Wednesday, May 27, 2009

BAGAIMANA MENGENALI ULAMA’ (Siri 3)


Di dalam persoalan yang dilontarkan di dalam ruang komen juga ialah “adakah ulama’ itu orang yang belajar agama sahaja?” Saya menjawab “Ya”. Seorang doktor gigi pun boleh menjadi seorang ulama’ dengan syarat dia belajar agama, memahami dan mengamalkan ilmu tersebut. Tukang kebun juga boleh dikatakan sebagai seorang ulama’ sekiranya mempelajari agama, memahami dan mengamalkan ilmunya.

Ini kerana, satu-satunya cara untuk memahami ilmu agama, dan mengamalkannya ialah dengan mempelajarinya terlebih dahulu. Bagaimanakah kita dapat mengenali seorang ulama’ yang sebenar untuk kita pelajari ilmunya? Perhatikanlah artikel sebelum ini yang menceritakan tentang ciri-ciri tersebut.

Adakah kita rasa berkeinginan untuk menuntut ilmu daripada Masyitah? Atau Pirdaus? Di Negeri Perak, terkenal dengan Pak Teh yang membuka pusat pengajiannya di Pengkalan Hulu. Di Kelantan, tidak terkira banyaknya. Mereka inilah yang dikatakan sebagai ulama’. Selain itu, di dalam PAS sendiri dibarisi oleh golongan ulama’.

Contohnya Us Harun Din sendiri, siapa tak kenal? Us Harun Taib dan ramai lagi yang anda boleh semak di dalam senarai AJK PAS. Bagaimanakah saya boleh katakana mereka sebagai ulama’? Ini kerana mereka mempunyai sifat-sifat sebagai seorang ulama sepertimana yang disebutkan. Mungkin ada yang mengatakan mana mungkin mereka itu sebagai ulama kerana mereka gilakan kuasa…

Apakah perbezaan gilakan kuasa dan perjuangan? Fikirlah sebelum membuat andaian. Nabi SAW juga seorang pemimpin yang tidak layak kita katakana sebagai gila kuasa. Ada juga yang bertanya, bolehkah saya katakan seorang yang pakar dalam bidang tertentu (bukan agama) sebagai seorang ulama?

Ya, boleh. Tetapi, itu adalah berdasarkan maknanya yang umum. Ulama’ dari segi makna umum ialah mereka yang berilmu. Tetapi yang dimaksudkan sebagai pewaris bagi nabi itu ialah ulama’ yang mahir, memahami dan mengamalkan ilmu agama. Tidak kira siapa. Samada dia berbangsa India tetapi beragama Islam, bangsa Cina tetapi beragama Islam, yang mempunyai tiga elemen ini, boleh kita katakana sebagai ulama.

Kesimpulannya, ulama itu ialah mereka yang mahir, memahami dan mengamalkan ilmu agama. Ia adalah berdasarkan takrif dan syarat-syarat yang telah dijelaskan sebelum ini. Selain itu kita juga boleh mengenali ilmu seseorang itu berdasarkan tulisannya, atau karangannya. Perkara ini akan dijelaskan di dalam artikel akan datang.

Begitu juga ada yang menyebut di dalam ruangan komen, mengkritik saya kerana “hanya merujuk kepada karangan ulama’-ulama’ semata-mata tanpa mencari terus daripada al Quran dan Hadis, tentang pelaksanaan pilihanraya di zaman Sahabat RA. Perkara ini akan dijelaskan di dalam artikel akan datang, insya Allah

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

6 comments:

  1. alhamdulillah... sungguh ramai ulama...
    tapi kenapa dunia sekarang penuh dengan perkara2 mungkar...?

    nak kata ulama2 dari pas ini dipinggir ... semua terkenal... dihormati ... dimana mereka pergi berpusu-pusu orang datang... berebut nak bersalam...

    di sebelah umno pun begitu... sijil agama berkeping2... tak cukup yang tempatan ... dari al azhar pun boleh diimport...

    tapi hakikatnya... keadaan makin teruk...

    nabi saw memimpin jemaah islam di madinah tapi tidak mengambil alih tampuk pemerintahan mekah... sedangkan rukun islam itu lengkapnya di mekah...

    sudikah kiranya maklumkan dalam sejarah para nabi, nabi yang berusaha untuk berkuasa...? yang saya faham, kejayaan dakwah nabi yang membuatkan nabi ditaati sebagai pemimpin...

    jika kelantan boleh saya umpamakan madinah bermakna kelantan mampu menjadi pemangkin untuk menawan seluruh malaysia...

    mekah mampu ditawan kerana rakyat mekah terpikat kepada sistem madinah... walaupun melalui beberapa siri peperangan tapi mekah ditawan dengan aman...

    adakah kelantan mempunyai ciri2 madinah...? jika ditadbir ulama pewaris nabi pasti hasilnya sama...

