Monday, May 11, 2009

MELAYU : JANGAN JADI SI CELIK YANG BUTA

Persoalan pertama yang ingin disebut di sini ialah, kenapakah Melayu? Ini kerana peratus undian Melayu terhadap PR berkurangan di Perak. Bahkan di dalam Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa Melayu itu adalah beragama Islam. Sekiranya murtad, maka dia bukanlah berbangsa Melayu. Tetapi persoalannya, orang menolak Islam disebabkan Melayu!

Oleh itu, sedikit nasihat saya kepada orang Melayu yang celik supaya tidak buta. Iaitu orang yang celik, tetapi buat-buat buta. Kenapakah mereka dikatakan buat-buat buta? Sebelum ini, kejahatan BN sudah terserlah, tetapi Melayu yang buta ini masih lagi menjadi karat UMNO. Mereka tetap mengatakan bahawa BN itu bagus.

Cuba kita lihat seseorang yang buta. Orang yang buta sejak kecilnya, tidak mampu untuk menggambarkan warna. Apabila mereka bertanya, bagaimanakah rupa warna merah, lalu mereka diberitahu bahawa warna merah itu seperti cili. Lalu mereka memegang cili, dan mereka pun berkata “rupa-rupanya warna merah itu kecil sahaja…”

Bagaimana pula orang yang buta setelah dewasa. Apabila dia bertanya, bagaimanakah caranya untuk saya ke kampong A? Lalu orang yang bodoh akan menjawab, “kamu jalan terus, kemudian pusing kiri, kanan… bla.. bla…”. Inilah seorang bodoh yang menunjuk jalan. Sekiranya orang yang buta itu mengiyakan, maka dia juga sama kebodohannya.

Pimpinan BN hari ini adalah orang yang menunjuk jalan tersebut. Melayu UMNO pula adalah orang yang buta, yang mengikut kata-kata si penunjuk jalan yang bodoh itu. Akhirnya dia sendiri yang sesat. Dia sudah tahu bahawa dia itu tidak dapat melihat, tetapi dia buat-buat seperti seorang yang cerdik. Kononnya PR itu penderhaka, kata mereka yang bodoh.

Tetapi ada juga golongan yang ketiga. Iaitu mereka yang celik, tetapi buat-buat buta. Mereka tersesat jalan, lalu bertanya kepada penunjuk jalan, “bagaimanakah caranya untuk pergi ke kampong A?”. Maka penunjuk jalan yang tidak bodoh itu memberitahu, “kamu jalan terus, kemudian pusing kiri, kanan …. Bla.. bla..” Tetapi orang yang celik buat-buat buta itu membalas, “Kamu ni, nak tunjuk pandai kat saya!!... Macam la saya tak reti cari jalan sendiri…!!”..

Inilah orang yang celik tetapi buta. Orang ini tidak nampak kebaikan orang. Yang dilihatnya PR itu penderhaka, dan kejahatan UMNO pun dibutakan. Ini kerana mereka itu adalah UMNO. Mereka tidak mengaku kebodohan sendiri. Mereka juga buta daripada memahami undang-undang Allah. Mereka mengatakan bahawa mereka lebih pandai membuat undang-undang. Mereka inilah orang yang buta… iaitu orang yang celik matanya, tetapi hatinya buta.

Allah SWT berfirman,
.
Sesiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, maka dia akan buta di akhirat nanti dan lebih sesatlah jalannya (Surah al Isra’ : 72)

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

5 comments:

  1. Dr. Fikrah,
    Tahukah apa itu Islam? Kalau tidak tahu selagi itulah manusia itu meraba-raba dalam terang. Parti dikatakan Islam, Islam dikatakan parti sampailah mati. Dah mati mintak balik kedunia nak cari Islam bila dah ada kat dunia masuk parti politik. Berpusing kat situ sepuluh kali mati sepuluh kali hidup tak juga tahu apa itu parti politik, apa itu Islam.
    Gunakan Islam untuk perjuangan parti politik memecahbelahkan sesama bangsa Melayu. Akhirnya Melayu menjadi layu ditanah air sendiri. Bangsa lain senyum merampas hak bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  2. Katanya Islam itu indah semua Melayu itu Islam, sesama bangsa sendiri pun bertelagah, hanya merebut kuasa politik, maki hamun sesama sendiri. Orang Melayu ni betullah memfitnahkan agama suci Rasullullah, mempergunakan atas nama Islam untuk memecah belahkan sesama bangsa, sedangkan tak tahu apa maknanya ISLAM.

    ReplyDelete
  3. Memisahkan di antara Politik dan Islam adalah SEKULAR. Sekular adalah rencana orang kafir.

    Kenapa persoalkan pertelagahan sesama Melayu? Sepatutnya soalan yang betul ialah, kenapakah UMNO tidak laksanakan Islam sehingga memecahbelahkan semua bangsa?!

    ReplyDelete
  4. Memisahkan di antara Politik dan Islam adalah SEKULAR. Sekular adalah rencana orang kafir.

    Inilah perkataan yang diulang-ulang nak mengiyakan kononnya Islam diperjuangkan oleh parti politik.
    Parti politik adalah satu cara untuk membentuk perundangan dan tatacara manusia yang bersesuaian dengan keadaan tempat, hanya untuk selesa dalam dunia. Sedangkan Islam adalah milik Allah semata-mata. Janganlah nak mengada-adakan cerita kononnya parti memperjuangkan agama. Kan lebih baik parti PAS dan semua parti Melayu duduk semeja berunding memperbetulkan keadaan orang Melayu supaya lebih maju dan berjaya bersaing dengan bangsa diluar tu. Ini tidak bertelagah sesama sendiri. Kononya aku lebih Islam dari engkau tapi sebenarnya habukpun tak ada. Allah pun tak kenal Islam jauh sekali. Besuk dalam neraka bergaduh sesama sendiri menyalah antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  5. Politik milik siapa? Politik pun milik Allah,
    Allah sudah gariskan cara berpolitik dengan betul. Tetapi UMNO berpolitik dengan cara kotor.

    Anda menyalahkan PAS tidak membawa Islam, tetapi adakah UMNO itu memperjuangkan Islam?

    Bertelagah sesama Melayu? Sekiranya UMNO laksanakan Islam, tiadalah pertelagahan tersebut. Bahkan PAS sendiri tidak perlu wujud sekiranya UMNO memperjuangkan Islam.

    Kalau anda menuduh PAS tidak mengenal Allah, UMNO bagaimana pula? Adakah anda sendiri mengenal Allah? Kalau UMNO mengenal Allah, sudah pasti UMNO akan melaksanan undang-undang Allah. Sehingga hari ini, habuk pun tarak.

    Kenapa asyik menyebut "memperbetulkan Melayu". Kenapa tidak memperbetulkan Islam yang semakin lenyap dari jiwa Melayu? Adakah hanya memikirkan kemajuan Melayu semata-mata tapi perangai tidak seperti seorang Islam.

    ReplyDelete