Friday, April 24, 2009

SAMPAI MATI PUN ZAMBRY TAKKAN SAH JADI MENTERI BESAR

Saya sering mengungkapkan kata-kata "kebenaran itu pasti benar, dan kesalahan itu pasti salah. Tidak mungkin kebenaran itu menjadi satu kesalahan, dan kesalahan itu menjadi satu kebenaran". Berdasarkan kaedah ini, kita dapat simpulkan bahawa kenaikan Zambry sebagai MB haram, sampai bila-bila pun tidak akan jadi sah!

Sebelum ini beliau cuba memfailkan supaya mahkamah mengesahkan jawatannya sebagai MB. Tetapi, hakikatnya, walaupun mahkamah mengesahkan jawatan tersebut sekalipun, beliau tetap Menteri Besar Haram. Sampai bilakah dia akan menjadi MB yang halal? Beliau dapat menadi MB yang halal, tetapi setelah menang dalam PR yang akan datang.

Manakala jawatannya sekarang tetap haram. Dan sampai matipun, jawatan hari ini tidak akan bertukar menjadi halal, melainkan beliau menang dengan sempurna dalam pilihanraya akan datang. Mungkin ada yang bertanya, apakah dalil saya berkata begitu? Atau, apakah dalil yang menunjukkan Zambry itu adalah MB Haram?

Saya menjawab dengan mudah,… "tunjukkan pula dalil yang mengesahkan beliau sebagai MB Halal…". Sekiranya tiada dalil yang menunjukkan dia adalah seorang MB Halal, maka sudah pasti ia adalah MB Haram. Tetapi, ini adalah jawapan yang hanya membuatkan orang marah. Tidak mengapa, saya akan perlihatkan dalil yang menunjukkan beliau adalah seorang MB yang haram.

Perkara pertama yang perlu dilihat ialah kes lompat parti yang dilakukan oleh 3 orang mangkuk hayun sebelum ini. Tragedi ini jelas membuktikan bahawa ia adalah kelakukan zalim oleh Barisan Nasional. Perlakuan zalim adalah satu perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. Manakala Barisan Nasional telah melakukan kezaliman tersebut. Lalu BN yang telah melakukan perkara haram itu telah menaikkan seorang MB dengan cara yang haram. Maka, Zambry yang dinaikkan tersebut adalah MB Haram.

MB Haram di sini bermaksud Menteri Besar yang naik tanpa perkenan rakyat, dan ia juga boleh bermaksud, MB yang menjawat jawatan tersebut dengan menggunakan cara yang diharamkan. Ya, jelas menunjukkan bahawa Zambry itu adalah MB Haram. Minta maaf, saya telah mengemukakan dalil ini, dan sesiapa yang menganggap bahawa ia adalah satu kesalahan, dipersilakan membuat komen.

Bukanlah saya yang mencanai jawatan Zambry sebagai MB Haram, tetapi, ia adalah hasil daripada pemikiran seorang yang berakal. Saya yakin, tiada seorang pun yang mengatakan dengan keinginan hatinya bahawa Zambry adalah seorang MB yang benar. Pengundi BN mengatakan Zambry sebagai MB yang benar kerana beberapa factor.

Antara factor-faktor tersebut ialah, mereka tidak berfikir dengan menggunakan akal. Mereka hanya melihat dengan keinginan jahat sahaja. Faktor yang lain ialah, mereka begitu membenci ulama’ sehinggakan mereka tidak mahu golongan ini naik sebagai kepimpinan. Mereka juga membenci peraturan-peraturan yang bakal digariskan sekiranya PR menang. Ini kerana peraturan tersebut seolah-olah mengganggu keempukan kerusia mereka selama ini.

Oleh itu, tinggalkanlah BN dan kembalilah befikir secara rasional. Setiap undi kepada BN membawa padah kepada semua rakyat Malaysia!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

3 comments:

  1. Sakit hati betul saudara dengan MB Perak ni.. saya bagi tip... kalau kita marah bawaklah pergi mandi supaya api kemarahan dapat juga dikurangkan...lepas tu gi tidur. Dapat juga mengurang kan dosa.

    ReplyDelete
  2. ADAKAH ZAMBRY TU MAMPU MENIPU ALLAH SEHINGGAKAN BERLAKU KETIDAK ADILAN ALLAH MELETAKKAN DIA MENJADI MB...?

    AMARAH TU DARI SYAITAN... BAWA BERISTIGFAR... 70 KALI SEHARI... MACAM KAMI...

    ali imran:54. Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.

    TAK BERIMAN NAMPAK...

    ReplyDelete
  3. kepada pembaca2 dari UMNO... kami tidak membela kamu...

    rahmat allah tu besar... rebutlah peluang bertaubat dan memohon keampunan ...

    jika kamu sudah membersihkan diri tapi masih diancam ... kami akan membela kamu...

    DENGAN NAMA ALLAH... KAMI MAMPU MEMBELA SESIAPA YANG TERANIAYA...

    ReplyDelete