    ReplyDelete
  2. adakah IMAM MAHDI seorang ulama...?

    ReplyDelete
  3. Ulama’ dari segi makna umum ialah mereka yang berilmu.

    Berilmu yang macamana????
    Belajar dari orang lain....dari buku...dari usrah.. atau dari sekolah..dari universiti????.Kemudian buat tesis menjela-jela, masuk persatuan ulamak kemudian sesama sendiri mengistiharkan diri, inilah...ulamak

    Mana tak kelamkabut dunia ni.

    ReplyDelete
  4. Kepada anonymous 2.59 am

    Saya tidak melihat ulama itu ramai, bahkan mereka sedikit, ditindas, diancam macam-macam dan sebagainya. Dunia hari ini teruk kerana kekurangan ulama.

    Ketika di Mekah, rukun Islam belum lengkap lagi. Sebagai contoh zakat dan puasa disyariatkan pada tahun ke2 selepas hijrah. Manakala haji, pada tahum ke6 hijrah. Solat, memang benar sebelum hijrah, iaitu setahun sebelum hijrah, pada malam isra mikraj.

    Saudara sebut bahawa kejayaan dakwah Baginda SAW membuatkan Baginda diangkat sebagai pemimpin. Alhamdulillah, hari ini kita juga sedang menyebarkan dakwah. Nabi yang berusaha untuk mendapatkan kuasa? Bukankah dakwah Baginda SAW bertujuan untuk mendapatkan kuasa? Ini juga satu bentuk usaha tersebut. Kuasa yang dimaksudkan ialah kekuasaan untuk Islam.

    Kepada anonymous 7.10

    Ya, Imam Mahdi adalah ulama di zamannya.

    Kepada anonymous 3.16

    Sila bertanya dengan jelas. Nak bertanya atau mengkritik?

    ReplyDelete
  5. MASAKAN DITINDAS KALAU MASIH BOLEH NAIK MERCEDES...

    RUKUN ISLAM LENGKAP DI MEKAH SELEPAS ISLAM BERJAYA MENAWAN MEKAH... PERISTIWANYA... TENTULAH HAJI...
    BUKANNYA SEBELUM HIJRAH... MAAFKAN ATAS KESILAPAN SAYA YANG MUNGKIN MENYEBABKAN SALAH FAHAM...

    KEJAYAAN DAKWAH ISLAMIAH... BUKAN KEJAYAAN MEMBONGKAR KEBURUKAN ORANG... ANCAMAN DARI KAUM QURAISH ADALAH KERANA TERBONGKAR KEBURUKAN2 MEREKA... TAPI ITU ADALAH PROSES MEMBETULKAN AKIDAH... ADAKAH NABI BERJAYA DIMEKAH...? TENTUNYA TIDAK... KERANA ITU ALLAH PERINTAHKAN BERHIJRAH DAN ADAKAH NABI SAW TERANCAM DITEMPAT BARU ...? KENAPA...?

    ISLAM TIDAK BEREBUT KUASA ... ISLAM ITU KUASA... ADAKAH MADINAH BERPERANG DENGAN MEKAH UNTUK MEREBUT KUASA...? BERPERANG HANYA KERANA MEMPERTAHANKAN DIRI... DAN BILA DIMINTA BERDAMAI TANPA BERLENGAH NABI SAW BERDAMAI... TERBENTUK PERJANJIAN HUDAIBIYAH... ADAKAH SEMUA SAHABAT SETUJU...?

    IMAM MAHDI LA PEWARIS NABI... PEMIMPIN YANG BEROLEH PETUNJUK... BILA ZAMANNYA...? TENTULAH HANYA ALLAH YANG TAHU... BOLEH JADI SEMALAM... ATAU HARI INI... MUNGKIN ESOK...

    APA YANG BERLAKU DALAM SEJARAH DAPAT DIJADIKAN PEDOMAN...? WAHAI ORANG YANG BERIMAN...?

    SOALAN YANG KERAS DARI SAUDARA KITA TU INGINKAN PENJELASAN... ILMU YANG MANA YANG MEMBENTUK ULAMA YANG SEBENAR...? ULAMA DISISI ALLAH BELUM TENTU DIIKTIRAF MANUSIA... SEPERTI NABI2... SETIAP KALI DATANG SEORANG NABI, MAJORITI AKAN MENENTANG... TOK GURU, TOK SAMI, PAK IMAM, SEMUA YANG BERSTATUS TINGGI... YANG SEPARUH NYAWA BERIMAN MAJORITINYA HANYA SETARAF BILAL SI HAMBA ABDI ...

    ReplyDelete
  6. Dr. Fikrah!!!
    Saudara mendakwa orang yang saudara pilih sebagai ulamak yang mewarisi nabi, sedangkan saudara sendiri sudah berilmu bahawa orang itu bukan dari golongan orang yang diwariskan oleh nabi, macamana tu ye!!! tak takut ke....

    ReplyDelete