernah jumpa ke????

    ReplyDelete